Alminoprofen

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 19/12/2019

Kegunaan

Apa itu Alminoprofen?

Alminoprofen biasanya diguna merawat kesakitan dan inflamasi berkaitan musculoskeletal dan kecacatan sendi.

Bagaimanakah kegunaan Alminoprofen?

Diambil bersama hidangan makanan. Ambil bersama atau segera selepas makan.

Bagaimana saya menyimpan Alminoprofen?

Alminoprofen paling baik disimpan pada suhu bilik dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan alminoprofen di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama alminoprofen yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang alminoprofen ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Alminoprofen?

Sebelum mengambil alminoprofen, sila beritahu doktor anda:

  • Yang anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan supplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif alminoprofen atau ubatan lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.

Alminoprofen tidak disarankan bagi kes:

  • Kehiperpekaan aspirin/ NSAIDs
  • Kelemahan hepatik (hati) atau ketidakcukupan renal
  • Sejarah aktif/ lalu mengalami ulser peptik

Adakah selamat untuk mengambil Alminoprofen semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan Alminoprofen?

Rasa mengantuk, sakit kepala, loya, gastrik, kesakitan, ruam kulit dan/atau pruritus boleh berlaku semasa penggunaan ubatan.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Alminoprofen?

Alminoprofen mempunyai tindakbalas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindakbalas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Alminoprofen?

Alminoprofen mungkin mempunyai tindakbalas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindakbalas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Alminoprofen?

Alminoprofen akan bertindakbalas dengan keadaan kesihatan anda. Tindakbalas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda.

Keadaan kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan ubatan ini ialah:

  • Infeksi
  • Kecacatan pendarahan (hemoragik)
  • Asma
  • HTN dan buah pinggang rosak
  • Gangguan fungsi hepatic (hati) atau kardiak (jantung)

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos Alminoprofen yang disyorkan untuk dewasa?

Oral – Kesakitan dan inflamasi berkaitan kecacatan musculoskeletal atau sendi.

Dewasa: sehingga 900 mg harian.

Apakah dos Alminoprofen yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Tiada lagi dos yang disyorkan pada ibubapa pesakit pediatrik. Ia mungkin tidak selamat untuk anak anda. Ia amat penting untuk memahami sepenuhnya keselamatan ubat sebelum menggunakannya. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.

Apakah bentuk penyediaan Alminoprofen

Alminoprofen boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Tablet

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos alminoprofen, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir masa dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Usus Sihat daripada Pilihan Pemakanan yang Baik

    Setiap spesies mikrobiota usus memainkan peranan yang berbeza dalam kesihatan anda dan memerlukan nutrien yang berbeza untuk pertumbuhannya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Helma Hassan

    Bagaimana Menjaga Kesihatan Sendi?

    Apabila anda mempunyai masalah sendi, anda mungkin terhad daripada melakukan aktiviti yang anda suka. Anda mungkin perlu mengatasi kekakuan pada sendi dan kesakitan yang teruk. Terdapat banyak perkara yang boleh ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz

    Anda Selalu Sakit Sendi? ELAKKAN 10 Makanan Ini Dalam Diet Di Rumah Anda

    Anda sering sakit sendi terutamanya sakit sendi lutut yang menyakitkan ketika bergerak? Anda boleh cuba kurangkan makan benda ini untuk kurangkan sakit

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Atasi Sakit Sendi Anda Dengan Herba dan Rempah Berikut

    Sakit sendi sering dikaitkan dengan arthritis, iaitu keadaan keradangan pada sendi dan ianya akan menyerang secara berterusan memandangkan pergerakan bahagian tubuh badan akan sentiasa berlaku walaupun ketika anda ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Artikel lain untuk anda

    cara cegah malaria

    Mungkinkah Nyamuk Gajah Bakal Bawa Wabak Baru?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 04/02/2020
    sakit bahu

    Sakit Bahu? Ini Penyebab Dan Cara Atasinya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 13/12/2019
    artritis psoriatik Sofia Lovi

    Mengharungi Kehidupan Sebagai Pesakit Artritis Psoriatik

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 09/10/2019
    artritis psoriatik

    Sokongan Untuk Penghidap Artritis Psoriatik

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 09/10/2019