Alizapride

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Nama AM: Alizapride Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa itu Alizapride?

Alizapride adalah antagonis dopamin bersama prokinetik dan kesan antimuntah digunakan dalam rawatan loya dan muntah, termasuklah mual dan muntah pascabedah.

Bagaimanakah kegunaan Alizapride?

Alizapride digunakan melalui mulut atau IV/IM. Tanyakan pada doktor untuk maklumat lanjut.

Bagaimana saya menyimpan Alizapride?

Alizapride paling baik disimpan pada suhu bilik dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan alizapride di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama alizapride yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang alizapride ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Alizapride?

Sebelum mengambil alizapride, sila beritahu doktor anda:

  • Yang anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan supplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif alizapride atau ubatan lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.

Pheochromocytoma, Penyakit Parkinson, keadaan di mana pengaktifan motiliti GI adalah tidak disarankan (e.g. perforasi GI atau oklusi separa).

Hati-hati dalam keadaan ketaksempurnaan buah pinggang. Boleh juga merosakkan kemampuan memandu atau mengoperasi mesin.

Adakah selamat untuk mengambil Alizapride ssemasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan Alizapride?

Rasa mengantuk, pening, sakit kepala cirit-birit, simptom ekstrapiramidal, amenorea, galaktorea mungkin berlaku semasa penggunaan ubatan ini.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Alizapride?

Alizapride mempunyai tindakbalas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindakbalas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Alizapride?

Alizapride mungkin mempunyai tindakbalas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindakbalas sebelum menggunakannya

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Alizapride?

Alizapride akan bertindakbalas dengan keadaan kesihatan anda. Tindakbalas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos alizapride yang disyorkan untuk dewasa?

Oral – Loya dan muntah

Dewasa: 75-300 mg/hari dalam dos yang dibahagikan.

Kanak-kanak: 5 mg/kg/hari.

Parenteral – Loya dan muntah berkaitan terapi kanser

Dewasa: 2-5 mg/kg/hari diberikan melalui IV/IM melalui 2 dos dibahagikan. Dos pertama dimasukkan 30 minit sebelum dan dos seterusnya 4-8 jam selepas kemasukan ubatan sitotoksik.

Bagi regim rawatan yang berkadar tinggi emetogenic (muntah-muntah) memerlukan dos >5mg/kg, dos boleh diberi melalui kemasukan IV selama 15 minit setiap 2 jam untuk 5 dos. Mulakan kemasukan 30 min sebelum memasukkan ubatan sitotoksik.

Maksia: 4.5 g/sesi kimoterapi.

Apakah dos alizapride yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Tiada lagi dos yang disyorkan pada ibubapa pesakit pediatrik. Ia mungkin tidak selamat untuk anak anda. Ia amat penting untuk memahami sepenuhnya keselamatan ubat sebelum menggunakannya. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.

Apakah bentuk penyediaan alizapride

Alizapride boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Suntikan
  • Tablet

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos alizapride, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir masa dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Rujukan