backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Alaxan

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Fariha Zakaria · Disemak pada 19/12/2019

Kegunaan

Apa itu Alaxan® (Alaxan and Ibuprofen)?

Alaxan® biasanya digunakan untuk melegakan kesakitan muskuloskeletal yang berada pada tahap biasa sehingga sederhana. Alaxan® juga digunakan bagi melegakan sakit kepala akibat tekanan, dismenorea, sakit gigi, sakit selepas mencabut gigi dan pembedahan kecil. Alaxan® juga berkesan untuk mengurangkan demam.

Bagaimanakah kegunaan ubat ini?

Alaxan® boleh didapati dalam bentuk tablet / kapsul untuk diambil melalui mulut, harus diambil bersama makanan, terus ambil selepas makan.

Bagaimana saya menyimpan ubat ini?

Alaxan® paling baik disimpan pada suhu bilik, jauh dari cahaya matahari dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Alaxan® di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin terdapat jenama Alaxan® yang berbeza dan memerlukan kaedah penyimpanan yang berlainan. Penting untuk sentiasa menyemak bungkusan produk bagi mengetahui arahan tentang kaedah penyimpanan, atau bertanya ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda harus menyimpan semua ubat jauh daripada kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Alaxan® ke dalam tandas atau menuang ubat ini ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Penting untuk melupuskan produk ini dengan cara yang betul apabila telah tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi untuk maklumat lanjut tentang cara pelupusan produk dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga dan amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan ubat ini?

Sebelum mengambil Alaxan®, beritahu doktor anda jika:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil sebarang ubat lain termasuk yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan makanan tambahan.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif Alaxan® atau ubat-ubatan lain.

Adakah selamat untuk mengambil ubat ini semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang lengkap tentang keselamatan penggunaan Alaxan® semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor untuk memahami manfaat dan risiko sebelum mengambil Alaxan®.

Ibuprofen termasuk dalam kategori risiko hamil B tetapi sekiranya wanita tersebut hamil pada trimester ke-3 atau sudah hampir bersalin, Ibuprofen tergolong dalam kategori D. Bagi paracetamol, ia termasuk dalam risiko hamil kategori B, menurut Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) US.

Rujukan kategori risiko hamil FDA ialah:

  • A=Tiada risiko.
  • B=Tiada risiko berdasarkan beberapa kajian.
  • C=Mungkin terdapat sedikit risiko.
  • D=Terdapat bukti positif terhadap risiko.
  • X=Kontraindikasi.
  • N=Tidak diketahui.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Alaxan® boleh menyebabkan kesan sampingan seperti:

  • Gastrousus.
  • Buah pinggang.
  • Gangguan hepatik.
  • Kesan-kesan dermatologik.
  • Penahan cecair.
  • Tekanan darah tinggi.
  • Hipotensi.
  • Palpitasi.
  • Mual.
  • Sakit epigastrik.
  • Pening.
  • Sakit kepala.
  • Gementar.
  • Ruam.
  • Gatal-gatal.
  • Tinitus.
  • Edema.
  • Reaksi alahan bermula daripada ruam kulit biasa sehinggalah demam ubat dan lesi mukosa.
  • Neutropenia.
  • Pansitopenia.
  • Leukopenia.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindak Balas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas ubat ini?

Alaxan® boleh bertindak balas dengan ubat lain yang sedang anda ambil, di mana ia boleh mengubah fungsi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Bagi mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat tanpa sebarang kebenaran daripada doktor.

Produk-produk yang boleh bertindak balas dengan ubat ini, termasuk:

  • Asid asetilsalisilik, melainkan asid asetilsalisilik yang berdos kecil (tidak melebihi 75 mg sehari).
  • NSAID yang lain termasuk perencat selektif siklo-oxygenase-2.
  • Chloramphenicol.
  • Cholestyramine.
  • Metoclopramide dan Domperidone.
  • Warfarin.
  • Anticoagulan.
  • Antihipertensif.
  • Agen antiplatelet dan perencat selektif pengambilan semula serotonin (SSRI).
  • Asid asetilsalisilik.
  • Glikosida kardiak.
  • Cyclosporin.
  • Kortikosteroid .
  • Diuretik.
  • Litium.
  • Methotrexate.
  • Mifepristone.
  • Antibiotik quinolone.
  • Tacrolimus.
  • Zidovudine.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas dengan ubat ini?

Alaxan® mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan atau alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan risiko bagi kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas, sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan ubat ini?

Alaxan® akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Oleh itu, sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi mengenai keadaan kesihatan anda sekarang, seperti:

  • Bronkospasme.
  • Angioedema atau polip hidung.
  • Masalah buah pinggang lanjutan.
  • Penyakit hati.
  • Penggunaan / Dos

    Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

    Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

    1 tablet atau kapsul setiap 6 jam mengikut keperluan atau seperti yang diarahkan oleh doktor.

    Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

    Tiada dos dibuat untuk pesakit pediatrik kerana ini mungkin tidak selamat untuk anak anda. Penting untuk memahami keselamatan ubat sebelum menggunakannya. Sila rujuk doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.

    Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

    Alaxan® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan berikut:

    • Tablet Alaxan® (325mg Paracetamol dan 200mg Ibuprofen).
    • Kapsul FR Alaxan® (325mg Paracetamol dan 200mg Ibuprofen).

    Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

    Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi doktor atau pergi ke unit kecemasan di hospital yang berdekatan.

    Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

    Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Alaxan®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika sudah menghampiri masa untuk dos seterusnya, abaikan dos yang terlepas itu dan ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Fariha Zakaria · Disemak pada 19/12/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan