Atractylodes

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Kegunaan

Apakah kegunaan Atractylodes?

Atractylodes adalah tumbuhan yang mana akarnya digunakan untuk membuat ubat. Ia biasanya digunakan untuk ketidakcernaan, sakit perut, pemberhentian cecair, cirit birit, hilang selera makan, turun berat badan disebabkan kanser, alahan pada hama habuk dan sakit sendi (reumatism)

Atractylodes digunakan bersama herba lain dalam ubat tradisional orang Cina bagi merawat kanser paru-paru dan komplikasi dialisis, kaedah mekanikal untuk “mencuci darah” apabila buah pinggang sudah rosak.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian lengkap mengenai bagaimana herba tambahan ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian menunjukkan bahan kimia dalam atractylodes boleh meningkatkan fungsi saluran pencernaan dan mengurangkan sakit serta bengkak (keradangan).

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Atractylodes?

Rujuk dengan doktor atau ahli farmasi atau ahli herba anda, jika:

  • Anda hamil atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda hamil atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa bahan dalam atractylodes atau ubatan lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang jenis alahan lain, seperti pada makanan, pewarna, bahan pengawet, atau haiwan.

Peraturan bagi herba tambahan kurang ketat berbanding peraturan bagi ubat. Lebih banyak kajian diperlukan bagi memastikan keselamatan. Kebaikan pengambilan herba tambahan ini haruslah melebihi risiko sebelum digunakan. Rujuk pada pakar herba atau doktor anda untuk maklumat lanjut.

Adakah atractylodes selamat?

Atractylodes dilihat selamat apabila diambil dalam kuantiti yang sesuai untuk jangka masa yang pendek.

Kehamilan dan menyusu badan:

Tiada kajian lengkap dibuat bagi menentukan sama ada ubat herba atractylodes selamat digunakan ketika hamil dan menyusu badan. Lebih baik mengelak daripada menggunakannya.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Atractylodes?

Kesan sampingan yang biasa berlaku apabila menggunakan atractylodes ialah:

  • Mual
  • Mulut kering
  • Rasa tidak sedap di dalam mulut

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Atractylodes?

Herba tambahan ini boleh bertindak balas dengan ubat atau keadaan perubatan terkini anda. Rujuk pada pakar herba atau doktor anda sebelum menggunakannya.

Atractylodes mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Atractylodes yang biasa digunakan?

Dos yang selamat ialah 1.32 gram setiap hari, sehingga 7 minggu.

Apakah bentuk penyediaan Atractylodes?

Herba tambahan ini boleh didapati dalam bentuk dos berikut:

  • Kapsul

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut