Artemisia Herba-Alba

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 12/09/2019 . 1 minit bacaan

Kegunaan

Apakah kegunaan Artemisia Herba-Alba?

Artemisia Herba-Alba merupakan rumput/semak kecil yang dijumpai di kawasan utara Afrika dan Timur Tengah. Bahagian yang tumbuh di bahagian atas tanah yang digunakan untuk ubat.

Manusia menggunakan Artemisia Herba-Alba untuk merawat:

  •         Batuk
  •         Ketidak selesaan perut
  •         Selesema
  •         Campak
  •         Kencing manis
  •         Jaundis
  •         Degupan jantung yang tidak teratur
  •         Lemah otot

Ia juga digunakan sebagai merawat jangkitan parasite seperti cacing bulu, pinworms, cacing pita, cacing pancing, dan flukes.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada maklumat yang cukup tentang fungsi supplemen herba ini. Sila berbincang dengan pakar herba atau doktor untuk informasi lanjut. Akan tetapi terdapat kajian yang menunjukkan:

  • Mengambil ekstrak air Artemisia Herba-Alba mampu mengurangkan symptom dan menyembuhkan jangkitan pinworm dalam kalangan orang dewasa dan kanak-kanak selepas 3 hari rawatan.
  • Mengambil ekstrak air Artemisia Herba-Alba juga mungkin boleh mengurangkan kadar kandungan gula dalam darah dalam sesetengah individu yang menghidap Diabetes Type 2.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Artemisia Herba-Alba?

Berundinglah dengan doktor atau ahli farmasi, atau pakar herba, jika:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Hal ini kerana, jika anda menjangkakan atau menyusukan bayi, anda hanya mengambil ubat berdasarkan saranan doktor.
  • Anda mengambil ubat lain. Ini termasuklah sebarang ubat yang anda mampu dapati tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai alergi dengan mana-mana kandungan Artemisia Herba-Alba atau ubat lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai alahan kepada makanan, pewarna, pengawet atau haiwan.

Kawalan untuk supplemen herba kurang ketat berbanding kawalan terhadap ubatan. Lebih banyak kajian yang diperlukan tahap keselamatannya. Manfaat pegambilan supplemen herba ini mestilah melebihi keburukannya. Runding bersama pakar herba atau doktor untuk maklumat yang lebih lanjut.

Adakah Artemisia Herba-Alba selamat digunakan?

Tiada maklumat yang cukup untuk mengetahui sama ada Artemisia Herba-Alba selamat digunakan atau tidak.

Mengandung dan menyusu badan:

Tiada maklumat yang cukup berkenaan tahap keselamatan menggunakan Artemisia Herba-Alba ketika mengandung atau menyusu badan. Ambil langkah berjaga-jaga dan elakkan pengambilannya.

Pembedahan

Berhenti pengambilan Artemisia Herba-Alba sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum pembedahan dijalankan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Artemisia Herba-Alba?

Jika mengambil Artemisia Herba-Alba bersama ubat kencing manis, ia mungkin menyebabkan kandungan gula dalam darah menurun dengan begitu banyak. Artemisia Herba-Alba juga boleh menganggu kadar kandungan gula dalam darah.

Bukan semua individu yang mengalami kesan-kesan sampingan ini. Mungkin terdapat kesan sampingan yang tidak dicatat di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan berkenaan kesan sampingannya, sila berunding dengan pakar herba atau doktor anda.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Artemisia Herba-Alba?

Supplemen herba ini mungkin bertindak balas dengan ubat semasa atau kondisi kesihatan semasa anda. Berundinglah dengan pakar herba atau doktor sebelum menggunakannya.

Terutamanya jika anda sedang mengambil ubat untuk kencing manis, termasuklah glimepiride (Amaryl), glyburide (Diabeta, Glynase PresTab, Micronase), insulin, pioglitazone (Actos), rosiglitazone (Avandia), chlorpropamide (Diabinese), glipizide (Glucotrol), tolbutamide (Orinase) dan lain-lain.

Artemisia Herba-Alba mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Artemisia Herba-Alba yang biasa digunakan?

Dos untuk supplemen ini berbeza untuk setiap individu. Dos ini bergantung kepada umur, tahap kesihatan dan faktor-faktor lain. Supplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba atau doktor untuk dos yang tepat.

Apakah bentuk penyediaan Artemisia Herba-Alba?

Supplemen herba ini boleh didapati dalam dos yang berikut:

  •         Tiada

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Wabak Demam Campak di Selatan Thailand – Pastikan Anda dan Keluarga Selamat

    Baru-baru ini negara kita menerima berita mengenai wabak beguk yang berlaku di dua buah sekolah di Kajang dan Gombak. Di Selatan Thailand pula, telah berlaku wabak campak sejak September lalu. Angka yang ditunjukkan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Berita, Berita Tempatan 09/11/2018 . 2 minit bacaan

    Penyakit HFMD dan Cacar Air: Apa Perbezaannya?

    Kebanyakan ibu bapa keliru mengenai penyakit HFMD dengan cacar air. Ikuti artikel ini untuk mengetahui mengenainya dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 26/07/2018 . 8 minit bacaan

    Kenali Apa Itu Vaksin

    Vaksin bukan lagi sesuatu yang asing di Malaysia. Anda mungkin jarang mendengar tentang difteria, batuk kokol dan rubella pada hari ini. Jika pernah dengar pun, tidak ramai yang mempunyai ahli keluarga atau kenalan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 22/06/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    anti vaksin

    Mengejutkan! Ini Rupanya Punca Fahaman Anti Vaksin Semakin Kuat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 06/10/2019 . 2 minit bacaan

    Demam Campak Orang Asli Suku Batek: Kejadian Wabak Adalah Terkawal

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 20/06/2019 . 4 minit bacaan
    demam campak

    JANGAN Main-main! Makin Ramai Yang Dijangkiti Demam Campak Jika Tahap Suntikan Vaksin Semakin Menurut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 19/04/2019 . 3 minit bacaan

    Lonjakan Kes Demam Campak di Peringkat Global Kerana Kurang Liputan Vaksin

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Diterbitkan pada 30/11/2018 . 2 minit bacaan