Bukan Sebab Sedih Atau Sakit Saja, Berak Pun Boleh Buat Kita Menangis?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 23/06/2020 . 3 minit bacaan

Ketika menjalani proses buang air besar atau berak, macam-macam ragam manusia yang dapat kita huraikan.

Jika dahulu surat khabar biasa menjadi peneman tatkala di kamar kecil, kini ia sudah diganti dengan telefon pintar bagi memecahkan kesunyian dan kebuntuan semasa sedang berjuang.

Tidak kurang juga ada yang sanggup membawa peranti lebih besar seperti tablet atau komputer riba ke dalam bilik air semata-mata untuk menonton drama ketika proses ini berlangsung.

Normal untuk kita melakukan perkara yang lain atau ‘multitask’ ketika sedang berak kerana ia adalah proses yang agak lama dan bosan.

Pun begitu, pernahkah kalian terbaca atau terdengar bahawa ada orang yang menangis ketika buang air besar?

Jangan terkejut kerana fenomena ini memang wujud. Jom kita ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi.

Bukan anda seorang sahaja yang mengalaminya!

Jika anda fikir bahawa anda seorang sahaja yang menangis semasa berak, jangan risau kerana ada lagi orang lain yang turut berfikiran sama seperti anda.

Dalam laman sesawang Reddit, hal ini pernah diungkitkan pada tahun 2019 oleh seorang individu yang menyatakan kebimbangan terhadap perkara ini.

menangis semasa berak

Hantaran ini telah mendapat perhatian netizen dan rata-rata mereka menyatakan ia adalah tidak normal.

Ada yang berpendapat bahawa ia terjadi akibat kurang makan serat, kurang minum air serta terlalu kuat meneran.

Namun apa pula kata sains?

Adakah menangis semasa berak itu normal?

Sebenarnya, adalah normal untuk seseorang itu mengalirkan air mata ketika buang air besar.

Ini kerana akan berlaku interaksi di antara salur darah, otot tubuh badan serta sistem saraf kompleks pada perut dan otak setiap kali kalian duduk atau cangkung di atas jamban.

Walaupun tidak dapat dipastikan peratus orang yang mengalami fenomena ini, tiada bukti yang mengatakan ia akan mendatangkan mudarat kecuali jika ia disebabkan oleh penyakit.

Jadi jangan terlalu bimbang jika ia berlaku kepada anda okay?

Apakah punca menangis ketika buang air besar?

Ramai yang percaya bahawa ia adalah disebabkan kesakitan akibat terlalu kuat meneran. Sehingga kini, para pengkaji sedang giat menyelidik punca sebenar fenomena ini berlaku.

Namun, kebanyakan pakar telah bersetuju dengan teori yang berikut:

buang air besar

#1. Tekanan intra abdomen

Ini adalah teori paling utama di sebalik fenomena menangis ketika buang air besar.

Ketika otot abdomen anda mengembang dan mengempis untuk membantu tinja keluar dari kolon, ia secara tidak langsung akan memberi tekanan pada organ dan membran di sekelilingnya.

Tekanan ini bersama dengan pernafasan, akan menyebabkan ketegangan salur darah dan sistem saraf pada abdomen lantas menghantar isyarat kepada otak untuk menghasilkan air mata.

Bukan di bahagian perut sahaja, tekanan pada abdomen ini juga akan memberi kesan pada leher serta kepala lalu mengakibatkan kelenjar lakrimal tertekan dan mengeluarkan air mata.

Ini boleh terjadi walaupun dalam keadaan kita tidak sedar atau rasa sakit, jadi tiada apa yang perlu dibimbangkan.

#2. Reaksi sistem saraf vagus

Para pengkaji juga percaya bahawa punca menangis ketika buang air besar adalah berkaitan dengan kedudukan sistem saraf vagus di dalam tubuh badan.

Ia adalah sistem saraf yang menghubungkan perut dengan kepala (brain-gut axis).

Ia berfungsi menghantar dan memberi isyarat daripada perut ke otak untuk menentukan reaksi tubuh badan.

Terdapat 2 jenis isyarat yang dikawal oleh sistem saraf ini iaitu:

  • Motor (pergerakan otot)
  • Sensor (perasaan emosi)

Semasa sedang berak, sistem saraf vagus akan menyebabkan otak mendapat isyarat ‘stres’ sebelum berak dan ‘lega’ selepas berak lantas mengeluarkan air mata.

buang air besar

#3. Efek ‘poo-phoria’

Ada satu lagi teori yang pakar percaya menjadi dalang kepada fenomena menangis semasa berak iaitu efek ‘poo-phoria’. Apakah ia?

Menurut Pakar Nutrisi Rachel Favilla, ia adalah satu keadaan di mana anda berasa suka, gembira dan puas hati selepas buang air besar.

Ia juga boleh diumpamakan sebagai perasaan khayal atau mabuk seakan anda baru sahaja mencapai orgasma ketika melakukan seks.

Terkejut dengan penjelasan kami? Tenang, ketahuilah bahawa ia adalah sesuatu yang normal!

Pun begitu, segera berjumpa doktor sekiranya air mata yang keluar semasa berak itu turut hadir bersama rasa sedih atau sakit kerana ia mungkin petanda penyakit yang memerlukan rawatan lanjutan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Mengapa Asyik Nak Buang Air Besar Selepas Makan, Normal Ke?

Jika anda terasa hendak buang air besar sejurus selepas makan, segeralah ke bilik air. Ia normal namun jika simptom lain seperti demam, ia mungkin tidak.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 30/04/2020 . 3 minit bacaan

Isteri, Lepas Senggama JANGAN Terus Tidur! Ini 7 Perkara Anda Patut Buat Dulu

Apa yang biasa kalian lakukan selepas hubungan seksual? Terus tidur? Ini yang sepatutnya anda lakukan demi penjagaan kesihatan anda berdua.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 23/04/2020 . 3 minit bacaan

5 Posisi Senggama Dalam Bilik Air Yang Suami Isteri MESTI Cuba Sekurang-Kurangnya Sekali!

Anda dan pasangan sudah bosan dengan seks yang biasa? Apa kata kalian cuba seks dalam tandas? Cuma, pastikan anda ikuti tip berikut ya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 14/03/2020 . 3 minit bacaan

Mak Buyung, JANGAN Abaikan Jika Anda Alami Kencing Kotor! Boleh Efek Buah Pinggang

Kencing kotor semasa mengandung berbahaya buat ibu hamil. Oleh itu, jalanilah saringan air kencing yang disarankan oleh doktor di klinik terdekat.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 06/03/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

uti

Takut Masalah Kencing Kotor Melarat Jika Bersama Suami? Buat 5 Langkah Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 02/07/2020 . 3 minit bacaan
mandi bersama pasangan

Kenapa Perlu Malu? Ada Banyak Manfaat Mandi Bersama Pasangan, Barulah Romantis!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 26/06/2020 . 3 minit bacaan
cirit semasa seks

Jangan Ketawa, Anda Juga Berisiko Tercirit Semasa Beraksi Dengan Pasangan Jika…

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 25/06/2020 . 3 minit bacaan
kencing terlalu kerap

Kerap Kencing Mungkin Tanda Pundi Aktif, Ini 8 Makanan Perlu Ambil (Dan Elak)!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 18/05/2020 . 3 minit bacaan