Awasi Simptom Aritmia! Jantung Kadang Laju, Kadang Perlahan- Ini Mungkin Petanda Sakit Jantung

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 17/06/2020 . 3 minit bacaan

Penyakit aritmia adalah salah satu daripada jenis penyakit jantung. Secara mudahnya, penyakit aritmia bermaksud bahawa rentak degupan jantung berada dalam keadaan tidak normal.

Gejala penyakit jantung ini berlaku apabila impuls elektrik yang menyelaras atau mengawal degupan jantung tidak berfungsi dengan baik.

Hal ini akan menyebabkan jantung anda berdegup sama ada terlalu cepat atau terlalu lambat bahkan tidak seperti biasa.

Bagaimanakah keadaan degupan jantung aritmia ini?

Ada ketikanya, anda berasakan bahawa jantung anda berdegup sedikit perlahan daripada biasa. Adakalanya, ia berdegup sedikit laju daripada degupan kebiasaan

Dalam masa yang sama, anda juga mungkin tidak sedar sedang mengalami aritmia, disebabkan kadangkala ia tidak menunjukkan sebarang tanda yang jelas seperti contoh di atas. 

Kebanyakan individu pernah mengalami aritmia ini dan ia boleh terjadi dalam 2 keadaan sama ada tidak membahayakan sama sekali atau boleh jadi kecemasan. 

Ini jenis-jenis penyakit aritmia yang mungkin boleh berlaku

jenis penyakit jantung

Terdapat beberapa jenis keadaan aritmia yang boleh berlaku kepada seseorang individu tersebut, bergantung kepada keadaan degupan jantung yang dialaminya.

Secara ringkasnya, berikut adalah jenis-jenis aritmia yang patut anda tahu:

#1. Tachycardia

Rentak atau irama jantung anda yang berlaku pada kadar lebih daripada 100 degupan dalam tempoh 1 minit.

#2. Bradycardia

Rentak jantung anda yang berlaku dalam keadaan yang perlahan dengan kadar sebanyak 60 degupan ke bawah dalam tempoh 1 minit.

#3. Supraventricular arrhythmias

Aritmia yang bermula pada bahagian atria, iaitu ruang atas jantung. 

#4. Ventricular arrhythmias

Aritmia yang bermula pada bahagian ventrikel, iaitu ruang bawah jantung.

#5. Bradyarrhythmias

Rentak atau irama jantung perlahan yang mungkin disebabkan oleh penyakit pada sistem pengaliran jantung, seperti nod sinoatrial (SA), nod atrioventricular (AV) atau rangkaian HIS-Purkinje.

Apakah punca berlakunya penyakit aritmia ini?

Anda mungkin akan mengalami gejala penyakit jantung ini walaupun jantung anda berada dalam keadaan yang sihat.

Namun, terdapat juga beberapa punca yang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami aritmia. Antara punca-punca tersebut ialah:

Apakah tanda-tanda atau simptom sekiranya saya mengalami penyakit aritmia?

penyakit aritmia

Terdapat beberapa tanda atau simptom yang boleh menunjukkan anda mengalami penyakit aritmia ini. Tanda yang paling kerap berlaku adalah seperti berikut:

  • Rasa seperti jantung anda ‘skip’ degupan yang sepatutnya berlaku
  • Degupan jantung yang berdegup terlalu laju
  • Degupan jantung yang berdegup terlalu perlahan
  • Degupan jantung yang tidak normal seperti kebiasaannya
  • Berlakunya hentian seketika atau ‘pause’ antara degupan jantung

Selain daripada simptom-simptom tersebut, terdapat juga beberapa simptom lain yang menunjukkan anda mungkin mengalami penyakit aritmia yang lebih serius.

Antara tanda-tanda yang lebih serius tersebut ialah:

  • Sakit pada bahagian dada
  • Rasa sesak nafas
  • Pening-pening
  • Rasa seperti kepala anda sedang melayang-layang
  • Pengsan atau rasa seperti hendak pengsan
  • Keresahan
  • Badan anda berpeluh
  • Jantung yang berdebar-debar dengan teruk

Memandangkan jenis penyakit jantung ini boleh terjadi sama ada dalam keadaan berbahaya atau tidak, namun simptom-simptom yang berlaku juga adalah berbeza.

Simptom yang berlaku boleh menunjukkan bahawa penyakit aritmia yang berlaku itu dalam keadaan serius atau tidak.

Cara yang paling selamat untuk menentukannya adalah dengan berjumpa doktor bagi melakukan pemeriksaan lanjut. 

Perlukah saya berjumpa dengan doktor?

Memandangkan jenis penyakit jantung ini boleh berlaku dalam 2 keadaan, amat penting untuk anda berjumpa dengan doktor bagi memastikannya dengan lebih tepat.

Anda mungkin ingat penyakit aritmia yang anda rasakan itu seperti tidak begitu serius, namun dalam tidak sedar ia sebenarnya adalah kes yang sepatutnya dirawat di unit kecemasan. 

Tanda-tanda atau simptom yang dinyatakan sebelum ini biasanya tidak diambil berat oleh ramai pihak.

Jadi, bagi mengelakkan sebarang risiko yang lebih serius, anda perlu sentiasa merujuk doktor untuk memastikan sebarang perubahan yang tidak normal pada degupan jantung anda. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Sakit Jantung! Apa Langkah Awal Yang Perlu Anda Buat?

Serangan jantung boleh membawa maut namun jika rawatan awal diberikan dengan serta-merta fungsi jantung optimum masih boleh dikekalkan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Pusat Kesihatan, Penyakit Jantung 23/02/2020 . 4 minit bacaan

BELASUNGKAWA, Ashraf Sinclair Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung Semasa Tidur

Seorang pelakon tanah air iaitu Ashraf Sinclair telah meninggal dunia akibat serangan jantung. Takziah diucapkan buat ahli keluarga arwah.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Berita Tempatan 18/02/2020 . 4 minit bacaan

Sukan Tinju BUKAN Hanya Untuk Melatih Otot, Ketahui 5 Manfaatnya Terhadap Kesihatan!

Sukan tinju adalah aktiviti lasak yang sangat bagus untuk sistem kardiovaskular. Selain dapat melatih otot, terdapat banyak lagi manfaat sukan tinju!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 09/02/2020 . 3 minit bacaan

Orang Muda Yang Ada Tekanan Darah Tinggi, Ini 5 Cara Menurunkan Risiko Hipertensi!

Buat orang muda yang menghidapi tekanan darah tinggi, ini merupakan cara menurunkan darah tinggi di usia muda untuk elak risiko hipertensi!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Pusat Kesihatan, Hipertensi 26/12/2019 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

tanda serangan jantung

Serangan Jantung Boleh Berlaku Tanpa Sakit Dada?! Ini 7 Cara Kesan Sakit Jantung

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 23/06/2020 . 3 minit bacaan
pentingkah-hubungan-asmara-kepada-setiap-pasangan

Pentingkah SEKS Dalam Sebuah Perhubungan? 5 Perkara Ini Anda Kena Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 17/06/2020 . 3 minit bacaan
jangan makan malam

Pakar Kongsi 4 Sebab MESTI Elak Makan Lewat Malam, Rupanya Ada Kaitan Dengan Jantung?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 20/05/2020 . 3 minit bacaan
mentega dan marjerin

Nak Buat Kuih Raya Dengan Mentega Atau Marjerin? Mana Lebih Sihat? #StayAtHome

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 20/03/2020 . 3 minit bacaan