Chikungunya Terhadap Kanak-kanak

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/11/2019

Kanak-kanak aktif yang sering bermain di luar rumah selalunya terdedah kepada gigitan nyamuk. Walaupun ia satu perkara biasa, namun gigitan nyamuk juga kadang kala boleh mendatangkan bahaya. Walaupun penyakit ini tidak menyebabkan maut, tetapi ia boleh membawa kesan buruk terhadap anak anda.

Kesan Chikungunya Pada Kanak-kanak

Chikungunya adalah penyakit nyamuk yang disebabkan oleh spesis nyamuk Aedes Aegypti dan Aedes Albopictus. Kebiasaannya, nyamuk berkenaan cenderung menggigit pada waktu siang.

Chikungunya memberi kesan kepada kanak-kanak yang lebih teruk. Ia menyebabkan ruam berbanding orang dewasa. Walaupun kesakitan sendi tidak biasa dengan kanak-kanak seperti orang dewasa, ia boleh menjadi sangat teruk. Tetapi, jarang kematian kanak-kanak disebabkan chikungunya.

Selain itu, kanak-kanak juga terdedah kepada Chikungunya akibat tidur pada waktu tengah hari. Ini menjadikan mereka yang sasaran mudah untuk nyamuk. Oleh itu, langkah penjagaan sewajarnya perlu diambil untuk menjaga anak anda semasa tidur.

Simptom 

Simptom chikungunya pada kanak-kanak kebanyakannya sama dengan orang dewasa. Ia termasuk:

  • Demam
  • Sakit kepala
  • Loya
  • Muntah
  • Kesakitan tajam di sendi
  • Sakit di sekeliling mata
  • Ruam
  • Kelemahan selama beberapa minggu

Malah, terdapat penemuan bahawa kanak-kanak tidak begitu terjejas oleh jangkitan seperti orang dewasa. Sesetengah kanak-kanak tidak menunjukkan apa-apa simptom walaupun dijangkiti. Ini adalah kes semula jadi kekebalan mereka yang kuat. Oleh itu, virus tidak menyebabkan penyakit. Lebih-lebih lagi pada anak-anak yang dijangkiti, simptom utama selalunya adalah ruam kulit dan bukannya sakit sendi. Sakit sendi tidak begitu jelas pada anak-anak seperti pada orang dewasa yang terjejas dengan virus chikungunya.

Rawatan 

Tiada ubat untuk Chikungunya. Namun antara langkah mudah yang mungkin anda boleh lakukan adalah:

  • Pastikan anak anda mendapat rehat yang secukupny.
  • Pastikan anak anda kerap minum air kosong bagi mengelakkan risiko dehidrasi. Bagi bayi di bawah 6 bulan harus minum susu atau susu formula sahaja.
  • Berikan bayi anda ubat-ubatan yang disarankan oleh doktor seperti acetaminophen untuk melegakan demam dan kesakitan.

Pencegahan 

  • Pastikan anak anda memakai baju lengan panjang dan seluar panjang, terutamanya jika pergi ke taman untuk bermain atau ketika dia tidur pada waktu petang.
  • Pastikan anak anda memakai pakaian berwarna terang kerana pakaian gelap menarik perhatian nyamuk.
  • Gunakan krim dan penyembur nyamuk.
  • Gunakan kelambu semasa tidur.
  • Kekal di kawasan berhawa dingin atau sejuk kerana nyamuk tidak berkembang dalam keadaan sejuk.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Awasi Demam Denggi Jika Badan Panas Lebih 3 Hari

    Demam denggi adalah musuh utama di Malaysia. Iklim tropikal di negara ini menjadikan nyamuk mudah membiak dan menyebarkan virus denggi. Dengan mencatatkan angka melebihi 100,000 kes hampir setiap tahun, penyakit ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

    Perbezaan Denggi dengan Chikungunya

    Denggi dan chikungunya adalah kedua-dua penyakit virus yang tersebar oleh gigitan nyamuk Aedes. Aedes aegypti lebih cenderung untuk menyebarkan denggi manakala Aedes albopictus lebih cenderung untuk menyebarkan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz

    Tip Teruskan Puasa Walaupun Demam

    Demam adalah keadaan ketika suhu tubuh melebihi 38 darjah celsius. Demam merupakan sebahagian daripada proses imun tubuh yang sedang melawan jangkitan akibat virus, bakteria, atau parasit. Jadi, bagaimana jika anda ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz

    11 Tanda Dehidrasi Berbahaya Semasa Puasa

    Sepanjang berpuasa, terdapat pelbagai cabaran yang tidak diduga. Misalnya tiba-tiba mengalami dehidrasi. Dehidrasi ringan sering terjadi pada bulan Ramadan. Namun, hati-hati kalau mengalami dehidrasi yang serius ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz

    Artikel lain untuk anda

    cara cegah malaria

    Selain Denggi, Malaria Juga Penyakit Bahaya Bawaan Nyamuk – Ini 5 Cara Mencegahnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 23/04/2020
    nyamuk-denggi

    Nyamuk Bukan Sekadar Sebarkan Denggi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 21/10/2019
    chikungunya

    Wabak Chikungunya Kian Tular di Bahagian Utara Negara

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 27/06/2019
    denggi

    Cikungunya: Apakah yang Anda Tahu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Diterbitkan pada 06/08/2018