backup og meta

Apa itu kemurungan?

Apa itu kemurungan?

Kemurungan ialah sejenis penyakit mental yang dikategorikan sebagai perasaan sedih yang teramat sangat. Anda juga berasa tiada pertolongan, tiada harapan dan tidak berguna. Apabila anda mendapat penyakit ini, kehidupan seharian anda akan berbolak balik kerana anda tidak mmpu untuk menguruskan diri sendiri. Kemurungan ini bukan sahaj memberi kesan kepada anda, ia juga boleh mengubah hubungan anda dengan keluarga dan rakan-rakan.

Kemurungan juga dikenali dalam perubatan sebagai “depressive disorder” atau kemurungan klinikal. Ia adalah penyakit sebenar dan bukan petanda kelemahan seseorang atau kekurangan pada karekternya. Anda perlu tahu bahawa kemurungan ini boleh dirawat dan kebanyakan pesakit sembuh selepas mendapat rawatan.

Apakah jenis-jenis kemurungan?

Terdapat beberapa jenis kemurungan bergantung kepada tahapnya:

Kemurungan major (kemurungan klinikal)

Kemurungan major disifatkan sebagai kemurungan yang mempunya symptom berpanjangan. Symptom-simptom ini boleh dikategorikan sebagai teruk atau sederhana dan kebiasaannya berpanjangan sehingga enam bulan. Kemurungan jenis ini ialah keadaan yang kerap berulang, tetapi untuk sesetengah individu, ia boleh dialami sekali dalam seumur hidup.

Dysthymia

Dysthymia ialah symptom kemurungan yang sederhana, tetapi ia berlarutan dalam masa yang panjang (sekurang-kurangnya 2 tahun). Jika anda menghidap dysthymia, anda sentiasa berasa kurang perasaan dan mungkin berfikir bahawa “itu adalah anda yang biasa”. Walau bagaimanapun, ia boleh menghalang anda daripada menjalani kehidupan yang baik.

Gangguan kemurungan yang berterusan

Kemurungan jenis ini berlarutan sekurang-kurangnya 2 tahun dan symptom-simptomnya hampir sama dengan kemurungan major. Ini bermakna anda mengalami symptom tidak teruk atau sederhana dalam jangka masa yang pendek sedikit daripada symptom teruk.

Kemurungan psikosis

Kemurungan jenis ialah kombinasi kemurungan dan psikosis. Disamping kurang perasaan untuk pesakit yang mengalami kemurungan, pesakit yang mengalami kemurungan psikosis mungkin berkhayal, mempercayai perkara-perkara yang individu lain tidak dapat melihat atau mendengar.

Kemurungan selepas bersalin

Kemurungan selepas bersalin adalah sejenis kemurungan yang berlaku kepada ibu baru selepas bersalin. Kemurungan ini adalah jauh lebih serius daripada ketidakstabilan emosi (baby blue). 70-80% ibu baru mengalami baby blues, manakala hanya 10-15% menderita kemurungan selepas bersalin, dimana ia adalah petanda ianya lebih teruk dan berpanjangan.

Gangguan bipolar (kemurungan mania/terlalu gembira)

Dalam gangguan bipolar, pesakit mengalami episode kemurungan dan kegembiraan silih berganti. Pusingan ini akan menyebabkan perubahan sikap mendadak, percakapan laju dan sedikit masa untuk tidur.

Gangguan berkaitan musim (SAD)

Kemurungan jenis ini kerap berlaku ketika musim luruh atau musim sejuk apabila siang menjadi semakin pendek dan ia kekal sehingga masuk hari-hari cerah musim bunga atau musim panas. Sesetengah individu mengalami gangguan ini untuk jangka masa yang pendek semasa musim panas.

Apakah punca-punca kemurungan?

Tiada punca yang khusus untuk penyakit kemurungan.  Ia biasanya hasil kombinasi daripada pelbagai factor. Banyak factor menjadi penyebab kepada kemurungan termasuk keturunan, biologi dan kimia otak, peristiwa dalam hidupseperti kencing manis, kanser, penyakit jantung dan penyakit Parkinson.

Siapakah yang berisiko mendapat kemurungan?

Beberapa factor dalam kehidupan anda boelh meningkatkan risiko untuk anda mendapat kemurungan. Anda juga mungkin berisiko tinggi untuk mendapat penyakit ini sekiranya anda mengalami kesusahan seperti:

  •         Peristiwa dalam hidup seperti tidak diambil bekerja/dipecat kerja, bercerai, kebuluran. Walaupun peristiwa ini berlarutan, kemurungan yang teruk terjadi kepada individu yang mengalaminya keadaan ini sahaja.
  •         Personaliti. Anda mungkin berasa sukar untuk mengharungi tekanan dalam hidup, atau sukar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan baru.
  •         Factor keturunan. Ahli keluarga penghidap kemurungan berisiko tinggi untuk mendapat penyakit ini.
  •         Sejarah anda. Trauma semasa kanak-kanak boleh mengubah bagaimana anda bertindakbalas terhdap ketakutan dan tekanan. Peristiwa-peristiwa lain dalam hidup seperti mencuba untuk membunuh diri atau sebarang bentuk penderaan – seksual, fizikal atau dadah.
  •         Beberapa jenis dadah/ubat boleh menyebabkan kemurungan termasuklah kortikosteroid, beberapa jenis beta-blocker, interferon dan reserpine.
  •         Penyalahgunaan alcohol, amphetamine mengiringi kemurungan atau hasil daripadanya.
  •         Kecederaan kepala yang lalu.
  •         Individu yang mempunyai sejarah kemurungan major berkemungkinan untuk terjadi semula.

Apakah simptom-simptom kemurungan?

Kemurungan akan menyebabkan banyak symptom yang mempunyai pelbagai tahap bergantung kepada individu tersebut.

  •         Anda mungkin berasa putus harapan tentang kehidupan sekarang dan masa depan, seperi anda tidak mampu berbuat apa-apa untuk mengubahnya.
  •         Anda mungkin hilang minat untuk melakukan aktiviti-aktiviti walaupun anda pernah menyukainya suatu ketika dahulu. Aktiviti harian menjadi bosan dan membebankan anda.
  •         Anda menyedari bahawa anda makan dengan banyak dan bertambah berat badan dengan ketara, atau anda mungkin hilang selera makan dan turun berat badan dengan ketara.
  •         Habit tidur anda berubah dengan ketara. Anda mungkin mengalami insomnia kerana tidak mendapat tidur mencukupi atau menurut keinginan untuk tidur sepanjang hari (juga dikenali sebagai hypersomnia).
  •         Anda berasa gelisah, resah ataupun berlaku ganas yang boleh berubah menjadi kemarahan. Kemarahan anda itu mungkin sebentar dan thap toleransi anda rendah, ia seolah-olah semua perkara dan semua orang membuat anda marah.
  •         Anda tbiasanya tidak bertenaga, rasa lesu, rasa lembap dan kepenatan secara fizikal. Anda mungkin berasa tangan dan kaki anda berat dan tidak bermaya dan tugas-tugas kecil memenatkan atau mengambil masa yang lama untuk disiapkan.
  •         Anda juga mungkin berasa benci kepada diri sendiri. Anda berasa tidak berguna atau bersalah mengeni tindakan anda. Anda mengkritik dengan kasar diri anda kerana membuat kesalahan dan kesilapan tersebut.
  •         Anda mula mencuba untuk membuat aktiviti berbahaya seperti berjudi, tidak berhati-hati ketika memandu atau penyalahgunaan dadah.
  •         Anda mempunyai masalah tumpuan seperti masalah untuk fokus, membuat keputusan atau mengingati beberapa perkara.
  •         Anda mungkin mengalami sakit tanpa sebab seperti sakit kepala, sakit belakang, sakit otot dan sakit perut.

Kemurungan juga akan menjadi penyebab bunuh diri. Tanda-tanda amaran bunuh diri ialah:

  •         Bercakap mengenai membunuh atau mencederakan seseorang.
  •         Mengekspresikan perasaan yang kuat tentang putus harapan atau diperangkap.
  •         Asyik berfikir tentang kematian
  •         Bertindak terburu-buru seperti mereka ingin mati (contohnya: memecut laju pada lampu merah)
  •         Menghubungi atau melawat orang untuk mengucapkan selamat tinggal
  •         Hubungan ?
  •         Berkata seperti “Semua orang akan menjadi lebih baik tanpa saya” atau “saya nak pergi”
  •         Pertukaran secara mendadak daripada menjadi seseorangyang tersangat murung kepada perlakuan tenang dan gembira.
  •         Anda da[at megenalpasti kemurungan daripada gerak gerinya.
  •         Kelihatan tidak terurus, mata bergenang, kening yang sedih, mulut kelihatan sedih.
  •         Posisi bermalasan, kurang tentangan mata dan ekspresi wajah.
  •         Sedikit pergerakan badan, perubahan dalam percakapan seperti suara sayu, menggunakan perkataan monosyllabic
  •         Muram, pesimis, kurang prihatin, pasif, tidak bermaya, introvert, melampau semasa mengkritik diri sendiri dan orang lain dan mengadu/mengeluh.

Apakah komplikasi yang mungkin berlaku?

Kemurungan ialah penyakit serius yang memberi kesan kepada kesihatan mental dan fizikal anda. Serta sikap dan perhubungan. Kemurungan jangka masa panjang tanpa rawatan boleh menyebabkan:

  •         Berlebihan berat badan atau obesity yang akan mengakibatkan penyakit jantung dan kencing manis;
  •         Sakit dan kesakitan fizikal;
  •         Penyalahgunaan alcohol dan dadah;
  •         Konflik keluarga, kesukaran dalam perhubungan dan masalah kerja dan sekolah;
  •         Dipulauk oleh masyarakat;
  •         Gelisah. Gangguan panic dan fobia dengan orang ramai (social phobia);
  •         Menyakiti diri sendiri seperti memotong;
  •         Perasaan untuk bunuh diri, cubaan bunuh diri atau bunuh diri;
  •         Kematian pra matang daripada masalah kesihatan yang lain.

Bagaimana kemurungan didiagnos?

Doktor akan bertanya mengenai tahap kesihatan mental anda yang terkini. Jika anda berasa lemah semangat, murung atau putus harapan. Mereka juga mungkin bertanya sejak bila perasaan itu timbul dan adakah peristiwa terkini yang terjadi dan mempengaruhi perasaan tersebut. Doktor juga boleh memerhati sikap anda untuk menegnalpasti tanda-tanda kemurungan.

Sesetengah ujian boleh dijalankan untuk memantau keadaan yang boleh menjadi penyebab kemurungan. Ujian ini dibuat untuk memeriksa:

  •         Keracunan karbon monoksida;
  •         Penyalahgunaan bahan tertentu (alcohol, steroid anabolic, cannabis, kokain, narkotik);
  •         Preskripsi kesan sampingan ubat;
  •         Hypothyrodisme;
  •         Tumor otak;
  •         Penyakit Parkinson;
  •         Kurang vitamin.

Apakah rawatan kemurungan?

Terdapat dua kaedah utama untuk merawat kemurungan:

Psykoterapi – juga dikenali sebagai terapi bercakap seperti terapi perilaku kognitif (CBT)

Psykoterapi selalunya digunakan untuk kes-kes kemurungan tidak serius dan bersama dengan ubat- ubatan lain untuk kemurungan tahap sederhana dan serius. Psykoterapi ini direka untuk membantu pesakit mengawal perasaan dan melakukan tugasan. Terapi perilaku kognitif membantu untuk membetulkan paten fikiran negative sementara terapi interpersonal melihat kepada kesan perhubungan.

Rawatan ubat-ubatan – antidepressi

Antidepressi ialah ubat yang dipreskrip oleh doktor, sama ada daripada rawatan penjagaan utama atau psikateri.

Uabt-ubatan biasa digunakan untuk kemurungan tahap sederhana atau serius. Walaupun begitu, ia tidak digalakkan untuk kanak-kanak, dan hanya dipreskrip dalam pantauan untuk dewasa

Beberapa jenis ubat yang boleh didapati untuk rawatan kemurungan:

  •         Selective serotonin reuptake inhibitors (SSRIs) – citalopram (Celexa®), escitalopram (Lexapro®), fluoxetine (Prozac®), paroxetine (Paxil®, Pexeva®), sertraline (Zoloft®).
  •         Monoamine oxidase inhibitors (MAOIs) – isocarboxzaid (Marplan®), phenelzine (Nardil®), selegiline, tranylcypromine (Parnate®), tranylcypromine (Phenelzine®).
  •         Tricyclic antidepressants – amitriptyline (Elavil®), imipramine (Tofranil®), nortriptyline (Pamelor®), protriptyline (Vivactil®), trimipramine (Surmontil®).
  •         Atypical Antidepressants – bupropion (Wellbutrin®), maprotiline, mirtazapine (Remeron®), nefazodone, trazodone.
  •         Selective serotonin and norepinephrine reuptake inhibitors (SNRI) – desvenlafaxine (Pristiq®), duloxetine (Cymbalta®) venlafaxine (Effexor®).

Doktor anda boleh mengesyorkan ubat yang sesuai dengan kemahuan personal,kejayaan atau kegagalan yang lepas, kesan sampingan yang kurang baik, sama ada terlebih dos yang boleh menjadi bebahaya dan memberi tindakbalas dengan rawatan lain

Amaran daripada US Food and Drug Administration (FDA) berkata “ubat antidepresi mungkin menigkatkan fikiran atau perlakuan untuk membunuh diri dalam kalangan kanak-kanak, remaja dan dewasa pada beberapa minggu awal rawatan.” Anda perlu tahu bahawa ubat ini akan meningkatkan tenaga anda dalam masa bebrapa minggu tetapi anda tidak melihat pada peningkatan mood sehingga 4-6 minggu. Fikiran untuk membunuh diri adalah biasa semasa beberapa minggu pertama rawatan dijalankan.

Kesan sampingan yang kurang serius biasanya dialami oleh individu yang mengambil antidepressi termasuklah:

  •         Sakit kepala;
  •         Berpeluh pada waktu malam;
  •         Loya;
  •         Gelisah;
  •         Masalah seksual;
  •         Kering mulut;
  •         Sembelit

Bagaimana saya boleh mengatasi kemurungan ini?

Individu yang mempunyai maslaah kemurungan biasanya akan pulih lebih cepat dengan bantuan dan sokongan daripada orang lain. Anda perlu berbual dan mengajar keluarga serta rakan-rakan tentang keadaan anda sementara mengamalkan tips-tips berikut dapat pulih dengan lebih cepat:

Ikut plan rawatan anda. Anda sepatutnya tidak mencuba untuk mengelak daripada sebarang temujanji atau doa ubatan walaupun symptom sudah tiada. Anda juga akan mengalami symptom sebaliknya jika anda menggunakan ubatan secara berlebihan.

Belajar mengenai kemurungan. Galakkan keluarga anda untuk belajar tentang kemurunganuntuk embantu mereka memahami dan menyokong anda. Belajar tentang keadaan anda dapat membantu daripada trigger mengelak dan mengikut plan rawatan yang ada.

Elakkan alkohol dan dadah rekreasi.

  • Ubat makanan yang sihat, jadi aktif secara fizikal dan dapatkan tidur yang mencukupi untuk memastikan kesihatan badan anda.
  • Tulis jurnal. Menulis jurnal ialah sebahagian daripada rawatan anda. Ia boleh memperbaiki mood dengan membenarkan and untuk meluahkan kesakitan, kemarahan, ketakutan atau emosi lain
  • Tentukan kumpulan sokongan, kaunseling dan sumber lain untuk membantu kemurungan tersebut. Program pembantu pekerja dan kumpulan keagamaan juga boleh menawarkan pertolongan untuk masalah kesihatan mental anda
  • Belajar cara untuk menenangkan diri dan menguruskan tekanan. Seperti meditasi, merehatkan otot secara progresif. Yoga dan tai chi.
  • Rancang hari anda. Anda dapati ia membantu untuk membuat senarai tugasan harian. Gunakan nota melekat sebagai peringatan atau gunakan buku perancangan (planner) untuk kekal tersusun. Jangan memberi tekanan diri sendiri pada beban kerja yang banyak.
  •  Jangan buat keputusan penting ketika anda dalam keadaan tidak bersemangat. Elakkan membuat keputusan apabila ada berasa murung kerana anda mungkin tidak dapat berfikir dengan baik.

Kemurungan ialah keadaan yang serius tetapi masih boleh dirawat. Sebarang persolan berkaitan keadaan anda perlu diajukan kepada doktor. Hubungi doktor atau pakat terapi jika anda menyedari sebarang perubahan symptom atau perasaan anda. Tanya saudara mara atau kawan-kawan untuk membantu anda melihat kepada sebarang tanda-tanda amaran.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Depression: what you need to know. http://www.nimh.nih.gov/health/publications/depression-what-you-need-to-know-12-2015/index.shtml#pub4. Accessed September 14, 2016.

What is depression. http://www.medicalnewstoday.com/articles/8933.php#what_is_depression. Accessed September 14, 2016.

Postpartum depression. http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/postpartum-depression/basics/definition/con-20029130. Accessed September 14, 2016.

Versi Terbaru

02/11/2022

Ditulis oleh Shahrul Izwan Naser

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Fatin Zahra


Artikel Berkaitan

Kenali Ciri Ciri Anxiety, Adakah Ia Stres Biasa Atau Kegelisahan Melampau?

Kenapa Saya Selalu Ketawa & Menangis Tanpa Sebab? Kenali Penyakit 'Joker'!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Shahrul Izwan Naser · Disemak pada 02/11/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan