backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Stenosis Pilorik, Kondisi Jarang Berlaku Yang Berkaitan Bayi & Perut Dan Usus Mereka!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fariha Zakaria · Disemak pada 11/10/2023

Stenosis Pilorik, Kondisi Jarang Berlaku Yang Berkaitan Bayi & Perut Dan Usus Mereka!

Stenosis pilorik adalah penyakit yang berkaitan dengan bayi dan sistem penghadaman serta pencernaan mereka. Namun, adakah ia berbahaya buat mereka? Jom baca artikel ini untuk tahu!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Sistem Penghadaman, anda boleh klik di sini.

Definisi

Apa itu stenosis pilorik?

Apa itu stenosis pilorik adalah satu kondisi yang jarang berlaku melibatkan pembukaan (pilorik) di antara perut dan usus kecil bayi.

Pilorik ialah injap otot yang menahan makanan di dalam perut sehingga makanan tersebut sedia untuk ke peringkat seterusnya dalam proses pencernaan.

Bagi jenis stenosis yang ini, otot terbabit akan menjadi tebal lantas menghalang makanan daripada memasuki usus kecil bayi.

Apa risiko Stenosis pilorik?

Ia biasanya berlaku pada bayi yang baru lahir dan jarang sekali berlaku pada kanak-kanak yang berusia 6 bulan ke atas.

Kadang kala ia juga boleh berlaku pada golongan dewasa.

Simptom

Apakah gejala kondisi ini?

stenosis pilorik

Simptom untuk kondisi ini yang selalu terjadi ialah :

  • Muntah selepas menyusu
  • Sentiasa lapar
  • Kontraksi perut
  • Bayi menangis tanpa air mata dan mudah lesu
  • Perubahan pergerakan usus
  • Masalah berat badan bayi

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang sesuatu simptom, sila berjumpa doktor anda.

Bila saya harus jumpa doktor?

Sila berjumpa dengan doktor sekiranya bayi anda:

Punca

Apa sebab kondisi ini?

Stenosis ini sering berlaku pada bayi namun puncanya masih belum diketahui.

Faktor genetik mungkin memainkan peranan dalam hal ini kerana kanak-kanak kepada ibu bapa yang pernah menghadapi kondisi ini lebih cenderung untuk mendapat masalah itu.

Apabila stenosis pilorik berlaku, otot pilorik akan menjadi terlalu besar dan tebal lalu menyekat tiub keluar perut (laluan keluar perut).

Makanan cecair dan pepejal tidak dapat keluar dari perut untuk ke usus kecil.

Golongan dewasa boleh menghidap kondisi ini disebabkan ulser perut, parut selepas pembedahan perut atau mempunyai barah berdekatan dengan pilorik.

Faktor Risiko

stenosis pilorik

Apa faktor risiko stenosis pilorik?

Terdapat banyak faktor risiko penyakit ini, seperti :

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit stenosis ini didiagnosis?

Doktor bayi anda akan melakukan pemeriksaan fizikal terlebih dahulu.

Kadang kala doktor boleh merasai ketulan berbentuk buah zaitun – otot pilorik yang membesar – ketika memeriksa badan bayi.

Gelombang peristalsis pada badan bayi merupakan salah satu tanda utama stenosis ini.

Doktor anda mungkin juga akan mengesyorkan:

  • Ujian darah untuk memeriksa dehidrasi atau ketakimbangan elektrolit atau keduanya sekali.
  • Ultrasound untuk melihat pilorik dan mengesahkan diagnosis kondisi ini.
  • X-ray bahagian sistem pencernaan bayi anda sekiranya keputusan ultrabunyi tidak jelas.

Bagaimana pesakit stenosis ini dirawat?

stenosis pilorik

Kondisi ini perlu dirawat melalui pembedahan. Prosedur (piloromiotomi) selalunya dijadualkan pada hari yang sama dengan diagnosis dibuat.

Jika bayi anda mengalami dehidrasi atau ketakimbangan elektrolit, bayi anda akan diberikan rawatan gantian cecair sebelum pembedahan.

Dalam piloromiotomi, doktor bedah hanya akan memotong lapisan luar otot pilorik yang tebal, membolehkan lapisan dalamnya membonjol keluar.

Ini akan membuka laluan untuk makanan lalu ke usus kecil.

Piloromiotomi selalu dibuat menerusi kaedah pembedahan invasi yang minimal. Sebuah alat melihat (laparoskop) yang nipis dan panjang dimasukkan melalui insisi kecil berdekatan dengan pusat bayi.

Prosedur laparoskopik lebih cepat sembuh berbanding prosedur tradisional dan prosedur  ini meninggalkan parut yang lebih kecil.

Selepas pembedahan:

  • Bayi anda mungkin akan diberikan cecair intravena untuk beberapa jam atau sehingga bayi anda boleh makan Anda boleh mula menyusu bayi anda semula dalam masa 12-24 jam. Bayi anda mungkin mahu menyusu lebih kerap.
  • Muntah mungkin akan berterusan untuk beberapa hari selepas pembedahan
  • Komplikasi yang boleh berlaku daripada pembedahan ini termasuklah pendarahan dan jangkitan kuman. Walau bagaimanapun, komplikasi ini jarang berlaku dan pembedahan ini selalunya membuahkan hasil terbaik

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fariha Zakaria · Disemak pada 11/10/2023

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan