backup og meta

Bayi Kerap Muntah Lepas Menyusu? Jangan Risau, Mama! Ada 8 Cara Nak Atasinya

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 04/07/2022

    Bayi Kerap Muntah Lepas Menyusu? Jangan Risau, Mama! Ada 8 Cara Nak Atasinya

    Persoalannya. apa itu refluks bayi? Ya, masih ramai yang tidak tahu punca sebenar situasi ini berlaku. Jom sama-sama kita kuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut. 

    Umum mengetahui bahawa bayi yang baru dilahirkan akan kerap mengalami pelbagai masalah ketika penyusuan, antaranya adalah memuntahkan kembali susu yang mereka minum. Kebanyakan ibu bapa menamakan situasi ini sebagai ‘muak’ atau ‘mual’. Sebenarnya, ia adalah refluks bayi.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Apa itu refluks bayi?

    makanan pejal bayi

    Refluks bayi atau gastroesophageal reflux (GER) adalah kondisi bayi memuntahkan kembali susu yang mereka minum. Ia sebenarnya berpunca daripada asid refluks yang terdapat dalam perut bayi. Asid refluks ini akan menolak kembali susu yang diminum oleh bayi lalu menyebabkan mereka memuntahkan kembali susu tersebut.

    Apa yang menyebabkannya?

    Kondisi ini berlaku disebabkan oleh pencerut esofagus (sphincter) atau otot di bahagian bawah esofagus yang mengembang dan menguncup bagi mencegah asid perut, tertolak ke atas. Ini akan menyebabkan bayi terutamanya yang berumur setahun ke bawah mengalami refluks.

    Selain itu, terdapat beberapa lagi faktor lain yang menyebabkan refluks bayi berlaku dan kadangkala tidak dapat dielakkan, iaitu:

    • Bayi berbaring meniarap kebanyakan masa
    • Bayi hanya minum susu dan belum boleh makan
    • Bayi lahir pra matang

    Adakah ibu bapa perlu risau?

    Kebiasaannya, refluks bayi adalah kondisi yang tidak serius dan akan beransur hilang seiring dengan perjalanan usia bayi. Apabila bayi menjangkau usia 18 bulan, ia akan hilang secara sendiri.

    Namun begitu, jika bayi anda mengalami simptom seperti kurang berat badan, tidak mahu minum susu, terbatuk atau tercekik ketika minum susu, ia mungkin menunjukkan bahawa bayi anda mengalami kondisi yang serius iaitu GERD (gastroesophageal reflux disease). GERD merupakan komplikasi yang berlaku selepas GER.

    Bagaimana mengatasi refluks bayi?

    ibu bapa

    Terdapat beberapa perkara yang perlu dititikberatkan oleh ibu bapa untuk mengatasi refluks bayi, iaitu:

    • Baringkan bayi dengan meninggikan sedikit kepala ketika menyusukan mereka
    • Dukung bayi secara menegak sekurang-kurangnya 30 minit selepas menyusukan mereka
    • Susukan bayi anda dalam amaun yang sedikit tetapi kerap
    • Kadangkala, berhenti ketika menyusukan bayi untuk cuba buat mereka sendawa
    • Jika bayi menyusu badan, si ibu perlu elak daripada mengambil daging atau telur
    • Jika bayi menyusu formula, cuba tukar jenis susu formula yang digunakan
    • Gunakan puting yang berlainan saiz kerana puting yang terlalu besar atau terlalu kecil akan mengakibatkan bayi tertelah banyak udara
    • Cuba beri bayi makan pejal (dengan izin doktor)

    Konklusinya, refluks bayi adalah normal dan anda tidak perlu terlalu risau jika ia berlaku. Namun begitu, perhatikan komplikasinya. Jika ia semakin teruk dan mengakibatkan pelbagai kondisi kesihatan yang lain, segera berjumpa doktor untuk khidmat nasihat dan rawatan.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 04/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan