backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Jangkitan Shigella (Syigelosis)

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 27/11/2019

Definisi

Apakah itu jangkitan shigella?

Jangkitan Shigella (syigelosis) adalah penyakit usus yang disebabkan oleh keluarga bakteria yang dikenali sebagai shigella. Tanda utama jangkitan shigella ialah cirit-birit, yang sering berdarah.

Shigella boleh disebarkan melalui sentuhan langsung dengan bakteria di dalam najis. Sebagai contoh, ini boleh berlaku dalam suasana penjagaan kanak-kanak apabila ahli kakitangan yang mengendalikan kanak-kanak tidak mencuci tangan dengan cukup baik selepas menukar lampin atau membantu kanak-kanak dengan latihan buang air. Bakteria Shigella juga boleh disebarkan dalam makanan yang tercemar atau dengan minum atau berenang di dalam air yang tercemar.

Sejauh manakah lazimnya berlaku jangkitan shigella?

Kanak-kanak berumur antara 2 dan 4 paling berkemungkinan akan mendapat jangkitan shigella. Bilangan kes syigelosis yang dilaporkan setiap tahun kepada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (Centers for Disease Control and Prevention (CDC)) telah berubah sejak beberapa tahun kebelakangan, dari lebih 17,000 sepanjang tahun 1978-2003, kepada paras terendah sebanyak 14,000 pada tahun 2004, kepada hampir 20,000 pada tahun 2007. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom jangkitan shigella?

Simptom lazim jangkitan shigella adalah:

  • Cirit-birit (kadang-kadang berdarah)
  • Demam
  • Sakit perut
  • Tenesmus (desakan yang menyakitkan untuk membuang air walaupun usus kosong)

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang sesuatu simptom, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bilakah saya harus berjumpa dengan doktor saya?

Hubungi doktor anda atau dapatkan penjagaan segera sekiranya anda atau anak anda mengalami cirit-birit berdarah atau cirit birit yang cukup teruk untuk menyebabkan kehilangan berat badan dan dehidrasi. Juga, hubungi doktor anda jika anda atau anak anda mempunyai cirit-birit dan demam 101 F (38 C) atau lebih tinggi.

Punca-punca

Apakah yang menyebabkan jangkitan shigella?

Jangkitan berlaku apabila anda secara tidak sengaja menelan bakteria shigella. Ini boleh berlaku apabila anda:

  • Menyentuh mulut anda. Jika anda tidak membasuh tangan anda dengan baik selepas menukar lampin seorang kanak-kanak yang mempunyai jangkitan shigella, anda mungkin dijangkiti. Sentuhan langsung antara orang dengan orang adalah cara yang paling biasa penyakit itu tersebar
  • Makan makanan yang tercemar. Orang yang dijangkiti yang mengendalikan makanan boleh menghantar bakteria kepada orang yang memakan makanan. Makanan juga boleh menjadi tercemar jika ia tumbuh dalam kawasan yang mengandungi kumbahan
  • Menelan air tercemar. Air boleh tercemar sama ada daripada kumbahan atau daripada orang yang mempunyai jangkitan shigella yang berenang di dalamnya

Faktor-faktor risiko

Apa yang meningkatkan risiko saya untuk jangkitan shigella?

Terdapat banyak faktor risiko untuk jangkitan shigella, seperti:

  • Merupakan anak kecil. Jangkitan shigella adalah perkara biasa pada kanak-kanak berumur antara 2 dan 4 tahun
  • Menginap dalam perumahan beramai-ramai atau mengambil bahagian dalam aktiviti kumpulan. Sentuhan rapat dengan orang lain akan menyebarkan bakteria dari orang ke orang. Wabak shigella lebih biasa berlaku di pusat penjagaan kanak-kanak, kolam renang komuniti, rumah penjagaan, penjara dan berek tentera
  • Menetap atau berjalan di kawasan-kawasan yang kurang sanitasi. Orang yang tinggal atau melancong di negara-negara membangun (developing countries) lebih berkemungkinan untuk mendapat jangkitan shigella
  • Merupakan seorang lelaki gay yang aktif melakukan seks. Lelaki yang mempunyai hubungan seks dengan lelaki berisiko tinggi kerana aktiviti oral-anal langsung atau tidak langsung

Diagnosis & rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SENTIASA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah jangkitan shigella didiagnosis?

Banyak jenis kuman yang boleh menyebabkan cirit-birit, jadi mengenal pasti sebab akan membantu menentukan rawatan. Penyedia penjagaan kesihatan (Healthcare providers) boleh meminta ujian makmal dilakukan untuk mengenal pasti Shigella dalam najis orang yang dijangkiti. Makmal ini juga boleh membuat ujian khas untuk menentukan antibiotik mana, jika ada, adalah yang terbaik untuk merawat jangkitan.

Bagaimanakah jangkitan shigella dirawat?

Jangkitan Shigella biasanya berlangsung dalam lima hingga tujuh hari. Menggantikan cecair yang hilang dari cirit-birit mungkin merupakan satu-satunya rawatan yang anda perlukan, terutamanya jika kesihatan umum anda baik dan jangkitan shigella anda adalah ringan.

Elakkan pengambilan ubat untuk merawat cirit-birit, seperti loperamide (Imodium) atau atropine (Lomotil), kerana ubat-ubat tersebut boleh membuat keadaan anda menjadi lebih teruk.

Antibiotik

Untuk jangkitan shigella yang teruk, antibiotik mungkin memendekkan tempoh penyakit. Walau bagaimanapun, beberapa bakteria shigella telah menjadi bakteria tahan ubat. Oleh itu, adalah lebih baik untuk tidak mengambil antibiotik melainkan jangkitan shigella anda adalah teruk.

Antibiotik juga mungkin diperlukan untuk bayi, orang tua dan orang yang mempunyai jangkitan HIV, dan juga dalam keadaan di mana terdapat risiko yang tinggi untuk menyebarkan penyakit.

Penggantian cecair dan garam

Bagi orang dewasa yang umumnya sihat, air minuman mungkin cukup untuk mengatasi kesan dehidrasi akibat cirit-birit.

Kanak-kanak mungkin mendapat manfaat daripada larutan rehidrasi oral, seperti Pedialyte, yang boleh didapati di kedai-kedai ubat. Kebanyakan farmasi membawa jenama mereka sendiri.

Kanak-kanak dan orang dewasa yang ternyahhidrat teruk memerlukan rawatan di bilik kecemasan hospital, di mana mereka boleh menerima garam dan cecair melalui vena (intravena), bukannya melalui mulut. Penghidratan intravena memberikan tubuh dengan air dan nutrien penting lebih cepat daripada larutan oral.

Perubahan gaya hidup & remedi rumah

Apakah beberapa perubahan gaya hidup atau remedi rumah yang boleh membantu saya mengatasi jangkitan shigella?

Gaya hidup dan remedi rumah yang berikut mungkin membantu anda mengatasi jangkitan shigella:

  • Basuh tangan dengan kerap dan teliti
  • Memerhati dan mengajar kanak-kanak kecil cara mencuci tangan mereka
  • Buang lampin yang kotor dengan betul
  • Menyahjangkit (Disinfect) kawasan menukar lampin selepas digunakan
  • Jangan menyediakan makanan untuk orang lain jika anda mempunyai cirit-birit
  • Jauhkan anak-anak yang mempunyai cirit-birit dari pusat penjagaan kanak-kanak, kumpulan bermain atau sekolah
  • Elakkan menelan air dari lopak, tasik atau kolam yang tidak dirawat
  • Elakkan aktiviti seksual dengan sesiapa yang mengalami cirit-birit atau yang baru sembuh dari cirit-birit

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik penyelesaian terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 27/11/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan