backup og meta

Hepatitis B Semasa Hamil

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 15/11/2019

    Hepatitis B Semasa Hamil

    Bayi yang dilahirkan dengan ibu yang ada hepatitis B (HBV) mempunyai peluang lebih besar daripada 90% untuk terkena hepatitis B kronik jika tidak dirawat dengan sempurna semasa dilahirkan.

    Bagaimana anda boleh menjadi pembawa HBV?

    Hepatitis B adalah virus berjangkit yang tersebar melalui darah, air mani dan cecair badan yang lain. Sekiranya anda seorang pembawa, anda mungkin terkena virus:

    • Melalui hubungan seks dengan pembawa lain
    • Semasa lahir (jika ibu anda adalah pembawa)
    • Berkongsi jarum atau terjebak dengan jarum secara tidak sengaja
    • Menggunakan berus gigi atau pisau cukur yang ada kesan kecil darah pembawa di atasnya (walaupun anda tidak dapat melihatnya)
    • Menindik tubuh atau tatu di tempat yang mempunyai amalan sanitasi yang kurang baik

    Simptom hepatitis B pada ibu hamil

    1. Morning sickness yang teruk

    Hepatitis B ini boleh menyebabkan ‘morning sickness’ semakin teruk. Biasanya ia berlaku pada trimester I dan sembuh apabila memasuki trimester seterusnya. Namun berbza dengan ibu hamil yang menghidap hepatitis B yang mana keadaan alahan itu berterusan sepanjang kehamilan sehingga menyebabkan tubuh ibu menjadi lemah.

    2. Flu semasa hamil

    Awalnya apabila virus menyerang ibu hamil ia hanya menyebabkan flu biasa seperti selsema. Ia menjadi parah apabila ibu hamil berasa sakit kepala, batuk, hidung tersumbat dan lain-lain. Flu terhadap ibu hamil biasanya sukar dirawat dengan ubat-ubatan biasa. Beberapa hari selepas flu, ibu hamil akan berasa lebih selesa. Tetapi kemudiannya ia boleh menyerang kembali dalam masa terdekat. Keadaan ini menyebabkan badan terus lemah dan tidak selesa.

    3. Putih mata dan kulit menjadi kuning

    Hepatitis B juga boleh menyebabkan bahagian putih mata dan kulit menjadi warna kuning. Perubahan warna ini berlaku disebabkan oleh adanya akumulasi kadar bilirubun dalam tubuh ibu hamil. Hati mempunyai fungsi penting untuk mengurskan kadar bilirubin. Namun jika hati bermasalah, makan kadar bilirubin menjadi sangat tinggi dan zat ini akan berkumpul di dalam kulit.

    4. Cepat penat

    Jangkitan virus menyebabkan keadaan hati semakin lemah. Semua sistem melibatkan organ hati tidak boleh berfungsi dengan baik dan menyebabkan banyak racun di dalam tubuh. Jadi, tubuh ibu hamil semakin lemah. Hepatitis juga boleh merosakkan sistem darah sehingga ibu hamil berisiko mendapat anemia.

    5. Sakit seluruh tubuh

    Virus yang menyerang menyebabkan ibu hamill berasa tidak selesa. Bukan sahaja sakit di bahagian tulang atau sendi tetapi di seluruh bahagian tubuh. Ketika ini sebenarnya virus sedang berkembang dan berusaha merosakkan fungsi hati. Jika ibu hamil bekerja sambil berdiri atau duduk dalam tempoh yang lama, keletihan menjadi semakin teruk termasuk berlaku bengkak kaki.

    6. Gangguan pencernaan

    Hati mempunyai fungsi yang sangat penting untuk sistem pencernaan. Ketika berlaku gangguan hati, sistem pencernaan juga tidak boleh berfungsi dengan baik. Antara gangguan sistem pencernaan yang sering terjadi pada ibu hamil seperti mual yang berterusan, muntah, dan cirit-birit. Gangguan ini mungkin membebankan ibu hamil kerana dalam masa sama mengalami morning sickness.

    7. Selera makan berkurang

    Simptom hepatitis B pada ibu hamil juga menyebabkan selera makan berkurang. Fungsi hati sangat penting untuk menghasilkan enzim yang boleh membantu penyerapan nutrisi dalam tubuh. Ketika berlaku jangkitan pada hati, ibu hamil tidak dapat menerima makanan dengan baik. Pengolahan nutrisi dalam tubuh juga terganggu sehingga ibu hamil tidak berasa lapar.

    Kesan hepatitis B terhadap kehamilan

    Sekiranya anda seorang pembawa HBV, peluang anda untuk menghantar virus kepada bayi semasa kelahiran adalah 10 hingga 20 peratus, kecuali jika dia menerima rawatan dalam masa 12 jam selepas lahir.

    Jika anda menghidap hepatitis B, anda berisiko mengalami:

  • Kelahiran bayi pramatang
  • Melahirkan bayi kecil
  • Diabetes gestasi
  • Pendarahan yang teruk pada akhir kehamilan
  • Risiko berbeza-beza bergantung pada ketika anda dijangkiti dan berapa banyak HBV dalam darah anda. Terdapat 80 hingga 90 peratus risiko jika anda dijangkiti hepatitis B semasa trimester ketiga.

    Adalah penting bagi ibu mengandung mengetahui status hepatitis B mereka bagi mengelakkan virus berpindah kepada bayi yang baru dilahirkan semasa bersalin. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 15/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan