backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Gigi Condong

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nur Hadirah Mustafa · Disemak pada 13/09/2019

Definisi

Apa itu Gigi Condong?

Terdapat beberapa sebab mengapa gigi sesetengah orang tumbuh condong, bertindih, atau herot. Mulut sesetengah orang terlalu kecil untuk gigi mereka. Hal ini menyesakkan gigi dan menyebabkan ia teralih. Dalam kes-kes lain, rahang atas dan bawah seseorang tidak sama saiz atau cacat bentuk. Hal ini mengakibatkan sama ada overbit, apabila terdapat bonjolan rahang atas, atau di gigitan bawah, apabila rahang bawah menonjol ke hadapan, menyebabkan rahang bawah dan gigi melangkaui gigi atas.

Tambahan pula, gigi condong boleh:

  • Mengganggu untuk mengunyah yang betul.
  • Memberi cabaran dalam membersihkan gigi, meningkatkan risiko kerosakan gigi, kaviti, dan gingivitis.
  • Menekan gigi, rahang, dan otot serta meningkatkan risiko gigi pecah.
  • Membuatkan orang sedar tentang penampilan mereka dan menjejaskan keyakinan diri mereka.
  • Gigi tidak akan dapat melaksanakan fungsi penting sekiranya ia tidak teratur. Ketahui lebih lanjut mengenai isu ini dan bagaimana ia boleh dirawat, untuk melindungi kesihatan mulut dan pencernaan secara keseluruhan.

    Apakah kebarangkalian Gigi Condong?

    Gigi condong merupakan masalah yang hampir biasa terjadi.

    Walau bagaimanapun, ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor-faktor risikonya. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

    Simptom-simptom

    Apakah simptom-simptom Gigi Condong?

    Bergantung kepada pengelasan gigi condong, simptom bagi gangguan ini mungkin tidak ketara atau teruk. Simptom biasa gigi condong, termasuk:

    • Susunan gigi yang tidak teratur.
    • Perubahan rupa wajah.
    • Sering menggigit bahagian dalam pipi atau lidah.
    • Ketidakselesaan semasa mengunyah atau menggigit.
    • Masalah pertuturan, termasuk perkembangan pelat.
    • Bernafas melalui mulut berbanding hidung.

    Bila saya harus berjumpa doktor?

    Diagnosis dan rawatan awal boleh mencegah gigi condong daripada menjadi bertambah buruk. Oleh itu, sila merujuk doktor anda secepat mungkin bagi mencegah keadaan ini.

    Jika anda mengalami sebarang tanda atau simptom seperti yang dinyatakan di atas mahupun sebarang soalan, sila merujuk dengan doktor anda. Setiap tubuh badan seseorang bertindak secara berbeza. Langkah yang terbaik adalah anda berbincang dengan doktor tentang apa yang terbaik bagi situasi anda.

    Punca

    Apakah punca Gigi Condong?

    Gigi condong biasanya merupakan penyakit keturunan. Hal ini bermakna ia boleh diturunkan dari satu generasi ke generasi berikutnya.

    Terdapat beberapa keadaan atau tabiat yang mungkin merubah bentuk dan struktur rahang. Antaranya adalah:

    • Sumbing bibir dan lelangit.
    • Kekerapan penggunaan puting selepas umur 3 tahun.
    • Penggunaan botol yang berpanjangan pada zaman awal kanak-kanak.
    • Menghisap jari pada zaman awal kanak-kanak.
    • Kecederaan yang mengakibatkan rahang teralih.
    • Ketumbuhan dalam mulut atau rahang.
    • Bentuk gigi tidak normal atau impacted teeth.
    • Penjagaan gigi tidak sempurna mengakibatkan tampalan, korona atau pendakap gigi tidak sempurna.
    • Saluran pernafasan terganggu (pernafasan mulut) disebabkan oleh alergi atau pembesaran adenoid mahupun tonsil.

    Faktor-faktor Risiko

    Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Gigi Condong?

    Faktor risiko bagi keadaan ini masih tidak diketahui. Ramai saintis percaya bahawa pesakit mewarisi gen daripada ibu bapa mereka.

    Diagnosis dan Rawatan

    Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

    Bagaimana pesakit Gigi Condong didiagnosis?

    Gigi condong biasanya didiagnos melalui rutin pemeriksaan gigi. Doktor gigi anda akan memeriksa gigi anda dan melakukan x-ray gigi bagi menentukan jika gigi anda tersusun dengan baik. Sekiranya gigi condong dapat dikesan, ia akan dikelaskan mengikut jenis-jenisnya dan tahap keterukannya. Terdapat tiga kelas utama gigi condong:

    • Kelas 1: Kelas 1 gigi condong didiagnosis apabila gigi atas bertindih dengan gigi bawah. Dalam jenis ini, gigitan adalah normal dan sedikit pertindihannya. Kelas 1 gigi condong adalah klasifikasi gigi condong yang paling biasa terjadi.
    • Kelas 2: Kelas 2 gigi condong didiagnosis apabila terdapat overbit yang teruk. Keadaan ini dikenali sebagai retrognatisme (atau retrognatia). Ia bermakna gigi dan rahang atas bertindih dengan rahang dan gigi bawah secara ketara.
    • Kelas 3: Kelas 3 gigi condong juga didiagnosis apabila ada overbit yang sangat teruk. Keadaan ini dikenali sebagai prognatisme yang bermakna rahang bawah menonjol ke hadapan. Hal ini menyebabkan gigi bawah akan bertindih dengan gigi dan rahang atas.

    Bagaimana pesakit Gigi Condong dirawat?

    Kebanyakan orang yang mempunyai gigi condong sedikit, tidak memerlukan sebarang rawatan. Walau bagaimanapun, doktor gigi akan merujuk anda kepada pakar ortodontik sekiranya gigi anda condong teruk. Bergantung kepada jenis gigi condong anda, pakar ortodontik akan mengesyorkan pelbagai rawatan. Ia boleh termasuk:

    Pendakap gigi untuk membetulkan posisi gigi:

    • Penyingkiran gigi untuk membetulkan kesesakan.
    • Mengubah semula, mengikat, atau menutup gigi.
    • Pembedahan untuk membentuk semula atau memendekkan rahang.
    • Wayar atau plat untuk menstabilkan tulang rahang.

    Rawatan untuk gangguan ini juga boleh mengakibatkan beberapa komplikasi. Ini termasuk:

    • Kerosakan gigi.
    • Kesakitan atau ketidakselesaan.
    • Kerengsaan mulut daripada penggunaan peralatan seperti pendakap gigi.
    • Kesukaran mengunyah atau bercakap semasa rawatan.

    Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

    Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Gigi Condong?

    Mencegah gangguan ini boleh jadi sukar kerana kebanyakan kes gigi condong adalah keturunan. Ibu bapa bagi kanak-kanak harus mengehadkan penggunaan puting dan botol bagi membantu mengurangkan perubahan dalam tumbesaran rahang. Pengesanan awal gigi condong mungkin membantu memendekkan tempoh (tahap keterukan) rawatan yang diperlukan bagi membetulkan masalah ini.

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Nur Hadirah Mustafa · Disemak pada 13/09/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan