Diet Tinggi Fiber vs Simptom Asma

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 3 minit bacaan

Anda merupakan penghidap asma dan mungkin anda pernah mendengar kata-kata “Makanlah lebih serat, ia bagus untuk anda”. Adakah ia benar? Perlukah anda mengambil lebih serat? Adalah ia benar-benar bagus untuk anda? Adakah ia akan mencetuskan simptom kepada anda? Baca artikel ini untuk maklumat lanjut.

Serat

Terdapat beberapa jenis serat tetapi anda mungkin lebih biasa dengan serat larut dan serat tidak larut. Serat larut boleh bertukar menjadi seperti gel apabila ia menyerap air. Anda boleh menjumpai serat boleh larut pada kekacang, oat, epal, blueberi, pear, pisang, lobak, kacang soya dan oren. Serat boleh larut boleh membantu mengurangkan keradangan di dalam peparu.

Serat tidak boleh larut tidak menyerap air. Anda boleh menjumpai serat jenis ini di dalam gandum, bran, beras perang, biji dan kulit buah. Serat tidak larut ini boleh membantu membersihkan usus anda.

Diet tinggi fiber dan asma

Apabila anda makan sayur-sayuran dan buah-buahan (yang mana mengandungi serat yang tinggi), bakteria di dalam usus akan membantu anda mencerna serat yang anda makan. Mikrob tersebut akan memecahkan serat boleh larut seperti pectin yang terdapat di dalam epal, buah beri, pear, buahan sitrus, kepada asid lemak berantaian pendek (short chain fatty acid). Asid lemak berinteraksi dengan tisu di dalam tulang, di mana sel-sel imun dilepaskan. Ini boleh membantu mencegah sistem imun anda dari terlebih bertindak kerana apabila ia terlalu aktif boleh menyebabkan keradangan. Oleh itu, makan makanan berserat boleh membantu mencegah keradangan.

Di beberapa buah negara, pengambilan serat dalam diet mereka adalah tinggi sementara sebaliknya berlaku di beberapa buah negara lain. Ini boleh dikaitkan dengan insiden asma. Asma lebih sering terjadi di negara yang penduduknya tidak mengambil serat boleh larut secukupnya. Sebagai contoh, sejak 1960-an, insiden asma semakin meningkat dan pengambilan serat menurun di negara-negara barat. Pada masa yang sama, asma kurang terjadi di negara yang mana sayur-sayuran dan buah-buahan merupakan bahagian terbesar di dalam pemakanan harian mereka (seperti negara-negara Afrika).

Benjamin Marsland dari Universiti Lausanne di Switzerland dan rakan sekerjanya telah menjalankan kajian untuk menguji kesan serat di dalam pemakanan pada saluran pernafasan tikus-tikus yang sedang mengalami keradangan. Mereka memberi dua kumpulan tikus makan selama dua minggu; satu kumpulan diberi diet rendah serat sementara satu lagi kumpulan diberi diet tinggi serat. Tikus-tikus yang diberi makan makanan yang tinggi serat mempunyai kurang sel-sel imun yang terbentuk pada asma alergik. Walaupun hasil kajian ini tidak dapat ditafsirkan sepenuhnya kepada manusia, penemuan ini boleh membantu para pengkaji memulakan kajian yang lebih lanjut terhadap manusia pula.

Makan lebih serat boleh memberi manfaat kepada kesihatan anda

Makan lebih serat juga sangat bagus untuk kesihatan anda. Serat boleh larut dapat membantu menggalakkan sistem imun, merendahkan kolestrol jahat (kolestrol LDL), mengurangkan risiko diabetes jenis 2 dan penyakit koronari jantung, mencegah sembelit, menjaga berat badan. Merendahkan gula dalam darah. Serat tidak boleh larut pula boleh mengurangkan sembelit, mengawal berat badan, menambahbaik kesihatan jantung dan fungsi imun. Ia juga boleh membantu dalam mengawal pergerakan usus anda.

Selain itu, makanan yang kaya serat mengandungi vitamin seperti vitamin C, A, B yang juga baik untuk kesihatan kita.

Sayuran berdaun hijau gelap seperti kangkung; sayuran oren seperti lobak merah, cili benggala merah, buah-buahan seperti buahan sitrus (oren, markisa), buah beri adalah pilihan yang baik.

Pemakanan berserat boleh membantu mencegah asma dengan mengurangkan keradangan pada paru-paru. Walau bagaimanapun, anda perlu berbincang dengan doktor anda sebelum mengubah pemakanan anda kerana beberapa jenis makanan yang anda alergik boleh mencetuskan simptom-simptom asma.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Makan Morning After Pill Jika ‘Terbabas’ Bersama Suami, Tapi Berapa Kali Boleh Ambil?

    Ramai yang fikir kita boleh ambil pil morning after tanpa had. Persoalannya, berapa kali boleh ambil pil perancang kecemasan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 10/07/2020 . 3 minit bacaan

    Apa Rahsia Di Sebalik 7 Warna Hingus? Kalau Hitam, Kena Jumpa Doktor Cepat!

    Mungkin ramai yang tidak tahu bagaimana hingus terhasil bukan? Selain itu, artikel ini juga akan menerangkan tentang rahsia 7 warna hingus!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 10/07/2020 . 3 minit bacaan

    Mak Buyung Selalu Kemurungan? BAHAYA Bukan Pada Ibu Saja Tapi Juga Bayi

    Ibu mengandung sememangnya akan mengalami perubahan secara fizikal atau emosi. Namun ia boleh menyebabkan kemurungan dan memberikan kesan kepada kandungan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 10/07/2020 . 3 minit bacaan

    Encik Suami Minta Senggama Tapi Isteri Period! Apa Je Boleh Buat? (Ini Cara Halal)

    Alamak, anda period tapi mahu buat seks? Tenang, ini petua untuk isteri cuba cara melayan suami ketika haid. Jom klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 10/07/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    rabun warna

    Orang Lelaki Lebih Ramai Yang Buta Warna Berbanding Kaum Wanita, Apa Sebabnya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 10/07/2020 . 3 minit bacaan
    kesihatan awam

    Dunia Berdepan Dengan 4 Isu Kesihatan Awam Tahun 2020, Bukan Cuma COVID-19!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 10/07/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit fobia

    Jangan Permainkan Orang Yang Takut Kepada Badut! Ini Bukan Dibuat-buat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 10/07/2020 . 3 minit bacaan
    oral seks

    Orang Muda Jangan Anggap Oral Seks Tak Bahaya, Boleh Terkena HIV Jika Alami Keadaan Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 10/07/2020 . 3 minit bacaan