backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Aneurisme Otak

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nur Hadirah Mustafa · Disemak pada 07/06/2023

Definisi

Apa itu Aneurisme Otak?

Aneurisme otak (serebral) adalah kawasan yang membengkak dan lemah di dinding arteri yang membekalkan darah ke otak. Dalam kebanyakan kes, aneurisme otak tidak menyebabkan simptom dan tidak disedari. Dalam kes yang jarang berlaku, aneurisme otak pecah, seterusnya melepaskan darah ke tengkorak dan mengakibatkan strok.

Apabila aneurisme otak pecah, hasilnya dipanggil pendarahan subaraknoid. Bergantung pada tahap keterukan pendarahan, kerosakan otak atau kematian mungkin berlaku.

Lokasi yang paling biasa bagi aneurisme otak adalah dalam rangkaian saluran darah di pangkal otak yang dipanggil bulatan Willis.

Apakah kebarangkalian Aneurisme Otak?

Kira-kira 1.5 hingga 5 peratus daripada populasi umum mempunyai atau akan mengalami aneurisme otak. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risikonya. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Aneurisme Otak?

Kebanyakan aneurisme otak tidak menimbulkan simptom dan hanya ditemui semasa ujian untuk perkara lain yang biasanya tidak berkaitan. Dalam kes-kes lain, aneurisme yang tidak pecah akan menyebabkan masalah, dengan menekan kawasan di dalam otak. Apabila hal ini berlaku, seseorang itu mungkin mengalami sakit kepala yang teruk, penglihatan kabur, perubahan dalam pertuturan dan sakit leher, bergantung pada bahagian otak yang terjejas dan keadaan aneurisme tersebut.

Terdapat beberapa simptom lagi yang tidak disenaraikan di atas. Sekiranya anda mempunyai sebarang kebimbangan terhadap sesuatu simptom, sila merujuk dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Sekiranya anda mengalami sebarang tanda atau simptom seperti yang dinyatakan di atas mahupun sebarang soalan, sila rujuk dengan doktor anda. Setiap tubuh badan seseorang bertindak secara berbeza. Langkah yang terbaik adalah anda berbincang dengan doktor tentang apa yang terbaik bagi situasi anda.

Sekiranya anda mempunyai mana-mana simptom yang berikut atau menyedarinya pada orang yang anda kenali, hubungi atau perkhidmatan kecemasan lain dengan segera:

  • Sakit kepala yang teruk secara mengejut, yang berbeza daripada sakit kepala sebelumnya.
  • Sakit leher.
  • Loya dan muntah.
  • Sensitif terhadap cahaya.
  • Pengsan atau hilang kesedaran.
  • Sawan.

Punca

Apakah punca Aneurisme Otak?

Aneurisme otak berkembang hasil daripada dinding arteri yang menipis. Aneurisme sering terbentuk pada cabang atau cawangan dalam arteri kerana bahagian-bahagian salur darah itu adalah lemah.

Walaupun aneurisme boleh muncul di mana-mana dalam otak, ia paling biasa terjadi dalam arteri pada pangkal otak.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Aneurisme Otak?

Beberapa faktor risiko ini berkembang dari masa ke masa; yang lain-lain wujud semasa dilahirkan.

Faktor risiko berkembang dari masa ke masa termasuk:

  • Umur yang lebih tua.
  • Merokok.
  • Tekanan darah tinggi (hipertensi).
  • Pengerasan arteri (arteriosklerosis).
  • Penyalahgunaan dadah, terutamanya penggunaan kokain.
  • Kecederaan kepala.
  • Penggunaan alkohol berat.
  • Jangkitan darah tertentu.
  • Menurunkan tahap estrogen selepas menopaus.

Faktor-faktor risiko yang wujud semasa kelahiran termasuk:

  • Penyakit ginjal polisistik, penyakit keturunan yang mengakibatkan kantung berisi cecair dalam buah pinggang dan biasanya meningkatkan tekanan darah.
  • Aorta sempit yang tidak normal (koarktasi aorta), saluran darah besar yang menghantar darah yang kaya oksigen daripada jantung ke badan.
  • Malformasi Arteriovena Serebral (otak AVM), hubungan tidak normal antara arteri dan vena dalam otak yang mengganggu aliran darah normal di antara mereka.
  • Gangguan tisu penghubung yang diwarisi, seperti sindrom Ehlers-Danlos, yang melemahkan saluran darah.
  • Sejarah keluarga aneurisme otak, terutamanya saudara darjah pertama, seperti ibu bapa, abang atau adik perempuan.
  • Diagnosis dan Rawatan

    Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

    Bagaimana pesakit Aneurisme Otak didiagnosis?

    Kerana aneurisme otak yang tidak pecah sering tidak menimbulkan sebarang simptom, banyak yang ditemui pada orang yang sedang dirawat bagi keadaan yang berbeza.

    Sekiranya doktor anda percaya bahawa anda mempunyai aneurisme otak, anda mungkin perlu menjalani ujian berikut:

    Imbasan Tomografi Berkomputer (CT). Pengimbas CT boleh membantu mengenal pasti pendarahan di dalam otak. Kadangkala tusukan lumbar boleh digunakan jika doktor anda mengesyaki bahawa anda mempunyai aneurisme serebral yang pecah dengan pendarahan subaraknoid.

    Imbasan Angiogram Tomografi Berkomputer (CTA). CTA adalah kaedah yang lebih tepat bagi menilai saluran darah daripada imbasan CT yang standard. CTA menggunakan gabungan pengimbas CT, teknik komputer khas dan bahan kontras (pewarna) yang disuntik ke dalam darah untuk menghasilkan imej-imej salur darah.

    Angiografi Resonans Magnetik (MRA). Sama seperti CTA, MRA menggunakan medan magnetik dan denyutan tenaga gelombang radio untuk memberikan gambaran salur darah di dalam badan. Seperti pada angiografi CTA dan serebral, pewarna sering digunakan semasa MRA untuk membuatkan salur darah muncul dengan lebih jelas.

    Angiogram Serebral. Semasa ujian X-ray ini, kateter dimasukkan melalui saluran darah di pangkal paha atau lengan dan digerakkan melalui salur darah ke dalam otak. Pewarna kemudian disuntik ke dalam arteri serebrum. Seperti pada ujian di atas, pewarna ini membolehkan sebarang masalah dalam arteri, termasuk aneurisme, dilihat pada X-ray. Walaupun ujian ini lebih invasif dan membawa lebih banyak risiko daripada ujian-ujian di atas, ini adalah cara terbaik untuk mencari aneurisme otak yang kecil (kurang daripada 5 mm).

    Bagaimana pesakit Aneurisme Otak dirawat?

    Terapi perubatan. Aneurisme yang kecil dan tidak pecah serta tidak menimbulkan sebarang simptom, mungkin tidak memerlukan rawatan melainkan ia membesar, mencetus simptom atau pecah. Sangat penting untuk menjalani pemeriksaan tahunan untuk memantau tekanan darah, kolesterol dan keadaan perubatan yang lain. Aneurisme kecil dan tidak pecah memerlukan pemeriksaan pengimejan dengan kerap bagi memastikan bahawa ia tidak membesar atau berubah dengan ketara.

    Neurosurgeri. Bergantung kepada faktor risiko seseorang, pembedahan terbuka mungkin disyorkan. Pesakit diletakkan di bawah pengaruh anestesia umum, satu bukaan dibuat di tengkorak, tisu otak ditebarkan, dan aneurisme didedahkan secara pembedahan. Kemudian pakar bedah saraf meletakkan klip pembedahan di sekeliling pangkalnya. Klip itu menutup aneurisme supaya darah tidak dapat masuk. Bagi prosedur klip pembedahan yang tidak rumit, tinggal di hospital biasanya empat hingga enam hari. Penyembuhan penuh biasanya mengambil masa selama beberapa minggu hingga beberapa bulan.

    Neurointerventionalist / neuroradiologist. Bergantung kepada saiz, lokasi dan bentuk aneurisme, ia boleh dirawat daripada dalam saluran darah. Prosedur invasif yang minima ini serupa dengan angiogram serebrum. Walau bagaimanapun, selain mengambil gambar, kateter diarahkan melalui saluran darah ke aneurisme itu sendiri. Kemudian, dengan menggunakan bimbingan X-ray, pakar bedah endovaskular dengan hati-hati meletakkan gegelung-mikro platinum yang lembut ke dalam aneurisme dan melepaskannya. Gegelung berada di dalam aneurisme dan bertindak sebagai penghalang mekanikal kepada aliran darah, dengan itu menutupnya. Untuk prosedur yang tidak rumit, tinggal di hospital biasanya satu hingga dua hari. Penyembuhan selepas pembedahan biasanya mengambil masa selama lima hingga tujuh hari. Bagi pembedahan yang rumit atau rawatan endovaskular, atau jika aneurisme telah berdarah ke dalam otak, kemasukan ke hospital mungkin berlanjutan daripada satu hingga empat minggu, bergantung kepada keadaan perubatan pesakit dan sebarang komplikasi yang disebabkan oleh pendarahan tersebut.

    Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

    Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Aneurisme Otak?

    Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin boleh membantu anda mengatasi aneurisme otak:

    Sekiranya anda mempunyai aneurisme otak yang tidak pecah, anda boleh mengurangkan risiko pecah dengan mengubah gaya hidup ini:

    • Jangan merokok atau menggunakan ubatan rekreasi. Jika anda merokok atau menggunakan ubatan rekreasi, berbincanglah dengan doktor anda tentang strategi atau program rawatan yang sesuai bagi membantu anda untuk berhenti.
    • Makan makanan yang sihat dan bersenam. Perubahan dalam diet dan senaman dapat membantu menurunkan tekanan darah. Berunding dengan doktor anda tentang perubahan yang bersesuaian untuk anda.
    • Hadkan kafein. Kafein adalah perangsang yang boleh menyebabkan peningkatan mendadak dalam tekanan darah.
    • Elakkan tergeliat. Penggunaan tenaga secara tiba-tiba yang kuat dan berterusan, yang anda gunakan apabila anda mengangkat benda berat boleh mengakibatkan peningkatan mendadak dalam tekanan darah.

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nur Hadirah Mustafa · Disemak pada 07/06/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan