Mastektomi Profilaktik (Pembedahan)

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Jika anda mula mengetahui bahawa anda mempunyai risiko untuk mendapat kanser payudara, anda akan mahu melakukan apa sahaja bagi mengelak penyakit tersebut. Sejarah keluarga dengan kanser payudara, mutasi gene BRCA, dan lobular carcinoma in situ (LCIS), semuanya adalah sebab yang memungkinkan mastektomi pencegahan (profilaktik). Tapi sebelum anda menentukan bagi pembedahan pengeluaraan payudara anda, anda perlu belajar sebanyak yang anda mampu mengenai prosedur itu.

Sama ada anda serius dengan pilihan anda bagi mastektomi profilaktik atau masih lagi mahu belajar mengenainya, anda boleh mencari jawapan anda di sini.

Apa itu Mastektomi Profilaktik?

Mastektomi profilaktik ialah pembedahan bagi mengeluarkan tisu payudara bagi mengelakkan kanser dari terbentuk untuk mereka yang mempunyai risiko tinggi menghadapi penyakit tersebut. Mastektomi bilateral adalah pengeluaran kedua-dua payudara. Kajian menunjukkan bahawa mastektomi profilaktik bilateral telah menunjukkan pengurangan bagi kemungkinan kanser sebanyak 90% bagi wanita berisiko tinggi.

Pengeluaran bilakteral juga telah menunjukkan pengurangan risiko sebanyak 95 peratus bagi wanita dengan mutasi gene BRCA 1 atau BRCA 2.

Siapa yang Perlu menilai Prosedur Tersebut Sebagai Piihan?

Wanita yang berisiko tinggi mengalami kanser payudara boleh menilai untuk menjalani mastektomi profilaktik. Risiko tinggi tersebut termasuklah:

  • diuji positif bagi mutasi BRCA 1 dan 2;
  • sejarah kanser dalam keluarga yang kuat. Ini bermakna mempunyai saudara sedarah seperti nenek, ibu, dan kakak yang pernah mendapat kanser payudara sebelum berusia 50 tahun;
  • diagnosis lobular carcinoma in situ (LCIS) dan sejarah keluarga yang kuat. Walaupun nama sedemikian, namun LCIS bukanlah kanser. LCIS dikira sebagai penanda tumor dan salah satu faktor risiko bagi kanser payudara.
  • kanser pada salah satu payudara. Wanita yang pernah dikeluarkan satu payudara disebabkan kanser boleh memilih untuk pengeluaran payudara tidak-berkanser juga. Ini biasanya dijalankan dengan tujuan simetri dan rupa paras fizikal berbanding alasan kesihatan.

Wanita lain pula perlu terus mendapatkan mammogram secara tetap dan kekal menjalai penjagaan payudara dengan temu janji yang tetap dan ujian-sendiri pada payudara. Kumpulan ini termasuklah wanita yang mempunyai:

  • payudara tumpat;
  • payudara fibrosistik;
  • kalsifikasi;
  • biopsi berbagai.

Wanita yang jatuh dalam kategori ini mungkin memerlukan langkah pelaksanaan bersifat peribadi. Ini termasuklah MRI dan mammogram tahunan bagi memantau penyakit. Walaupun menghadapi situasi yang menyebabkan keresahan sebegini, wanita dalam kategori sebegini biasanya bukanlah calon yang baik bagi mastektomi pencegahan.

Bagaimanakah Proses ini Dijalankan?

Sekiranya anda berada dalam risiko untuk pembentukan kanser, berkemungkinan anda akan menjalani kaunseling genetik. Semasa temujanji anda, doktor akan menjelaskan secara terperinci, kemungkinan dan risiko anda untuk mendapat kanser. Anda juga mungkin akan berbincang dengan pekerja sosial kesihatan atau kaunselor, yang akan membantu anda untuk memahami dan menyusun semua informasi tersebut.

Anda kemudiannya akan mendapat konsultasi bersama jurubedah awam dan jurubedah plastik – jika anda menginginkan rekonstruksi. Pembedahan biasanya dijalankan serentrak, jurubedah payudara akan membuang tisu payudara dan kemudian jurubedah plastik akan melengkapkan pembedahan dengan proses rekonstruksi.

Ada banyak pilihan rekonstruksi. Wanita yang tidak menghadapi kanser biasanya mempunyai masa yang lebih panjang untuk menentukan plan tindakan yang terbaik dan pembedahan yang bersesuaian. Sekiranya anda  sedang memperhitungkan mengenai prosedur yang sesuai, anda mungkin memerlukan pendapat kedua. Pastikan anda melakukan yang terbaik untuk memahami semua pilihan anda secara teliti.

Apabila pilihan untuk menjalani mastektomi telah dibuat, prosedur biasa iasa mastektomi ringkas. Dalam prosedur ini, jurubedah akan mengeluarkan bahagian kulit, puting, dan semua tisu payudara. Mereka tidak akan mengeluarkan nodus limfa atau mana-mana otot. Pembedahan lain termasuklah mastektomi pengecualian puting dan kulit dan beberapa jenis rekonstruksi.

Anda boleh membuat pilihan anda bersama dengan jurubedah pakar payudara dan plastik.

Adakah ia Melibatkan Kemungkinan Kompikasi atau Risiko?

Semua pembedahan mempunyai risiko. Sejurus selepas pembedahan, anda berisiko mengalami pembedahan, infeksi, atau perkumpulan cecair. Masalah terkemudian termasuklah penyembuhan luka yang lambat.

Kesan sampingan yang kekal termasuklah:

  • Kebas yang berkekalan pada kawasan pembedahan
  • Kemungkinan masalah kelemahan pada bahu dan dada
  • Kesakitan ‘fantom’ dan kegatalan

Adakah Mungkin Untuk Mendapat Semula Kanser Selepas Pembedahan?

Oleh kerana tisu payudara sangatlah sukar untuk dibuang sepenuhnya, mastektomi profilaktik bukanlah jaminan penyembuhan kanser. Tisu payudara melebar ke tulang selangka (collarbone) dan ke dalam bahagian ketiak, dan adalah mustahil untuk membuang setiap satu dari sel tersebut. Malangnya, hanya satu sel diperlukan bagi tumbesaran kanser payudara.

Apakah Lagi Ubatan Pencegahan yang Boleh Diambilkira oleh Wanita?

Diuji positif untuk mutasi genetik juga bermakna anda menghadapi risiko tinggi untuk kanser ovari. Sekiranya ini adalah kesnya, anda mungkin perlu memperhitung pebedahan pengeluaran ovari juga. Dua ubatan, tamoxifane dan raloxifane, telah diperakui FDA sebagai rawatan pencegahan kanser payudara. Ubatan ini, bagaimanapun, hanya akan menghalang kanser payudara positif-estrogen. Mereka turut mempunyai kesan sampingan yang sukar.

Apakah Satu Langkah Pencegahan Terbaik yang Boleh Diambil untuk Kanser Payudara?

Tidak ada jalan untuk mengetahui dengan jelas pada siapa kanser payudara akan terbentuk dan pada siapa ianya tidak akan terbentuk. Menjalani gaya hidup yang sihat ialah satu langkah pencegahan terbaik yang kita ketahui. Makan makanan berkualiti, bersenam, menghadkan pengambilan alkohol, tidak merokok, dan menjauhkan diri dari bahan kimia seboleh mungkin, ialah semua langkah positif yang boleh disenaraikan. Walaupun ia tidak menjamin kanser dapat dihalang, pengambilan langkah ini dapat meningkatkan taraf kesihatan anda secara keseluruhan dan membantu anda kekal kuat seandainya datang serangan dari kanser.

Membuat pilihan bagi menjalani mastektomi profilaktik bukanlah satu pilihan yang mudah. Mastektomi ialah prosedur pembedahan dengan risiko yang besar. Ianya boleh memberi impak pada kehidupan anda dan cara anda melihat diri anda sendiri.

Mastektomi profilaktik adalah kekal, prosedur yang tidak dapat diperbalikkan. Pastikan anda berbincang tentang maklumatnya bersama doktor, keluarga, dan mereka yang tersayang sebelum membuat pilihan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan