Pemakanan Seimbang Bantu Tingkat Kemahiran Membaca Kanak-kanak

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Pilihan pemakanan pada tahun-tahun terawal anak adalah penting kepada perkembangan fizikal dan mental dalam kehidupan mereka. Menurut kajian terkini yang dilakukan di Finland, kanak-kanak yang makan makanan sihat dan seimbang pada tiga tahun terawal persekolahan sepatutnya dapat mengembangkan kemahiran membaca mereka kepada lebih baik.

Kajian tentang hubungan antara pemakanan dan kemahiran membaca

Penyelidik di Finland menemui kaitan antara pengambilan pemakanan dan keupayaan membaca dalam kalangan kanak-kanak sekolah rendah. Kajian tersebut dijalankan pada 161 pelajar Finland yang berumur 6 hingga 8 tahun. Kanak-kanak ini ditanya mengenai pemakanan yang mereka ambil dan kemahiran membaca mereka diuji dalam beberapa ujian. Kanak-kanak ini juga turut menyimpan catatan harian(diari) makanan mereka. Keputusannya amat memberangsangkan. Kanak-kanak yang tidak mengambil terlalu banyak daging merah, makanan diproses atau makanan manis, serta makan banyak buah-buahan, sayur-sayuran, ikan, bijirin penuh dan lemak tidak tepu dalam diet mereka mempunyai keupayaan membaca yang lebih baik, berbanding dengan sebaliknya.

Meskipun anak anda boleh membaca dengan baik semasa tahun pertama mereka di sekolah, namun jika pemakanan seimbang tidak dikekalkan, kemahiran membaca mereka nyata sekali akan terjejas pada tahun ketiga persekolahan. Selain itu juga, kualiti pemakanan dan kemahiran membaca tiada kaitan dengan faktor lain seperti aktiviti fizikal, kemewahan, taraf sosial, kesihatan fizikal atau lemak tubuh.

Berikut merupakan senarai beberapa makanan yang boleh meningkatkan kemahiran membaca anak anda:

1. Ikan:

Ikan mengandungi omega-3 atau asid lemak yang penting untuk fungsi normal dan perkembangan otak. Cuba tambahkan ikan yang kaya dengan asid lemak- omega seperti salmon dalam hidangan anak anda, untuk membantu mereka meningkatkan kemahiran membaca dan pembelajaran.

2. Telur:

Bukan sahaja rasanya yang sedap, malahan telur juga adalah sumber baik protein, choline, dan nutrien penting lain untuk perkembangan mental dan memori.

3. Mentega kacang:

Salah satu snek berkhasiat terbaik yang tidak akan ditolak oleh kebanyakan kanak-kanak. Dipenuhi dengan antioksidan terkenal – vitamin E, mentega kacang dapat membantu melindungi membran otak, merangsang kuasa dan menyediakan tenaga untuk otak.

4. Bijirin penuh:

Sarapan pagi anak anda ada kalanya perlu dipenuhi dengan roti dan bijirin supaya kanak-kanak mendapat cukup glukosa- iaitu sumber kaya tenaga untuk kuasa otak. Antara bijirin penuh yang baik untuk kanak-kanak adalah roti bijirin penuh, wrap, dan biskut kraker.

5. Beri:

Dilengkapi dengan vitamin C dan antioksidan lain, beri seperti strawberi, ceri, beri biru, dan beri hitam bukan sahaja sedap, malahan juga berguna untuk meningkatkan kuasa otak. Anda boleh membuat smoothie, jus atau memberikan anak buahan beri segar.

Kesimpulannya, apa yang anda makan boleh mempengaruhi kesihatan anak anda. Banyak kajian terdahulu yang membuktikan bahawa pemakanan mempunyai kaitan pada perkembangan kanak-kanak.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Tarikh Reviu: November 29, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Disember 12, 2019

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut