Pentingkah Peranan Ibu Bapa Dalam Membentuk Peribadi Anak?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 10/02/2020 . 4 minit bacaan

Biasa kalau ada anak yang bermasalah, mesti akan ada mulut-mulut yang berkata “Tu salah mak bapak tak reti ajar”, bukan? Jadi apakah sebenarnya peranan ibu bapa dalam membentuk sahsiah diri anak?

Sahsiah anak

Memiliki zuriat bukanlah satu perkara yang mudah. Ia bukan sekadar, bertukar panggilan kepada mama papa, ibu ayah, ummi walid atau apa sekali pun. Tetapi anak itu hadir dalam kehidupan anda dengan tanggungjawab yang tidak boleh dipandang remeh.

Peranan ibu bapa dalam membentuk keperibadian dan sahsiah diri seseorang anak itu adalah amat penting. Sama ada anak itu akan membesar dengan keperibadian yang positif atau negatif, andalah penentunya.

Ibaratnya seperti sehelai kain putih, ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk mencorakkannya. Anda boleh mencorak sebagaimana yang diingini. Tapi ia perlu dilakukan dengan berhati-hati. Kerana jika tersalah langkah, anda juga akan menerima kesannya.

Membentuk sahsiah anak adalah satu proses pembinaan peribadi seorang kanak-kanak yang selalunya dikaitkan dengan moral dan personaliti. Setiap anak pastinya mempunyai personaliti dan keperibadian yang tersendiri serta unik. Keperibadian ini biasanya dizahirkan dengan cara pemikiran dan sikap dalam sesuatu keadaan. 

Apakah peranan ibu bapa?

Apakah yang dikatakan peranan ibu bapa dalam membentuk keperibadian dan sahsiah diri anak? Adakah ini bermakna anda sebagai ibu bapa perlu bersikap garang sepanjang masa? Atau perlu menjadi ibu bapa yang dominan dalam menjalankan tanggungjawab anda? 

Jangan risau, berikut dikongsikan beberapa langkah yang boleh dicuba bagi membantu anda membentuk keperibadian anak-anak, seperti:

Rangsangan awal

Bagaimana peranan ibu bapa penting dalam perkembangan kognitif? Apabila anda menjadi ibu bapa yang positif, ia secara tidak langsung akan membantu meningkatkan kemahiran kognitif, sosial dan kemahiran dalam menyelesaikan masalah. 

Keibubapaan yang positif penting dalam mempengaruhi tanggapan si kecil dan membantu mereka menjadi individu yang lebih baik. Malahan interaksi dan rangsangan yang positif adalah sangat penting pada tahun-tahun awal tumbesaran si manja.

Menjadi diri sendiri

Setiap individu mempunyai keunikan yang tersendiri, bukan? Seperti diri anda yang mungkin berbeza berbanding adik-beradik anda, begitu juga dengan si manja anda. Jangan pernah memaksa si kecil menjadi seperti diri anda. 

Anda sebagai ibu bapa memainkan peranan untuk menyokong setiap apa yang ingin anak anda lakukan dan bantu mereka untuk mencapai apa yang mereka ingini selagi ia tidak melampaui batasan. Sememangnya anak adalah cerminan diri anda, tetapi ia tidak bermaksud, si kecil harus menjadi seperti diri anda, okay?

Belajar berdikari

Sebagai ibu bapa sudah tentu anda tidak dapat lari daripada bersikap melindungi si kecil, bukan? Malahan tidak salah jika dikatakan, kebanyakan ibu bapa terlalu melindungi si kecil sehingga membataskan proses perkembangan mereka. 

Ya, mereka masih kecil. Tetapi mereka mempunyai keinginan untuk melakukannya sendiri. Berikan mereka ruang dan peluang untuk melakukan sesuatu secara sendiri. Ia secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan diri mereka. 

Ini bukan bermakna anda boleh lepas tangan, sebaliknya peranan ibu bapa di sini adalah sebagai pembimbing dan pemantau untuk mengelakkan perkara atau sebarang kemalangan daripada berlaku. 

Hormat perasaan

Sering kali apabila anak mempunyai perasaan negatif atau tidak baik berkaitan sesuatu perkara, selalunya sebagai ibu bapa pasti anda akan cuba menyingkirkan perasaan tersebut. Ini kerana anda berasakan ia adalah satu tindakan yang perlu anda lakukan.

Namun hakikatnya peranan ibu bapa di sini adalah untuk memberikan ruang kepada si kecil belajar memahami apa yang dirasakannya, sama ada baik atau tidak. Berikan waktu kepadanya untuk meluahkan apa yang dirasakan.

Apa tugas anda? Mendengar dan menasihati si kecil mengikut kesesuaian usianya. Andai kata si kecil sudah boleh memahami erti baik dan buruk sesuatu perkara, terangkan kepadanya, apa yang dirasanya itu adalah sesuatu yang tidak baik. Anda juga boleh memberikan idea kepadanya untuk bagaimana menghilangkan emosi negatif itu seperti dengan memberikan kemaafan. 

Elakkan hukuman

Adakalanya sebagai ibu bapa, kita cenderung memilih untuk menghukum si kecil jika mereka melakukan kesalahan. Ini kerana kita berasakan ia adalah satu cara yang baik untuk mengajar si kecil. Bak kata pepatah lama, “sayangkan anak, tangan-tangankan”.

Tetapi cuba anda fikirkan kembali, apabila anda menghukum si kecil selepas mereka melakukan kesilapan, adakah mereka akan mengulanginya kembali? Peratusan untuk kesilapan itu berulang adalah tinggi, bukan? Ini bermakna mereka tidak belajar daripada kesilapan.

Bagaimana untuk mengatasi masalah ini? Pertama cuba untuk fahami mengapa si kecil bertindak sedemikian dan elakkan daripada menjerit atau memarahi mereka. Sebaliknya fokus untuk mengajar mereka bagaimana untuk mengelakkan mereka daripada mengulangi kesilapan yang sama. 

Contoh terbaik

Peranan ibu bapa paling penting dalam membentuk keperibadian dan sahsiah diri anak adalah dengan menjadi contoh yang terbaik. Seperti yang dinyatakan pada awal tadi, ibu bapa adalah cerminan diri anak, bukan?

Jadi setiap apa yang anda lakukan dan tunjukkan seperti sikap, tingkah laku atau tutur kata anda pastinya akan dicontohi oleh si kecil. Sebagai contoh, jika mereka sering melihat anda memaki hamun, menggunakan bahasa kesat, percayalah anak anda juga akan terbiasa dengan penggunaan kata-kata sebegitu.

Jangan terkejut jika anda mungkin akan menjadi mangsa makian mereka apabila meningkat dewasa nanti. Sebab itu wujud pepatah, ‘menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian, tidak berguna’. 

Jadi jika anda mahukan si kecil mempunyai sikap dan tingkah laku yang baik, ia perlu bermula daripada anda. Sukar untuk melakukan perubahan? Paksa diri anda untuk berubah demi kebaikan si kecil. Jadilah contoh dan teladan yang terbaik buat anak anda.

Pentingkah Peranan Ibu Bapa Dalam Pembentukan Peribadi Anak

Kesimpulan

Anda mungkin berasa peranan ibu bapa adalah sesuatu yang sukar untuk dilakukan. Namun, jangan pernah menganggap ia sebagai satu bebanan. Sebaliknya anggap ia sebagai satu cabaran. Cabar diri anda untuk membentuk yang terbaik dalam diri si kecil. 

Percayalah, anda pasti akan tersenyum bahagia satu hari nanti apabila si kecil membesar menjadi individu yang mempunyai keperibadian dan sahsiah diri yang baik. Bukanlah itu sesuatu yang berbaloi untuk dinantikan?

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Takut Nak Bawa Anak Pergi Vaksin Masa COVID-19? Dengar Apa Jawapan Pakar Tentang Imunisasi

    Musim pandemik COVID-19 ini, ramai ibu bapa yang takut ke hospital untuk memberikan vaksin anak. Tenang, baca perkongsian pakar ini dulu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 29/05/2020 . 3 minit bacaan

    Kandungan Kali Ini Teringin Nak Anak Lelaki, Boleh Ke Ibu Bapa Pilih Jantina Bayi?

    Tidak dinafikan, ada ibu bapa yang mahu pilih jantina anak yang dikandungkan. Persoalannya, adakah perkara ini boleh dilakukan? Klik untuk tahu jawapannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 27/05/2020 . 3 minit bacaan

    Hari Keluarga Antarabangsa: Ini 7 Sebab Mengapa Perlu Luang Masa Dengan Famili, No 4 Paling Penting

    Masa bersama keluarga merupakan salah satu aspek penting dalam mengecapi kebahagiaan pasangan dan anak. Ia boleh mempengaruhi perkembangan psikologi mereka.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 15/05/2020 . 3 minit bacaan

    6 Beradik Sekelip Mata Jadi Yatim Piatu – Ini Pentingnya Ibu Bapa Jaga Kesihatan Diri

    Perkara utama yang dipentingkan oleh setiap ibu bapa sudah tentu kesihatan anak-anak. Adakah itu bermakna penjagaan kesihatan ibu bapa tidak penting?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 13/05/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    jalinan-kasih-antara-ibu-dan-anak

    Semarakkan Rasa Jalinan Kasih Antara Ibu Dan Anak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 02/07/2020 . 4 minit bacaan
    perancang keluarga

    Ingin Merancang Keluarga Secara Natural? Boleh Cuba Metode NFP

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 02/07/2020 . 4 minit bacaan
    air liur bayi

    Air Liur Bayi Meleleh Tanda Mahu Tumbuh Gigi? ALERT Mak Ayah, Ada Bahayanya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 29/06/2020 . 3 minit bacaan
    kawan imaginasi

    Normalkah Jika Anak Berimaginasi Ada Teman Bermain? Ini Pandangan Pakar!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 03/06/2020 . 3 minit bacaan