backup og meta

Awas Ibu Bapa! Ambil Tahu 3 Bentuk Jenayah Pedofilia Ini

Awas Ibu Bapa! Ambil Tahu 3 Bentuk Jenayah Pedofilia Ini

Isu jenayah pedofilia mungkin kurang menyenangkan untuk anda hadapi. Namun, melihatkan statistik kejadian dan risiko anak-anak kecil yang mungkin terdedah kepada pemangsa pedofilia, memahami bentuk penderaan seksual yang dilakukan pemangsa adalah penting agar anda dapat mengenal pasti dan melaporkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Jadi, apakah bentuk jenayah pedofilia dan bagaimanakah pemangsa mungkin mengambil kesempatan terhadap kanak-kanak?

Apa itu jenayah pedofilia?

Pedofilia ditakrifkan sebagai orientasi seksual yang kuat dan berterusan terhadap kanak-kanak, secara umumnya yang berumur 13 tahun atau lebih muda, kedua-dua lelaki dan perempuan.

Jenayah pedofilia sama ke dengan pencabulan kanak-kanak?

Masyarakat biasanya terkeliru perbezaan antara pedofilia dengan pencabulan kanak-kanak. Walaupun pencabulan kanak-kanak ditakrifkan sebagai perbuatan, pedofilia dicirikan oleh keinginan mereka.

Secara saintifiknya dianggarkan bahawa kira-kira separuh daripada penculik kanak-kanak tidak secara seksualnya tertarik kepada mangsa. Sebaliknya, seorang pedofil mungkin tidak melakukan perbuatan seksual terhadap anak-anak.

Faktanya, terdapat banyak pedofil yang tidak mengganggu kanak-kanak dalam bentuk seksual dan menganggap sebarang jenis hubungan seksual dengan anak-anak adalah perbuatan yang tidak bermoral.

Bagaimana mengenal pasti jenayah pedofilia

1. Jenayah pedofilia dalam pronografi kanak-kanak

Pemangsa pedofilia mungkin terlibat dalam penghasilan, penyebaran dan menyaksikan pronografi kanak-kanak. Pronografi bukan sahaja dalam bentuk video, tetapi termasuk juga audio atau media bertulis.

Ilustrasi atau lukisan yang mempamerkan gambaran jelas kanak-kanak terlibat dengan aktiviti seksual juga termasuk dalam definisi ini.

Dengan kecanggihan teknologi, bahan pronografi kanak-kanak yang muncul di dunia maya kian bercambah. Percaya atau tidak, kini mucul pula fenomena live-streaming sewaktu melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak!

Disebabkan tiada bukti videografi yang tinggal selepas pendedahan secara langsung, kes sebegini lebih sukar dibuktikan.

Media sosial dan komuniti maya juga membolehkan perkongsian bahan pronografi antara pesalah laku jenayah pedofilia. Perbincangan dan perkongsian atas talian antara pesalah laku jenayah pedofilia menimbulkan rasa normalisasi terhadap kecenderungan di luar tabii mereka.

Mereka juga akan berasa tidak lagi sensitif dan bersimpati terhadap mangsa apabila kewujudan komuniti maya membolehkan mereka berkongsi keinginan dan pengalaman mendera kanak-kanak secara seksual tanpa dipandang serong atau ditangkap.

Sementara bahan grafik ini boleh menyebabkan trauma terhadap mangsa walaupun setelah bertahun-tahun peristiwa tersebut berlaku.

2. Grooming secara seksual- salah satu bentuk jenayah pedofilia

Grooming yang secara literalnya bermakna mendandan; merujuk kepada perilaku orang dewasa yang berkawan dengan kanak-kanak dan mencipta hubungan emosi dengan niat untuk melakukan penderaan seksual kepada kanak-kanak tersebut.

Ini termasuklah dengan cara mengadakan komunikasi seksual dengan seorang kanak-kanak atau menggalakkan kanak-kanak tersebut berkomunikasi secara seksual.

Antara perkara yang sering disalahfahami masyarakat adalah keterlibatan kanak-kanak yang seperti merelakan perilaku berbaur seksual dengan pesalah laku pedofilia. Sedangkan sebenarnya proses grooming melibatkan hubungan kepercayaan antara pemangsa dan mangsa hingga akhirnya mangsa diperalatkan untuk kepentingan seksual.

Mangsa mungkin telah mengenali pemangsa sejak bertahun-tahun lamanya atau tidak memahami apa yang dilakukan pemangsa terhadap dirinya.

Lebih-lebih lagi dalam situasi di mana pesalah laku pedofilia adalah orang terdekat seperti bapa atau penjaga, anak kecil tersebut akan merasa keliru dengan ‘manifestasi kasih sayang’ yang ditunjukkan orang yang sepatutnya melindungi mereka.

Kegagalan masyarakat memahami proses grooming ini menyebabkan sikap menyalahkan mangsa kerap kali berlaku. Bahkan dalam sesetengah kes, mangsa yang dipersalahkan sebagai ‘menggatal’ atau turut sama bersubahat dengan pesalah laku seksual tersebut.

Tohmahan dan stigma terhadap mangsa antara punca kes penderaan kanak-kanak tidak dilaporkan.

3. Penderaan seksual sama ada fizikal atau bukan fizikal

Penderaan seksual secara fizikal bukan sahaja melibatkan menyentuh kanak-kanak, tetapi termasuk juga menyuruh kanak-kanak menyentuh diri pemangsa, orang lain atau diri mereka sendiri secara seksual.

Penderaan seksual bukan fizikal pula melibatkan perilaku pemangsa yang mendedahkan kanak-kanak tersebut kepada keadaan seksual atau tidak senonoh seperti gaya badan atau mendedahkan badan kepada kanak-kanak tersebut, menunjukkan bahagian badan kanak-kanak tersebut kepada orang lain, kerap mengekori, memerhatikan atau menghubungi kanak-kanak tersebut atau mendedahkan kanak-kanak tersebut kepada sesuatu yang seksual seperti pronografi.

Dalam fenomena webcam child sex tourism, penggunaan webcam membolehkan pemangsa memperalatkan mangsa untuk mempamerkan diri sendiri secara seksual.

Walaupun dipisahkan dengan jarak geografi yang jauh, pemangsa sebenarnya telah pun melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak tersebut.

Kesimpulan

Didik diri anda dengan tanda-tanda penderaan seksual terhadap kanak-kanak. Cegah sebelum perkara ini melarat menjadi lebih teruk atau anak anda diperdayakan pemangsa pedofilia.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://asklegal.my/p/sexual-offences-children-abuse-assault-grooming-pornography-loophole

https://www.wearethorn.org/child-pornography-and-abuse-statistics/

Versi Terbaru

14/02/2020

Ditulis oleh Helma Hassan

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Tak Nak Ketagih Ketum Lagi? Berhenti Sekarang Dengan Ubat & 5 Langkah Ini!

Hari-Hari Onani, Lama-Lama Ia Akan Beri 4 Kesan Bahaya Ini Pada Otak Anda!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 14/02/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan