Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Sama ada anak anda seorang yang ramah atau pendiam, dia akan mula menunjukkan minat terhadap kanak-kanak lain. Persahabatan pertama ini adalah sangat bermakna bagi anak anda. Ia juga membantu kanak-kanak prasekolah melatih skil sosial dan menambahkan kepelbagaian dalam permainan mereka. Jika anda anda menghadiri penjagaan harian, dia mungkin sudah cenderung kepada seorang kanak-kanak yang menjadi teman sepermainan kegemarannya.
Kanak-kanak prasekolah berjalar sangat banyak dan pantas. Adakah anda boleh tahu jika anda anda seorang yang diberi kelebihan di umur ini? Pakar pembelajaran mengatakan kadangkala jelas sejak kecil bahawa seorang kanak-kanak itu belajar lebih cepat dari kawan-kawannya. Tetapi bagi kebanyakan kanak-kanak, tanda-tanda dia diberi kelebihan akan terlihat semasa di umur persekolahan.
Anak anda mampu mengawal pergerakannya dengan lebih baik. Kini, dia boleh bermain dengan objek kecil dengan lebih mudah dan menyusun blok bangunan tanpa perlu mengetuknya. Dia juga boleh fokus dengan lebih lama sehingga 20 minit.
Untuk membantu membina persahabatan pertama:
Jika anda melihat anak anda sedang melalukan masturbasi, jangan panik. Masturbasi adalah perkara yang normal. Ia tidak membahayakan fizikal, meningkatkan risiko penyakit atau merupakan tanda anak anda akan menjadi gila seks. Masturbasi dalam kanak-kanak kecil tidak bersifat seksual kerana mereka tidak tahu apa makna seks. Mereka melakukannya kerana sedang menerokai badannya.
Walau bagaimanapun, apabila ia sangat kerap dilakukan, ia mungkin petanda kepada masalah. Ia mungkin menjadi tanda bahawa anak anda bimbang dan mengalami emosi tidak stabil. Jika anda rasa bimbang, sila dapatkan nasihat doktor.
Di umur ini, anda mungkin terfikir bila harus memasukkan anak anda ke prasekolah. Memilih sekolah yang betul mungkin agak susah. Berikut adalah beberapa tip untuk memastikan prasekolah yang anda pilih akan membantu pembesaran anak anda:
Terdapat banyak metod mengajar dan jenis-jenis sekolah. Anda harus mencari yang terbaik untuk anak anda.
Menonton televisyen dalam tempoh yang singkat – di bawah 2 jam bagi kanak-kanak 2 tahun – tidak membahayakan anak anda. Tetapi anda harus tahu bahawa waktu yang berlebihan telah terbukti boleh melambatkan perkembangan bahasa, menyebabkan obesiti dan masalah memberikan fokus dan perhatian.
Melayan karenah anak anda yang aktif selamat 24 jam adalah memenatkan. Tetapi kanak-kanak berumur 1 ke 2 tahun adalah cenderung kepada kemalangan seperti lemas dan keracunan. Jadi, sila lebih berhati-hati di waktu yang stresL pada waktu pagi, sebelum makan malam, semasa majlis, sewaktu bercuti, semasa menerima tetamu atau ketika anda sedang terkejar-kejar. Ini adalah waktu di mana perhatian anda paling kurang.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen