Minggu demi minggu

Penjagaan Bayi Bulan Ke-20

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Perkembangan & Pelakuan

Apa yang patut anak saya lakukan semasa tempoh ini?

Di usia 20 bulan, anak anda mungkin sudah mampu menggunakan perkataan dengan satu atau dua huruf. Dia akan lebih rasa ingin tahu terhadap buku. Ini adalah cara yang baik untuk menggalakkan membaca. Dia mungkin akan ada buku kegemaran yang mahu dibacakan oleh anda. Dai boleh menunjukkan gambar-gambar yang berbeza di dalam buku. Ini adalah tanda menunjukkan skil komunikasi dan kognitifnya sedang berkembang.

Anda juga boleh melihat bahawa skil motornya sedang berkembang. Dia boleh memegang buku dengan sendiri. Ini adalah merupakan satu pencapaian yang hebat. Dia juga mungkin mampu mengalihkan muka surat dengan sendiri. Tanda-tanda positif kecil ini adalah cara yang baik untuk mengetahui bahawa anak anda sedang membesar dengan normal. Dia juga mungkin mampu membaling dan menendang bola.

Apa yang patut anak saya bersedia lakukan?

Cara yang baik untuk membantu anak anda ialah dengan membeli buku untuk dibaca semasa waktu membaca. Anda boleh menjadualkan waktu membaca sebelum tidur. Ini adalah cara yang baik untuk menenangkan anak anda sebelum tidur. Waktu lain yang anda boleh masukkan aktiviti membaca adalah ketika waktu bermain, sebelum tidur siang atau bahkan sewaktu membuang air.

Anda boleh pilih jenis buku yang berbeza seperti buku dengan rima yang sama atau buku degan gambar dan nama. Anda juga boleh membawa anak anda ke kedai buku dan lihat jenis buku apa yang dia minat. Libatkan anak anda dalam pemilihan buku. Ia akan merangsang keterujaannya.

Bayi anda akan mula berdikari. Dia mungkin mula menjerit “Saya nak buat sendiri!”. Anda boleh membantunya dengan memberikan sedikit kerja seperti meletakkan sudu kotor di dalam sinki atau membersihkan makanannya yang tumpah. Ini akan memberdayakannya dan membuatkannya rasa dirinya penting. Pastikan untuk tidak memberikan pujian yang spesifik sama ada kerja tersebut dijalankan dengan baik atau tidak: “Wah, terima kasih sebab kemaskan sudu kotor!”

Temu Janji Doktor

Apa yang patut berlaku kepada anak saya semasa menemui doktor?

Temu janji doktor anak anda yang seterusnya mungkin tidak dijadualkan pada bulan ini. Anda harus berjumpa doktor hanya jika anda terlepas pemeriksaan yang lalu semasa anak anda berumur 18 bulan atau jika anda mempunyai sebarang kebimbangan. Jika anak anda aktif dan sihat, anda boleh tunggu sehingga temu janji seterusnya pada umur 24 bulan.

Apa yang harus saya berbincang dengan doktor?

Penjagaan gigi anak anda adalah penting. Ubat gigi yang mengandungi florida adalah tidak disyorkan sehingga sekurang-kurangnya 2 tahun. Sebabnya adalah di umur ini, anak anda masih tidak tahu meludah. Adalah bahaya jika dia tertelan florida terlalu banyak. Anda boleh gunakan ubat gigi bayi tanpa florida. Tidak mudah untuk memberus gigi anak anda. Berikut adalah beberapa tip yang boleh membantu:

  • Cuba buatkan anak anda mengikut anda. Berus gigi anda pada waktu yang sama supaya dia boleh memberus giginya juga. Ia boleh jadi satu aktivit yang menyeronokkan.
  • Ketika meludah, lakukannya secara berlebihan. Ramai kanak-kanak yang sukakannya apabila mereka sudah pandai melakukannya. Tunjukkan kepada mereka bagaimana ingin menghirup air dan kemudian ludahkannya – dan biarkan mereka berlatih banyak kali.
  • Biarkan anak anda berdiri di atas tangga supaya dia boleh melihat muka pada cermin. Kemudian, kira bilangan gigi bersama-sama sambil memberus.
  • Berus gigi bateri atau bermusik boleh menarik perhatian kanak-kanak yang enggan memberus.
  • Berus yang kecil dan lembut adalah yang paling selesa.

Apa Yang Dijangkakan

Apa yang saya bimbangkan?

Anda mungkin bimbang tentang anak anda yang tidak mendengar kata. Mereka mungkin faham perkataan “tidak” tetapi tidak selalunya mematuhinya. Ini adalah kerana mereka masih belum mempelajari tentang cara mengawal diri. Apa yang anda boleh lakukan adalah menjadikan rumah anda selamat untuk kanak-kanak dengan meletakkan barang yang mudah pecah jauh dari mereka atau meletakkan penghalang plastik pada bucu yang tajam. Ini akan mengurangkan keperluan kepada perkataan “tidak”. Apabila anda tidak perlu mengatakan “tidak” anda boleh mengajar dan memberikan anak anda bermain dengan alternatif yang lebih selamat. Kawalan diri mengambil masa untuk berkembang.

Kebimbangan yang lain ialah risau tentang bagaimana kosa kata anak berkembang. Setiap anak berkembang pada kadar yang berbeza. Adalah penting untuk mencari klu dan tahu bila anda perlu membantu perkembangan anak anda. Contohnya, jika anda melihat anak anda menarik tangan anda kepada mainannya, anda boleh luahkan fikirannya dengan perkataan. Selepas ini, dia mungkin akan menggunakan perkataan untuk meluahkan keinginannya.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut