backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Penjagaan Bayi Bulan Ke-18

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh JX Chan · Disemak pada 14/08/2023

Pembesaran & Tingkah Laku

Apa yang patut anak saya lakukan semasa tempoh ini?

Anda mungkin melihat pembesaran fizikal yang cepat semasa umur ini. Secara puratanya, bacaan ukuran anak anda mungkin seperti berikut:

  • Berat: 10 kg ke 14 kg (lelaki), 9 kg ke 13 kg (perempuan);
  • Tinggi: 77 cm ke 87 cm (lelaki), 74 cm ke 86 cm (perempuan);
  • Ukur lilit kepala: 46 cm ke 50 cm (lelaki), 44 cm ke 49 cm (perempuan);

Jika anak anda tidak termasuk dalam julat ini, usah risau. Ini hanyalah bacaan julat. Apa yang penting adalah anak anda masih membesar dan aktif. Sila berbincang dengan doktor tentang sebarang kebimbangan yang anda alami.

Anak anda berkemungkinan besar lebih stabil berdiri. Dia mungkin sudah boleh memegang bola dengan dua tangan dan membalingnya ke arah anda. Dia mungkin akan ingat satu objek walaupun ia sudah tiada di hadapannya. Ini adalah temoh yang baik untuk bermain sorok-sorok dengan objek kesukaannya. Anda juga boleh melibatkan warna dan tekstur untuk membantu mengembangkan lagi derianya.

Apakah yang anak saya patut bersedia untuk lakukan?

Kadangkala, seorang anak yang boleh berjalan dengan baik mahu didukung. Anda harus pertimbangkan situasi tersebut. Di tempat awam, anak anda mungkin merasa kecil dan takut sesat dan mungkin juga dia memang sudah letih. Dia mungkin menginginkan perhatian anda. Dukung mereka jika anda mahu tetapi jika anda berjalan lebih dari 1 atau 2 blok dari rumah atau kereta, bawa bersama kereta bayi (stroller) untuk mengelakkan sakit belakang. Anda boleh meyakinkan anak anda untuk berjalan dengan memegang tangan mereka yang akan membuatkan mereka rasa lebih selamat. Anda juga boleh berunding dengan mengatakan “Jom jalan pegang tangan sehingga lampu isyarat seterusnya.” Cara ini boleh menambahkan lagi jarak perjalanan.

Anak anda mungkin mula menunjukkan ketidaksukaannya seperti tidak ingin minum susunya walaupun dia menyukainya sebelum ini. Jika hal ini berlaku, jangan besarkan keadaan tersebut. Ia adalah salah satu dari cara mereka menunjukkan cara berdikari mereka. Terus berikan mereka susu tetapi jangan paksa mereka minum. Pada masa yang sama, pastikan mereka mendapat kalsium yang mencukupi dengan menyediakan banyak manakan tenusu seperti keju dan yogut. Sembunyikan susu di dalam shakes atau puding.

Temu Janji Doktor

Apa yang patut berlaku kepada anak saya semasa menemui doktor?

Doktor anda mungkin bertanya soalan berikut:

  • Bagaimana keadaan pemakanan anak anda? Adakah dia makan dengan baik?
  • Adakah anak anda aktif dari sudut fizikal? Adakah dia menjalani aktiviti luar yang mencukupi?
  • Adakah anak anda menonton televisyen atau menggunakan Ipad? Berapa jam sehari?
  • Soalan-soalan ini akan membantu doktor mengevaluasi pembesaran tingkah laku anak anda. Setiap anak membesar dan berkembang pada kadar yang berbeza. Doktor akan menentukan jika ank anda telah mencapai pencapaian perkembangannya (milestone). Sila berbincang dengan doktor tentang sebarang kebimbangan anda.

    Apa yang harus saya katakan kepada doktor?

    Anak anda mungkin sudah menerima semua vaksin yang diperlukan. Berikut adalah beberapa vaksin yang anda harus tahu:

    • Vaksin difteria, tetanus, pertussis (DTaP): Jika anak anda masih belum mendapatkannya, dia akan mendapatkan dos ke 4 yang akan melindunginya dari difteria (penyakit yang menyebabkan lapisan tebal terbentuk di belakang tengkuk dan mengganggu pernafasan); tetanus (penyakit yang disebabkan oleh terdedah kepada bakteria yang dijumpai di dalam tanah, kotoran atau habuk); pertussis (juga dikenali sebagai batuk kokol) iaitu penyakit bakteria yang dicirikan dengan batuk yang teruk.
    • Vaksin varicella (juga dikenali sebagai chicken pox): jika anak anda tidak mendapat suntikan ini pada temu janji yang lalu, dia akan mendapat dos pertama untuk melindunginya dari penyakit yang kerap berlaku dalam kanak-kanak ini yang boleh menjadi serius.
    • Vaksin polia tidak aktif (IPV): jika anak anda masih belum mendapatnya, dia akan mendapat suntikan ke 3 dari empat dos IPV yang melindunginya dari polio iaitu sejenik penyakit vrius yang boleh menyebabkan kelumpuhan.
    • Vaksin hepatitis B (HepB): Jika masih belum mendapatkannyam dua akan menerima dos ke-3 iaitu yang terakhir yang akan melindunginya dari penyakit hati yang digelar hepatitis B.
    • Infuenza (juga dikenali sebagai selesema): Anak anda harus menerimanya setiap tahun dan jika temu janji ini berlaku pada musim selesema (yang kebiasaannya bermula sekitar Oktober atau November), anak anda akan diberi vaksin.

    Apa yang diharapkan

    Apa yang saya bimbangkan?

    Selaran matahari (sunburn) di umur muda adalah berkemungkinan menyebabkan kanser kulit – dan semua kecederaan dari pendedahan matahari. Oleh itu, sila lindungi kulit anak anda semasa di luar tanpa mengira cuaca. Gunakan pelindung matahari, tutup dengan pakaian nipis, gunakan topi dan cermin mata hitam dan duduk di bawah bayang-bayang dalam kebanyakan waktu.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh JX Chan · Disemak pada 14/08/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan