Minggu demi minggu

Penjagaan Bayi 23 Bulan

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Perkembangan & Pelakuan

Apa yang patut anak saya lakukan semasa tempoh ini?

Anak anda mungkin sudah belajar sebanyak 10 perkataan baru sehari. Berikut adalah beberapa kemahiran bahasa yang anda boleh jangkakan dari anak anda menjelang 2 tahun:

  • Membentuk ayat dengan 2 hingga 4 perkataan (“burung terbang tinggi”);
  • Menyanyikan lagu yang mudah;
  • Mengikut arahan mudah;
  • Menggunakan kata ganti walaupun tidak selalunya betul;
  • Mengulang perkataan yang didengar dari perbualan;
  • Mengenali nama orang, benda dan bahagian badan.

Jika pembesaran anak anda dilihat sudah menjadi perlahan, terus bandingkan dengan tahun pertamanya. Kanak-kanak kebiasaannya bertambah berat sebanyak 3 kali ganda menjelang usia setahun tetapi hanya bertambah 1.4 kg ke 2.2 kg pada tahun kedua. Kini, anak anda sudah kurang nampak seperti bayi lagi. Dia sudah berdiri tegak, aktif dan lemak bayinya sudah tiada.

Cara dia memegang badannya dan bergerak juga sudah berubah. Cara jalan yang tidak stabil seperti bayi kecil sudah berubah kepada lebih kemas dan stabil. Menjelang hari jadi keduanya, kebanyakan kanak-kanak boleh menarik mainan di belakang mereka dan membawa mainan sambil berjalan dan mereka akan mula berlari. Anak anda akan mampu sampai ke tempat yang anda rasa mustahil seperti memanjat meja, membuka bekas yang tidak pernah diminatinya sebelum ini dan pergi ke kawasan berbahaya (kolam, baldi air).

Apa yang patut anak saya bersedia lakukan?

Untuk menggalakkan anak anda bercakap dan menggunakan banyak perkataan, anda boleh membantunya dengan melakukan perkara berikut:

  • Baca pelbagai jenis buku. Ini akan membantu mereka belajar lebih banyak perkataan.
  • Tukarkan perkataan atau frasa anak anda kepada ayat. Contohnya, jika anak anda berkata “susu lagi”, anda boleh katakan “awak nak susu lagi di dalam cawan.”
  • Apabila anda membaca bersama, anda boleh membantu merangsang perkembangannya dengan bertanyakan soalan tentang buku tersebut. Anda boleh tunjuk ke gambar di dalam buku tersebut dan tanyakan tentang objek tersebut.
  • Apabila sedang berjalan atau membawa kereta, anda boleh tunjuk kepada mana-mana objek dan jelaskan apakah ia.

Komunikasi yang berterusan dengan anak anda adalah penting walaupun kadangkala ia nampak seperti melibatkan sebelah pihak sahaja.

Temu Janji Doktor

Apa yang patut berlaku kepada anak saya semasa menemui doktor?

Setiap anak berkembang pada kadar yang berbeza. Anda tidak perlu risau jika terdapat sebarang perubahan mengejut pada tingkah laku, tabiat makan atau tabiat tidur anak anda. Sila berbincang dengan doktor tentang kebimbangan anda walaupun anda rasa ia adalah perkara yang kecil.

Apa yang harus saya maklumkan kepada doktor?

Anda mungkin menyedari bahawa anak anda berkemungkinan mengalami kebimbangan perpisahan (seperation anxiety). Ia boleh datang dan pergi. Anda harus tahu bahawa ini adalah normal. Terdapat beberapa perangsang yang akan menyebabkan anak anda menjadi cemas. Ini termasuk penjaga baru, adik baru atau dia menyangka bahawa anda melakukan sesuatu yang menyeronokkan tanpa mereka. Cara yang terbaik untuk mengatasinya ialah dengan mengatakan selamat tinggal secara perlahan-lahan. Jangan tinggalkan mereka tanpa mengucapkan selamat tinggal. Ini hanya akan menyebabkan keadaan semakin teruk kerana dia rasa seperti tidak diabaikan. Jangan risau. Anak anda akan mengatasi kebimbangan perpisahan ini. Jika anda tidak melihat sebarang perkembangan, anda harus beritahu doktor.

Apa yang boleh dijangka

Apa yang saya bimbangkan?

Anda mungkin bimbang tentang kelakuan anak anda di tempat awam terutamanya di pusat membeli belah, kapal terbang atau restoran. Perangai anak anda tidak boleh dijangka. Kadangkala, anda merasakan ia di luar kawalan anda tetapi ini adalah normal. Anda harus menjelaskan kepada anak anda dengan tegas bahawa kelakuan mereka adalah tidak sesuai. Pada awalnya mungkin tidak memberi kesan tetapi akhirnya mereka akan faham dan ubah perangai tersebut.

Penat dan lapar boleh merangsang anak anda untuk mengamuk. Jika ini yang berlaku kepada anak anda, sila ambil langkah untuk mengelakkan ia dari berlaku di tempat awam. Anda boleh sediakan snek di dalam beg dan pastikan dia tidak terlepas tidurnya di siang hari.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut