backup og meta

Kerajaan Wajibkan Penggunaan Kerusi Bayi Bermula 2020. Ini Tip Pilih Kerusi Bayi yang Boleh Anda Pertimbangkan

Kerajaan Wajibkan Penggunaan Kerusi Bayi Bermula 2020. Ini Tip Pilih Kerusi Bayi yang Boleh Anda Pertimbangkan

Bagi mereka yang masih tidak mengetahui berkenaan hal ini, Kerajaan Malaysia akan mewajibkan penggunaan kerusi bayi atau baby car seat dalam setiap kereta persendirian bermula tahun 2020.

Ini bermakna, pemasangan kerusi bayi adalah mandatori bermula tahun 2020 bagi mereka yang mempunyai bayi sebagai salah seorang penumpang di dalam kereta.

Bagi mereka yang masih tidak mempunyai kerusi baby, jangan runsing kerana kami ada tip untuk anda. Ikuti tip di bawah berkenaan cara pemilihan dan penggunaan tempat duduk bayi yang betul.

  • Jenis kerusi bayi

Untuk pengetahuan anda, terdapat dua jenis kerusi bayi asas iaitu untuk bayi yang berumur di bawah 1 tahun dan untuk kanak-kanak yang berumur antara 1 hingga 4 tahun.

Untuk kerusi baby, ia adalah sejenis kerusi untuk kegunaan hadap-belakang yang boleh menampung berat antara 10 hingga 15 kilogram.

Manakala untuk kerusi kanak-kanak pula, ia adalah sejenis kerusi untuk kegunaan hadap-hadapan yang boleh menampung berat sehingga 32 kilogram. 

Sebenarnya, untuk kerusi jenis hadap-hadapan ini, ia juga boleh digunakan secara hadap-belakang mengikut keperluan. Anda tidak boleh memuatkan anak anda sekiranya menggunakan hadap-belakang memandangkan kaki anak anda yang sudah semakin memanjang dan membesar

  • Beli yang baharu atau terpakai?

kerusi bayi

Anda tidak disarankan untuk membeli atau menggunapakai kerusi baby terpakai. Ini kerana anda tidak dapat memastikan tahap keselamatan yang ditawarkan oleh kerusi jenis ini.

Anda tidak mengetahui tahap kerosakan yang mungkin telah berlaku terhadap kerusi tersebut. Selain itu, tahap kebersihan tempat duduk bayi terpakai juga amatlah diragui.

Keselesaan bayi anda juga akan terjejas memandangkan kualiti keselesaan kerusi bayi terpakai juga telah beransur-ansur hilang.

  • Tambahan aksesori kerusi bayi?

kerusi bayi

Ada sesetengah ibu bapa yang meletakkan cermin kecil pada kerusi baby untuk memudahkan mereka melihat bayi tersebut terutamanya jika kerusi baby diletakkan pada posisi hadap-belakang.

Ada juga yang menambahkan kusyen tambahan atau sebarang aksesori hiasan lain pada tempat duduk bayi tersebut. Tahukah anda, barang-barang atau aksesori tambahan ini kesemuanya tidak diuji dan boleh menjejaskan keselamatan bayi anda?

Aksesori tambahan seperti cermin kecil tersebut berisiko memberikan bahaya kepada bayi anda sekiranya berlaku sebarang kemalangan. 

  • Laraskan kerusi bayi mengikut manual

kerusi-bayi

Baca manual penggunaan kerusi baby untuk memastikan kerusi baby tersebut dipasang dengan betul dan tepat.

Ia juga memberikan sokongan tubuh yang betul kepada si kecil anda selain meminimumkan risiko jatuh daripada tempat duduk bayi tersebut.

Pastikan anda mengikat bayi anda pada kerusi tersebut dengan ikatan yang tidak terlalu ketat atau terlalu longgar. Anda juga perlu tahu bagaimana untuk melaraskan tali keledar pada tempat duduk bayi dengan betul. 

Kesimpulan

Sekarang anda telah mengetahui bagaimana untuk memilih dan menggunakan kerusi baby dengan cara yang tepat. Kewajipan penggunaan tempat duduk bayi diharapkan mampu untuk mengurangkan kadar kematian akibat kesan kemalangan terhadap bayi.

Sebagai ibu bapa, jangan gadaikan keselamatan anak anda dengan tidak memasang kerusi baby pada kereta anda. Anak anda juga berhak untuk mendapatkan jaminan keselamatan seperti anda. 

[embed-health-tool-vaccination-tool]

Baca juga:

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://pandulaju.com.my/pemasangan-kerusi-kanak-kanak-wajib-mulai-2020/

https://pandulaju.com.my/6-tip-pilih-kerusi-bayi-yang-baik-untuk-kereta-anda/

Versi Terbaru

17/01/2023

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Ibu Alami Bengkak Susu, Boleh Cuba Sendiri Petua Orang Lama Ini Di Rumah!

Mama Stres Bayi Sering Meragam Kerana Perut Kembung? Jom Cuba Petua Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 17/01/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan