backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Bayi Meneran Sewaktu Buang Air Besar? Ibu, Kenal Pasti Simptom Dan Cara Rawat!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 11/10/2023

    Bayi Meneran Sewaktu Buang Air Besar? Ibu, Kenal Pasti Simptom Dan Cara Rawat!

    Sebagai ibu bapa, kita sering kali akan melihat dan memerhati setiap pergerakan bayi sebagai petunjuk tahap kesihatan mereka. Walau bagaimanapun, sesetengah petanda masalah kesihatan, seperti bayi sembelit, sukar untuk dikesan dan dilihat. Dalam artikel ini, kami akan membincangkan tentang topik bayi sukar buang air besar dan cara mengatasi bayi sembelit.

    Sebelum tahu cara mengatasi bayi sembelit, kenali dahulu simptom bayi sukar buang air besar

    Bayi yang secara eksklusif menyusu susu ibu sahaja, kebiasaannya tidak akan mempunyai masalah seperti ini, kerana hampir semua nutrien daripada susu ibu akan diserap.

    Namun keadaan ini berbeza kepada bayi yang diberi susu formula, mereka mempunyai kemungkinan yang lebih tinggi untuk diserang masalah sembelit.

    Malah masalah sembelit dalam kalangan bayi turut berlaku disebabkan makanan tertentu yang dimakan selepas makanan pepejal diperkenalkan.

    Memahami tanda sembelit, pastinya dapat membantu mengatasi masalah kesihatan bayi sebelum ia bertukar menjadi masalah yang lebih besar.

    Jadi sebelum tahu cara mengatasi bayi sembelit, kenali dahulu simptomnya.

    1. Buang air besar

    Kekerapan bayi akan membuang air besar pada setiap hari akan ada turun naik, terutama apabila anda memperkenalkannya makanan baru.

    Jika bayi anda tidak membuang air besar selama beberapa hari dan kemudian mempunyai najis yang keras, ia kemungkinan petanda mereka mengalami sembelit.

    Sembelit bukan sahaja bergantung kepada jumlah kekerapan membuang air besar, tetapi juga kepada keadaan najis itu juga.

    2. Menahan

    Sekiranya berlaku perubahan wajah bayi anda ketika sedang membuang air besar, seperti kelihatan tegang atau berkerut, ia mungkin tanda sembelit.

    Bayi yang berdepan masalah ini biasanya akan menghasilkan najis seperti tanah liat yang sangat keras.

    Najis keras boleh menyukarkan proses membuang air besar, bayi anda berkemungkinan akan menangis atau menjadi tegang.

    3. Darah

    Sekiranya anda terlihat garis-garis darah merah di atas najis bayi anda, ia adalah kerana bayi mengalami kesukaran ketika proses membuang najis dan menyebabkan luka di sekeliling dinding dubur.

    4. Perut kerascara mengatasi bayi sembelit

    Perut keras boleh menjadi tanda sembelit. Kembung dan tekanan yang disebabkan sembelit boleh menyebabkan bayi anda cepat berasa kenyang.

    5. Tidak mahu makan

    Kehilangan selera pada bayi anda mungkin disebabkan ketidakselesaan yang dihadapinya. Malah perut yang kembung juga boleh menyebabkannya tidak mahu makan.

    Rawatan cara mengatasi bayi sembelit

    Beberapa strategi dan kaedah yang boleh anda cuba untuk cara mengatasi bayi sembelit, termasuklah:

    Cara merawat bayi sembelit #1 Menukar susu

    Jika anda memberi bayi anda susu ibu, anda mungkin perlu untuk menyeimbangkan diet anda. Ini kerana bayi anda mungkin sensitif terhadap sesuatu yang anda makan dan mengakibatkan sembelit, walaupun kes seperti ini jarang berlaku.

    Bagi bayi yang diberikan susu formula, anda boleh menukar kepada susu yang lain. Alahan kepada bahan-bahan tertentu yang terkandung dalam susu formula itu boleh menyebabkan sembelit.

    Cara mengatasi bayi sembelit 2. Makanan pejal

    Sesetengah makanan pejal boleh menyebabkan sembelit, tetapi hal ini boleh diperbaiki. Jika anda baru mencuba memberikan makanan pepejal kepada bayi anda, cuba tambahkan beberapa makanan serat tinggi seperti:

    • Brokoli
    • Buah pear
    • Buah prun
    • Buah peach
    • Epal tanpa kulit

    Kurangkan memberi bijirin yang diproses atau nasi, sebaliknya cuba berikan barli, oat atau quinoa. Roti atau biskut bijirin penuh, juga dapat membantu mengatasi sembelit.

    3. Berikan puri sebagai cara mengatasi bayi sembelit

    Jika bayi anda berusia 6 bulan ke atas dan belum membuat peralihan kepada makanan pepejal, cuba beberapa jenis makanan yang disenaraikan di atas dalam bentuk puri.

    Buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai banyak serat semula jadi yang akan membantu pembuangan najis bayi anda.

    4. Kuantiti air

    cara mengatasi bayi sembelit

    Penghidratan yang betul adalah penting untuk melancarkan proses membuang air besar. Air dan susu sangat baik untuk mengelakkan bayi anda daripada terhidrat.

    Untuk bayi lebih dari 6 bulan, jus prun atau pear boleh diberikan sekali-sekala untuk mempercepatkan kontraksi kolon bayi anda, sekali gus dapat membantu proses membuang air besar.

    Jika jus rasa terlalu manis atau kuat untuk bayi anda, tambahkan secawan air untuk mencairkannya.

    Bagi bayi yang di bawah usia 6 bulan, pastikan anda mendapat nasihat dan pandangan doktor sebelum memberikan apa-apa kepadanya selain susu ibu atau formula.

    5. Banyakkan pergerakan- cara mengatasi bayi sembelit

    Bayi yang banyak bergerak akan membantu mempercepatkan proses pencernaan, sekali gus membantu pergerakan di dalam usus.

    Sekiranya bayi anda masih belum berjalan, pergerakan basikal di kakinya (leg bicycles) pasti akan membantu.

    6. Urutan

    Cara merawat bayi sembelit paling mudah? Lakukan urutan lembut di bahagian perut dan bawah perut bayi untuk merangsang pergerakan usus. Ulangi senaman beberapa kali sehari, sehingga bayi anda boleh membuang air besar.

    Bagaimana jika masih tidak berjaya?

    Melakukan perubahan dalam diet bayi anda (atau anda sendiri) pasti akan dapat membantu mengatasi masalah sembelit bayi anda. Namun jika masih tidak berjaya, terdapat beberapa teknik lain yang boleh anda gunakan.

    Kebanyakan teknik ini boleh dilakukan di rumah. Walau bagaimanapun, jika anda tidak pernah mengamalkannya sebelum ini, anda perlu berjumpa dengan doktor terlebih dahulu untuk mendapat nasihat dan rundingan khusus.

    Teknik-teknik ini termasuk:

    Glycerin suppository

    Jika bayi anda mempunyai tanda seperti najis berdarah selepas membuang najis yang keras, glycerin suppository akan dapat membantu melancarkan proses pembuangan najis.

    Ia boleh dibeli di farmasi dan digunakan di rumah. Ikuti arahan pada paket jika ia untuk bayi anda yang berusia 2 tahun ke atas atau bertanyakan kepada doktor sebelum menggunakannya jika ia adalah untuk bayi anda di bawah usia 2 tahun.

    Laksatif

    Laksatif (laxative) diperbuat daripada ekstrak malt barli (Maltsupex) atau serbuk psyllium (Metamucil) yang dapat melembutkan najis bayi. Tetapi ia tidak disyorkan kepada bayi.

    Jika ingin menggunakan cara merawat bayi sembelit ini, berbincang dengan doktor anda dahulu sebelum memberikan apa-apa laksatif kepada bayi di bawah umur 1 tahun.

    Pakar pediatrik

    Sekiranya anda keliru atau merasa bimbang, jangan teragak-agak untuk berjumpa doktor kepada bayi anda bagi mendapatkan kepastian.

    Dalam kebiasaan kes, cara mengatasi bayi sembelit akan dapat diatasi dengan sendirinya atau dengan rawatan semula jadi.

    Jika strategi tersebut masih tidak berfungsi, sila dapatkan nasihat atau cadangan daripada doktor.

    Doktor anda juga akan dapat membantu melihat simptom atau tanda lain seperti demam, yang boleh menjadi petunjuk masalah yang lebih besar yang memerlukan rawatan perubatan lanjut.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 11/10/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan