backup og meta

10 Nutrien Penting untuk Anak Anda

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 17/01/2023

    10 Nutrien Penting untuk Anak Anda

    Nutrien penting untuk perkembangan dan tumbesaran anak anda. Oleh itu, jangan abaikan keperluan nutrisi mereka. Berikut merupakan 10 nutrien dan vitamin penting yang perlu dititikberatkan dalam pemakanan anak-anak bagi menjamin kesihatan tubuh badan mereka.

    Kalsium

    Kalsium membantu dalam pembinaan tulang dan gigi yang kuat. Selain itu kalsium juga mampu meningkatkan fungsi otot dan saraf, melancarkan peredaran darah dalam badan serta membantu menukar makanan menjadi tenaga. Kalsium boleh diperolehi dari susu, keju, yogurt, tofu serta jus oren.

    Asid lemak tepu atau Essential Fatty Acids (EFAs)

    EFAs membantu dalam pembinaan sel, pembentukan sistem saraf dan menguatkan sistem kardiovaskular. Selain itu EFAs juga membantu dalam pembentukan sistem imun dan penyerapan nutrien. EFAs juga amat penting untuk fungsi otak dan daya penglihatan kita. Dua komponen EFAs yang paling utama adalah linoleic acid (omega-6) dan alpha-linolenic acid (omega-3). Omega-3 boleh diperolehi dari produk kacang soya seperti tofu dan tempeh. Omega-6 pula boleh diperolehi kekacang dan produk tenusu.

    Zat besi

    Zat besi penting untuk penghasilan hemoglobin, iaitu sel darah yang membawa oksigen ke seluruh tubuh serta myoglobin, iaitu sel darah yang membawa oksigen ke otot-otot. Kekurangan zat besi akan menyebabkan anemia lantas mengakibatkan pitam, kepenatan dan kegelisahan. Antara sumber utama zat besi adalah daging merah, ayam, udang dan produk bukan daging seperti kacang soya.

    Magnesium

    Magnesium membantu pembinaan tulang yang kuat dan kadar degupan jantung yang normal. Ini sekaligus dapat merangsang sistem imun serta mengekalkan fungsi otot dan sistem saraf. Magnesium boleh diperolehi dari kekacang dan bijirin berserat.

    Potasium

    Potasium berfungsi bersama sodium dalam membantu mengekalkan keseimbangan air dalam badan. Selain itu, potasium juga membantu mengekalkan fungsi otot dan kadar degupan jantung yang normal. Dalam jangka masa panjang, potasium juga membantu mengurangkan risiko batu karang dan osteoporosis. Antara sumber utama potasium adalah pisang, brokoli, tomato dan labu.

    Vitamin A

    Vitamin A memainkan peranan penting untuk daya penglihatan dan pertumbuhan tulang. Selain itu, vitamin ini juga membantu melindungi badan daripada infeksi serta memastikan pertumbuhan sel dan tisu dalam badan termasuklah rambut, kuku dan kulit. Antara sumber utama vitamin ini adalah susu, keju, telur dan sayur-sayuran seperti lobak dan keladi.

    Vitamin C

    Vitamin C membantu memperbaiki sel darah merah, tulang dan tisu. Selain itu, vitamin ini dapat menguatkan saluran darah sekaligus membantu dalam proses penyembuhan, mengurangkan bengkak, menguatkan sistem imun serta melindungi badan dari sebarang infeksi. Vitamin ini juga membantu badan menyerap zat besi. Antara sumber utama vitamin ini adalah strawberi, kiwi, tomato dan sayur-sayuran hijau seperti brokoli.

    Vitamin D

    Vitamin D membantu badan menyerap mineral seperti kalsium dan membantu pembinaan tulang dan gigi yang kuat dan sempurna. Vitamin ini juga membantu fungsi hormon di dalam sistem imun, penghasilan insulin serta perkembangan sel. Antara sumber utama vitamin ini adalah susu, ikan salmon dan ikan kembung. Namun begitu, sumber utama vitamin D adalah cahaya matahari.

    Vitamin E

    Vitamin E mampu mengehadkan radikal bebas yang boleh merosakkan sel. Vitamin ini juga penting untuk sistem imun, memperbaiki DNA serta proses metabolisme yang lain. Antara sumber utama vitamin ini adalah kacang badam, sayur bayam, biji bunga matahari dan biji buah labu.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 17/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan