Minggu demi minggu

Penjagaan Bayi 24 bulan

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Perkembangan & Pelakuan

Apa yang patut anak saya lakukan semasa tempoh ini?

Anak anda kini berumur 2 tahun. Sudah banyak pencapaian perkembangan (milestone) yang anak anda telah capai. Dia mungkin sudah mampu memakai dan membuka pakaiannya sendiri. Dia juga mungkin ada pilihan bajunya sendiri. Ini menunjukkan skil koordinasi dan sifat berdikarinya yang kuat.

Skil motor anak anda juga semakin meningkat. Dia berkemungkinan sudah yakin untuk berdiri dengan kakinya sendiri. Dia juga mungkin sudah mampu membongkok untuk mengambil barang di lantai dan juga mampu melompat atau berdiri di atas ibu jari kakinya.

Menjelang 2 tahun, anak anda akan memahami konsep objek dan bagaimana ia berkait dengan persekitarannya. Dia semakin faham tentang saiz objek dibanding dengan objek lain. Dia mungkin sudah mampu mengikut arahan tertentu seperti “tolong ambilkan bola di tepi meja tu.”

Apa yang patut anak saya bersedia lakukan?

Anda boleh membantu anak anda dengan membelikan pakaian yang mempunyai butang atau kancing untuk membantu anak anda belajar memakai baju dengan sendiri. Anak paling pandai menggunakan pakaian seperti seluar berpinggang getah. Dengan meletakkan pakaian yang mudah dipakai di dalam almari anak anda, anda boleh mengurangkan kesibukan di waktu pagi. Berikan satu cabaran baru – butang besar – pada satu masa.

Anda juga boleh membantu anak anda dengan kefahaman baru. Anda boleh lakukannya dengan:

  • Bercakap tentang orang yang anak anda kenal semasa mereka tiada bersamanya: “Ayah pergi kerja.” “Nenek duduk jauh.”
  • Berikan arahan mudah yang melibatkan perkara yang berbeza. Contohnya, mula-mula letakkan mainan di atas kerusi, kemudian letakkan di bawah kerusi dan akhirnya berikan semula kepada anda.
  • Tanya soalan yang membuatkan dia berfikir tentang tempat: “Di mana burung tinggal?” “Di mana kapal belayar?” “Di mana pintu tadi” Anda tidak boleh mengharapkan jawapan yang betul bagi setiap soalan. Jadikan soalan-soalan seperti ini sebahagian dari perbualan harian anda.

Temu Janji Doktor

Apa yang patut berlaku kepada anak saya semasa menemui doktor?

Pemeriksaan anak anda semasa umur ini adalah sangat penting. Doktor akan memeriksa kesihatan umum anak anda dan memastikannya mencapai pencapaian perkembangan major. Bagi membantu doktor anda membuat penilaian yang baik, anda harus berbincang dengan doktor berkenaan perkara berikut:

Tabiat tidur

Kebanyakan kanak-kanak di umur ini tidur sekitar 11 jam di waktu malam dan 2 jam di waktu siang. Sesetengahnya mungkin sudah meninggalkan tidur siang dan lebih suka tidur yang lebih lama di waktu malam. Jika anak anda terbangun disebabkan mimpi ngeri, sila maklumkan pada doktor. Mimpi ngeri dan teror malam adalah biasa di umur ini tetapi doktor anda mungkin mengesyorkan langkah yang boleh diambil untuk menenangkan anak anda.

Tabiat pemakanan

Sehingga kini, anda mungkin sudah mampu mengehadkan jumlah makanan bergula yang diambil oleh anak anda memandangkan dia menghabiskan banyak masa bersama kanak-kanak lain. Dia mungkin lebih berminat dengan makanan ringan. Jika anda merasakan dia selalu menghadapi masalah gigi, sila berbincang dengan doktor yang mungkin akan mengesyorkan snek yang sihat atau mungkin boleh mengurangkan kebimbangan anda terhadap pemakanan anak anda.

Cara berjalan

Banyak kanak-kanak berjalan secara pengkar luar (knock-kneed) kerana kaki mereka masih sedang membesar tetapi masalah tersebut selalunya akan hilang sekitar umur 7 tahun.

Aktiviti fizikal

Menjelang umur ini, kanak-kanak sudah mampu mengawal lengan dan kakinya dengan lebih baik dan lebih stabil. Dia sepatutnya mampu menendang bola, membina bangunan, memanjat perabot, melompat, berjalan naik dan turun tangga. Pastikan dia mempunyai banyak peluang untuk bergerak dan meneroka.

Apa yang harus saya maklumkan kepada doktor?

Doktor akan mengukur berat, tinggi dan ukur lilit kepala anak anda. Menurut Centers Of DIsease and Control (CDC), anak anda harus berada dalam julat berikut:

  • Berat: 10.7 kg hingga 15.5 (lelaki), 10 kg hingga 14.5 kg (perempuan);
  • Tinggi: 82.5 cm hingga 93.3 cm (lelaki), 80 cm ke 91.4 cm (perempuan);
  • Ukur lilit kepala: 46.4 cm hingga 50.8 cm (lelaki), 45.7 cm hingga 49.5 cm (perempuan).

Doktor mungkin akan mengira indeks jisim badan (BMI). jika BMI anak anda antara persentil ke-85 dan 94, ini bermakna anak anda terlebih berat badan. Jika doktor mengatakan bahawa BMI anak anda adalah melebihi persentil ke-95, anak anda mungkin obes. Anda harus sentiasa berbincang dengan doktor jika ada sebarang kebimbangan atau keperluan yang memerlukan penjelasan. Jangan pening dengan nombor-nombor ini.

Apa yang dijangkakan

Apa yang saya bimbangkan?

Sebagai seorang ibu, anda akan sentiasa bimbang bagaimana anak anda membesar atau bagaimana anak anda makan. Menjelang umur ini, anda mungkin berharap untuk berbual panjang dengan anak anda. Anda tidak keseorangan. Sebahagian kanak-kanak lewat bercakap. Ini boleh merisaukan tetapi kami sedia membantu anda.

Setiap anak berkembang pada kadar yang berbeza. Menjelang umur 2 tahun, anak anda seharusnya sudah mampu bercakap lebih 50 patah perkataan dan meletakkan 2 perkataan bersam di dalam satu ayat. Jika anak anda tidak mencapai tahap ini lagi, tunggu sehingga bulan depan. Jika ia mengambil masa beberapa bulan, anda perlu mula risau dan sila dapatkan bantuan doktor.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut