backup og meta

Ada PCOS Tapi Nak Mengandung? Ini 4 Rahsia Berjaya Hamil, 'Confirm' Lekat!

Ada PCOS Tapi Nak Mengandung? Ini 4 Rahsia Berjaya Hamil, 'Confirm' Lekat!

Sindrom polisistik ovari (PCOS) merupakan salah satu penyakit yang lazim dialami oleh wanita yang sukar hendak hamil. Teruskan membaca untuk mengetahui tips cepat hamil bagi pesakit PCOS dengan lebih lanjut. 

Ia boleh memberikan kesan perubahan fisiologi kepada kitaran haid dan rupa fizikal seseorang individu yang menghidapnya.

Keadaan kesihatan ini akan menyebabkan masalah ketidakseimbangan hormon di dalam badan.

Ia juga boleh menyebabkan paras hormon androgen (hormon lelaki) meningkat melebihi paras normal.

Perkara ini boleh menyebabkan simptom seperti hirsutisme (tumbuh misai, janggut, bulu dada), keguguran  rambut dan jerawat berlaku.

Walaupun wanita dengan masalah PCOS sukar untuk hamil, namun ada rawatan dan kaedah yang mampu meningkatkan kebarangkalian mereka untuk menimang cahaya mata.

Jom ketahui tips cepat hamil untuk wanita PCOS.

#1 Tips cepat hamil – kawal berat badan untuk tingkatkan kesuburan

Kawalan berat badan tidak menjamin kehamilan, namun ia merupakan salah satu faktor yang boleh meningkatkan peluang atau tips cepat hamil anda.

Mereka yang mengalami masalah PCOS kebiasaannya bergelut dengan berat badan sendiri.

Ini berikutan proses patologi penyakit itu sendiri menyebabkan badan tidak memproses tindak balas insulin secara normal.

Kesannya, mereka yang mengalami PCOS mudah untuk mendapat masalah obesiti.

Obesiti boleh menyebabkan mereka yang didiagnosis dengan PCOS untuk tidak mengalami proses ovulasi.

Ovulasi adalah proses fisiologi yang melibatkan pengeluaran sel telur (ovum) ke saluran reproduktif untuk disenyawakan dengan sperma.

Tanpa ovum, persenyawaan tidak akan berlaku maka wanita terbabit akan mengalami kesukaran untuk hamil.

Menurut kajian yang dijalankan di sebuah Fakulti Perubatan di Washington, Amerika Syarikat (USA) penurunan berat badan dalam lingkungan 5% hingga 10% boleh menyebabkan kitaran haid bagi pesakit PCOS untuk menjadi teratur semula.

Jika digabungkan dengan penggunaan ubat kesuburan yang dibekalkan oleh doktor, peluang untuk seseorang itu hamil tinggi.

Walau bagaimanapun, bukan semua pesakit PCOS perlu menjalani penurunan berat badan sebelum mereka boleh cuba untuk hamil.

Perkara ini akan ditentukan berdasarkan kepada keadaan klinikal pesakit.

Pun begitu, memang sukar untuk wanita yang mengalami PCOS untuk menurunkan berat badan memandangkan hormon mereka tidak berfungsi dengan normal.

#2 Pemakanan seimbang antara tips cepat hamil untuk pesakit PCOS

tips cepat hamil
Amalkan pemakanan seimbang bagi wanita menghidap PCOS.

Oleh sebab pesakit PCOS mudah untuk mendapat masalah obesiti, amalan pengambilan makanan seimbang perlu ditekankan.

Malahan, rawatan kesuburan akan lebih berkesan sekiranya seseorang individu itu berada dalam keadaan sihat.

Meskipun begitu, ada ke amalan diet khas yang boleh diamalkan oleh mereka yang didiagnosis dengan masalah PCOS?

Kebanyakan pakar mempunyai pendapat masing-masing berkaitan dengan hal ini.

Sebagai contoh, diet yang melibatkan kandungan karbohidrat rendah.

Kajian yang dijalankan oleh Fakulti Kejururawatan di Universiti Missouri-Kansas menunjukkan kaitan positif di antara pemakanan seimbang dan senaman berkala terhadap kitaran haid pesakit PCOS.

Masih tiada lagi dapatan yang menunjukkan, secara mutlaknya, amalan pemakanan sihat dan senaman berkala boleh membantu anda untuk hamil.

Namun, tubuh badan sihat penting bagi menjamin kehamilan yang sihat.

#3 Rawatan farmakologi untuk bantu pesakit PCOS hamil

tips cepat hamil
Segera berjumpa dengan doktor anda bagi rawatan lanjut penghidap PCOS.

Pelbagai jenis ubat boleh dipreskripsikan kepada pesakit PCOS untuk meningkatkan tahap kualiti kesihatan mereka secara menyeluruh.

Antaranya adalah ubat diabetes, metformin. 

Oleh sebab pesakit PCOS mudah mendapat masalah kerintangan insulin, pengambilan metformin boleh membantu mengawal paras gula di dalam darah.

Mereka yang mengambilnya boleh menikmati pelbagai jenis kebaikan fisiologi seperti penurunan berat badan, kitaran haid yang lebih teratur, meningkatkan keberkesanan ubat kesuburan dan menurunkan risiko keguguran.

Ubat kesuburan seperti clomid pula lazim diberikan kepada mereka yang mengalami PCOS.

Anda mungkin berminat:

Tahap keberkesanannya tinggi namun terdapat individu yang rintang dengan ubat ini. Gabungan metformin dan clomid boleh meningkatkan keupayaan untuk membantu anda hamil.

Ubat lain seperti Letrozole dan gonadotropin akan diberikan sekiranya gabungan metformin dan clomid tidak berkesan.

Pemberian ubat ini boleh berbeza dan tidak semestinya mengikut urutan seperti yang dinyatakan.

Ia bergantung kepada kesesuaian semasa dan hanya boleh ditentukan oleh doktor yang memeriksa.

#4 Prosedur kesuburan, kaedah teknikal untuk bantu pesakit PCOS

tips cepat hamil

Jika ubat tidak berjaya membuatkan anda hamil, langkah seterusnya untuk tips cepat hamil adalah lebih bersifat teknikal.

Doktor akan memberikan ubat yang boleh menggalakkan proses ovulasi berlaku. 

Setelah ovum berjaya diambil, ia akan disenyawakan di luar badan (makmal) menggunakan satu kaedah yang dikenali sebagai persenyawaan in vitro (IVF).

Telur yang diambil akan disenyawakan di dalam beberapa buah piring Petri, dan jika berjaya, embrio yang terbentuk akan dipindah masuk ke dalam rahim ibu.

Ujian kehamilan akan dibuat beberapa minggu selepas itu.

Konklusi

Cabaran yang perlu ditempuhi oleh pesakit PCOS untuk hamil agak tinggi.

Walau bagaimanapun, tidak mustahil bagi mereka yang menghidapnya untuk menjalani kehidupan normal seperti individu lain. 

Jika anda mempunyai PCOS dan merancang untuk hamil, sila rujuk doktor perubatan anda untuk tips cepat hamil yang lebih berkesan.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Sindrom ovari polisistik. (http://www.myhealth.gov.my/sindrom-ovari-polisistik-pcos/). Accessed June 22, 2020.
  2. Polycystic ovary syndrome: A review of treatment options with a focus on pharmacological approaches. (https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3737989/). Accessed June 22, 2020.
  3. In vitro maturation or in vitro fertilization for women with polycystic ovaries? A case–control study of 194 treatment cycles. (https://www.fertstert.org/article/S0015-0282(12)00514-6/fulltext). Accessed June 22, 2020.
  4. Getting Pregnant with PCOS: Everything You Need to Know. https://flo.health/pcos/how-to-get-pregnant-with-pcos. Accessed June 7, 2022.
  5. Can I Get Pregnant if I Have PCOS? https://nwhn.org/can-i-get-pregnant-if-i-have-pcos/. Accessed June 7, 2022.

 

Versi Terbaru

19/12/2024

Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Siti Fatihah


Artikel Berkaitan

Tak Sabar Nak Tahu Hamil Ke Tidak? Ini 9 Tanda Anda Sudah Boleh Buat Pregnancy Test!

Kitaran Haid Tidak Teratur, Kejap Ada Kejap Tiada, Ubat Apa Yang Perlu Diambil?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 7 hari lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan