Mengapa Berat Badan Bayi Rendah semasa Lahir: Punca dan Rawatan

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Jika bayi anda lahir dengan berat badan kurang daripada 2.5 kg, ia termasuk dalam kategori berat badan bayi rendah. Bayi pramatang mempunyai tinggi risiko mendapat berat badan rendah semasa lahir. Bayi pramatang yang rendah berat badan adalah berbeza dengan bayi kecil yang lahir cukup bulan.

Apakah penyebab berat badan bayi rendah semasa lahir?

Terdapat banyak punca yang menyebabkan berat badan bayi rendah semasa lahir. Bayi anda mungkin dilahirkan kecil disebabkan faktor keturunan.

Punca lain yang menyebabkan bayi lahir dengan berat badan rendah termasuklah:

−Bayi dilahirkan awal dan tidak mempunyai cukup masa untuk berkembang.
−Jika seseorang wanita itu hamil kembar, bayi mereka mungkin akan dilahirkan pramatang kerana mereka tidak cukup ruang untuk berkembang dalam uterus (rahim) sebagai bayi tunggal.
−Bayi mewarisi masalah kesihatan.
−Terdapat masalah dengan plasenta seperti pre-eklampsia yang mengurangkan aliran darah kepada bayi. Ini boleh mengehadkan pertumbuhan bayi memandangkan oksigen dan nutrien tidak mencukupi untuk sampai kepada bayi.
−Ibu yang menghidap tekanan darah tinggi semasa hamil, juga memberikan kesan kepada aliran darah yang disalurkan melalui plasenta kepada bayi.
−Jika seseorang wanita itu mengalami masalah kesihatan atau emosi semasa hamil, ia mungkin boleh menghalang pertumbuhan bayi sebelum lahir. Sebagai ibu baharu, adalah perlu untuk anda meminta bantuan jika masalah ini terus berlaku selepas anda bersalin.

Bagaimana untuk mengelakkan bayi lahir dengan berat badan rendah?

Anda boleh melakukan pelbagai perkara untuk membantu mengurangkan risiko bayi lahir dengan berat badan rendah:

– Perkara paling penting adalah untuk kerap berjumpa dengan doktor. Pemeriksaan berkala boleh memastikan kedua-dua ibu dan bayi berada dalam keadaan sihat. Doktor juga boleh membantu mengawal sebarang penyakit, keadaan, atau masalah kesihatan mental kepada ibu hamil.
– Asid folik memainkan peranan penting dalam mencegah kecacatan kelahiran dan masalah kesihatan lain. Pengambilan 400 mikrogram asid folik sehari (selalunya bermula sebelum hamil) boleh mengurangkan risiko bayi lahir dengan berat badan yang rendah dan/ atau masalah kesihatan lain seperti kecacatan tiub neural.
– Bagi wanita yang pernah mengalami kecacatan tiub neural bagi kehamilan/ kelahiran sebelum ini, pengambilan 1 gram asid folik sehari adalah disarankan. Suplemen asid folik perlu dikekalkan kerana bakal ibu perlu mengambil asid folik sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum konsepsi.

Rawatan jika berat badan bayi rendah semasa lahir

Jika bayi anda mengalami berat badan yang rendah semasa lahir, dia perlu ditahan di hospital untuk penjagaan rapi. Bayi anda mungkin akan ditahan selama berhari-hari, berminggu-minggu, atau berbulan-bulan bergantung kepada berat badan bayi semasa lahir, dan berapa lama dia perlu mendapat berat badan yang sesuai, sebelum dibenarkan pulang ke rumah. Dalam kebanyakan kes, imbasan ultra bunyi boleh membantu doktor mengenal pasti berat badan bayi sebelum mereka lahir.

Ibu bapa boleh melakukan langkah positif bagi meningkatkan peluang permulaan yang sihat untuk bayi:

– Ibu perlu menyusukan bayi mereka. Ini adalah salah satu perkara terbaik yang boleh dilakukan oleh ibu dalam membantu bayi membesar dengan lebih sihat.
– Memastikan bayi mereka menjalani semua pemeriksaan tumbesaran dan perkembangan.
– Sentiasa periksa kenaikan berat badan bayi bagi mengesan lebih awal jika berlaku masalah dalam berat badan dan kesihatan mereka. Diet yang berkhasiat boleh merangsang bayi untuk membesar dengan baik. Walau bagaimanapun, berhati-hatilah dengan pengambilan susu formula yang diperkaya dengan nutrien.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Januari 7, 2019 | Kali terakhir kemaskini: November 26, 2019

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut