Susah Tidur? Cuba Tips Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 20/08/2018 . 2 minit bacaan

Masalah susah tidur kadangkala berlaku kepada diri anda. Keadaan yang juga disebut sebagai insomnia ini sama ada berlaku dalam jangka masa pendek (akut) atau jangka masa panjang (kronik). Setiap jenis mempunyai sebab-sebab tersendiri. Secara amnya, insomnia kronik adalah lebih serius dan memerlukan rawatan punca berbanding insomnia akut yang kebiasaannya tidak memerlukan apa-apa rawatan khusus.

Berikut adalah tips yag boleh dicuba jika anda susah tidur.

1. Jika mengalami insomnia kronik, dapatkan pemeriksaan doktor

Antara punca insomnia kronik adalah:

  • Kemurungan.
  • Kebimbangan.
  • Stres kronik.
  • Rasa sakit atau ketidakselesaan di waktu malam.

Pemeriksaan yang lengkap harus dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar. Kebiasaannya, rawatan punca akan menyelesaikan masalah susah tidur tersebut.

2. Tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari

Cuba lakukan petua ini. Badan anda merembeskan hormon tertentu setiap kali tidur dan bangun. Jika dua waktu ini berubah-ubah, pelepasan hormon tersebut akan terganggu dan akan menjejaskan jadual tidur anda. Cuba elakkan tidur di waktu siang kerana ia akan membuatkan anda segar dan susah tidur di waktu malam.

3. Tiada telefon sebelum tidur

Tutup semua telefon atau sebarang bahan bacaan elektronik sebelum tidur. Cahaya daripada telefon memberikan isyarat pada badan anda bahawa hari masih cerah dan bukan masanya untuk tidur.

4. Elakkan kafein, nikotin dan alkohol di penghujung hari

Jika anda ingin mengambil kopi, merokok atau alkohol, lakukannya di awal pagi. Elakkan mengambilnya di waktu petang kerana bahan-bahan ini merangsang badan untuk bekerja dan mengurangkan rasa mengantuk.

5. Senaman berkala

Amalan senaman berkala membantu badan anda rehat di waktu malam. Namun, elakkan senaman 3 hingga 4 jam sebelum tidur kerana ia akan merangsang serta memberikan badan anda tenaga sehingga membuatkan anda susah tidur.

6. Jadikan bilik anda cukup selesa untuk tidur

Pastikan bilik anda gelap, senyap dan tidak terlalu panas atau sejuk. Jika ada masalah pencahayaan, cuba gunakan penutup mata atau gunakan penutup telinga untuk mengurangkan bunyi bising. Sebolehnya, gunakan katil anda hanya untuk tidur sahaja. Ini akan memberikan isyarat kepada badan anda untuk tidur setiap kali anda baring di atas katil.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Passionflower

    KegunaanApakah kegunaan passionflower? Passionflower adalah ubat herba. Ia digunakan untuk masalah tidur (insomnia), gangguan gastrointestinal (GI) yang berkaitan dengan kebimbangan atau kegelisahan, gangguan kebimbangan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Nur Hadirah Mustafa
    Ubat/Herba A-Z, Herba A-Z 22/05/2018 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    susah tidur

    Fakta Dan Mitos Tentang Insomnia

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 30/10/2019 . 4 minit bacaan
    punca insomnia

    Apakah Penyebab Insomnia?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 02/01/2019 . 2 minit bacaan
    Madu Ratu Lebah

    Madu Ratu Lebah

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Fariha Zakaria
    Diterbitkan pada 25/05/2018 . 3 minit bacaan
    Aprikot Jepun

    Aprikot Jepun

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Tyasyurrun Nazirin
    Diterbitkan pada 25/05/2018 . 3 minit bacaan