backup og meta

Aik, Sedar Dari Koma Boleh Cakap Bahasa Asing?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 26/06/2020

    Aik, Sedar Dari Koma Boleh Cakap Bahasa Asing?

    Apa perasaan anda kalau secara tiba-tiba anda boleh berbahasa asing? Mesti excited dan terkejut. Tetapi perkara sebegitu tidak mustahil untuk berlaku. Pernah ‘tak’ dengar kisah individu yang bangun dari koma atau tidur dan boleh cakap loghat asing?

    Koma vs bahasa asing

    Foreign Accent Syndrome (FAS) atau sindrom aksen asing adalah gangguan penuturan yang menyebabkan perubahan kepada gaya percakapan seseorang individu. Ia membolehkan individu terbabit bertutur dalam bahasa asing selain bahasa pertuturan biasa. 

    Kebiasaannya keadaan ini disebabkan oleh kecederaan kepada otak seperti yang berpunca daripada strok atau sebarang kecederaan otak traumatik mahupun aneurysms, iaitu keadaan di mana saluran darah menjadi lemah dan pecah yang menyebabkan pendarahan dalaman . 

    Beberapa isu kesihatan lain seperti sklerosis berganda juga boleh menjadi punca. Jadi kalau seseorang individu mendapat kecederaan kepala serius mengakibatkan koma, tidak mustahil mereka akan mengalami FAS. 

    Ia boleh dianggap sebagai antara penyakit ganjil di mana hanya lebih kurang 100 kes dicatatkan dari seluruh dunia. Kes pertama melibatkan FAS dilaporkan pada tahun 1907. Antara kes yang pernah direkodkan adalah seperti perubahan bahasa dari Jepun ke Korea dan Sepanyol ke Hungary.

    Berulang kali

    Terdapat satu kes FAS yang berlaku pada tahun 2018, melibat seorang individu wanita dari Arizona, Michelle Myers. Dalam satu temubual, ibu kepada tujuh orang anak ini berkata pernah beberapa kali beliau masuk tidur dalam keadaan sakit kepala yang agak kronik dan keesokan paginya pertuturan beliau kedengaran berbeza.

    Waktu pertama kali ia berlaku, beliau bangun dan boleh bertutur dalam aksen Irish. Ketika kejadian kali kedua, beliau kedengaran seperti warga Australia. Dan pada tiga tahun lepas (2016), beliau bangun dan berturut dalam aksen British. Menariknya, bahasa pertuturan itu ‘melekat’ sehingga ke hari ini.

    Beliau memberitahu ABC 15, “Saya berasa seperti individu yang berbeza apabila menonton video-video lama dengan suara yang dahulu.”

    Simptom 

    Terdapat beberapa gejala yang boleh dikenal pasti bagi individu yang mengalami sindrom ini. 

    • Kesilapan sebutan yang boleh diramalkan
    • Prosodi yang luar biasa seperti penekanan dalam sebutan suku kata
    • Penggantian konsonan 
    • Kesalahan bunyi seperti ‘pike’ kepada ‘bike’
    • Masalah kluster konsonan
    • Penggantian vokal seperti sebutan ‘ya’ kepada ‘yah’
    • Nada suara atau pitch berbeza

    Individu dengan sindrom ini masih boleh bercakap dalam bahasa natif tetapi ia kedengaran berbeza. Contohnya seperti bahasa natif anda adalah bahasa Melayu, tetapi ia kedengaran seperti ‘orang putih’ yang baru belajar bercakap bahasa Melayu. Namun, daripada aspek kesihatan mental, ia berada dalam keadaan yang baik tanpa sebarang masalah yang menjejaskan fungsinya. 

    Kesimpulan

    Keupayaan untuk berbahasa asing ini mungkin bukan satu masalah serius. Tetapi punca utama wujudnya sindrom ini adalah berkaitan dengan kecederaan otak; kemalangan menyebabkan koma, dan strok. Jadi jika anda merasakan kelainan dalam pertuturan anda, dapatkan pemeriksaan segera. Ia mungkin petunjuk kepada masalah yang serius.

    Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 26/06/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan