Risau Kes COVID-19 Meningkat? Ini 6 Tip Berkesan Lindungi Keluarga Sepanjang Sambutan Hari Raya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 28/05/2020 . 3 mins read

Pada hari ke-3 sambutan hari raya yang lalu, kita digemparkan dengan kenaikan kes wabak virus korona baharu (COVID-19) kepada 3 angka.

Walaupun majoriti daripada jumlah kes yang dilaporkan berlaku dalam kalangan warga asing, namun ia bukanlah satu khabar gembira.

Apatah lagi ia berlaku di kala kita sedang sibuk dengan sambutan hari raya Aidilfitri.

Bukan senang untuk kita terapkan konsep norma baharu ketika menyambut perayaan yang sering digambarkan dengan dua individu bersalam memohon kemaafan.

Bahkan juga, seperti yang anda boleh lihat melalui kebanyakan gambar di media sosial, amalan jarak sosial tidak lagi diamalkan semasa sambutan hari raya berlangsung.

Pasti terdetik soalan bagaimana cara untuk menyambut perayaan ini dengan selamat kan?

Di sini, penulis ingin kongsikan beberapa tip untuk melindungi diri anda daripada jangkitan COVID sepanjang sambutan hari raya Aidilfitri.

#1 Elakkan daripada bersalaman. Basuh tangan anda sekerap mungkin

Banyak yang kita tidak tahu berkaitan dengan wabak yang melanda namun ia jelas tersebar melalui titisan air ketika bersin/batuk dan sentuhan dengan objek tercemar.

Oleh sebab kuman bukanlah sesuatu yang boleh dilihat dengan mata kasar, tindakan bijak yang boleh diambil adalah dengan tidak bersalam dan basuh tangan sekerap mungkin.

Perkara ini turut disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menekankan kepentingan mencuci tangan.

Lebih baik jika anda tidak menerima tetamu,, namun jika perkara tersebut tidak dapat dielakkan, sediakan hand sanitiser bagi memastikan amalan cuci tangan turut diambil serius oleh tetamu yang hadir.

#2 Jangan membuta tuli ikut saranan tidak lebih daripada 20 orang tetamu semasa sambutan hari raya

sambutan hari raya

Apa yang penulis cuba sampaikan adalah bukan untuk membenarkan lebih daripada jumlah tersebut.

Adalah lebih selamat jika kita elakkan daripada menghuni 10 orang (termasuk ahli keluarga) dalam satu rumah.

Walaupun kerajaan membenarkan maksimum 20 orang dalam satu rumah semasa hari pertama sambutan hari raya, namun penjarakan sosial sukar untuk dilaksana dalam situasi tersebut.

Perkara ini telah ditekankan oleh Pakar Perubatan Kesihatan Awam Universiti Putra Malaysia, Dr Halimatus Sakdiah Minhat.

Bahkan, adalah lebih ideal jika anda tidak menerima sebarang tetamu sepanjang sebulan sambutan hari raya Aidilfitri.

#3 Ada simptom? Jangan menggatal nak keluar beraya

Jika anda mempunyai simptom, walaupun berbekalkan topeng muka sekalipun anda boleh memberikan risiko jangkitan kepada penghuni rumah (tidak kira sekecil mana).

Tujuan pemakaiannya adalah untuk melindungi namun tidak selalunya menghindari jangkitan daripada tersebar.

Perkara ini terutamanya bagi mereka yang tidak memakai topeng muka dengan betul.

Jika anda mempunyai ahli keluarga yang dijangkiti, jangan keluar dari rumah.

Oleh sebab majoriti mereka yang dijangkiti tidak menunjukkan simptom, anda berisiko untuk menjadi penyebar virus dalam diam.

#4 Sambutan hari raya di atas talian, lindungi orang tersayang

sambutan hari raya

Jangan mengingkari larangan untuk merentas negeri sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) hanya untuk beraya.

Ingat, di kampung, ibu bapa serta golongan tua yang lain berisiko untuk mendapat jangkitan teruk sekiranya positif.

Apa yang anda boleh buat sepanjang beraya di bandar adalah menggunakan media sosial dan aplikasi komunikasi atas talian seperti Skype, Zoom dan sebagainya.

Adalah lebih baik jika kita tidak merasai kehangatan musim perayaan demi melindungi keluarga di kampung daripada jangkitan COVID-19.

#5 Sediakan makanan berkhasiat untuk seisi keluarga sepanjang sambutan hari raya

Sambutan hari raya sememangnya sinonim dengan pelbagai aneka juadah yang mengiurkan.

Namun begitu, suka ataupun tidak, kebanyakan daripada makanan tersebut mengandungi jumlah gula tinggi dengan kandungan serat rendah.

Perkara ini boleh menyebabkan berlakunya peningkatan pada pelbagai jenis masalah kesihatan, termasuklah jangkitan COVID-19.

Sistem imun badan kita sememangnya boleh dipengaruhi dengan tabiat pemakanan.

Jika khasiat pemakanan tidak diambil dengan kadar yang betul, badan anda tidak mempunyai kapasiti yang cukup untuk melawan jangkitan kuman.

#6 Guna kaedah moden untuk beri duit raya

virus korona baharu

Walaupun penerimaan duit raya melalui bank online membuatkan kehangatan Aidilfitri itu tidak terasa, ia merupakan salah satu langkah selamat yang boleh dipraktikkan oleh segenap manusia.

Jika dilihat pada konteks kerisauan penduduk global, keputusan carian berkaitan dengan penyebaran COVID-19 melalui wang kertas berada pada tahap yang tinggi.

Terdapat pelbagai jenis laporan kajian yang menunjukkan jangka hayat virus korona baharu di luar badan manusia.

Apa yang lebih menakutkan, ada yang menyatakan virus tersebut berkemungkinan hidup maksimum 9 hari pada permukaan tertentu.

Wang kertas disentuh oleh pelbagai individu dan jika mereka menggunakan sarung tangan, risiko jangkitan masih ada (malah boleh jadi lebih tinggi).

Penyelesaiannya? Guna bank online untuk hantar duit raya. Jika anak kecil tiada duit raya, hantar pada bank ibu bapa mereka.

Pastikan anda tulis dengan jelas “duit raya” pada rujukan supaya tidak terkeliru dengan duit lain.

Konklusi

Sambutan hari raya sepanjang musim wabak virus korona baharu mungkin kelihatan hambar.

Namun begitu, ia tidak bermakna anda tidak boleh mencari alternatif untuk merasai kehangatan sambutan perayaan tersebut.

Dalam apa jua aspek yang ditekankan, kunci kepada kesejahteraan masyarakat sekeliling adalah penjarakan sosial.

Jangan lupa untuk berwaspada dengan apa yang anda makan sepanjang bulan Syawal. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

AWAS! Jangan Setuju Sertai Makan Buffet Di Hotel, Boleh Jadi Penyebab COVID-19!

Kempunan nak makan di restoran bufet? Ada risiko untuk anda mendapat jangkitan COVID-19. Oleh sebab itulah pemilik restoran perlu membuat perubahan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Coronavirus, COVID-19 25/06/2020 . 3 mins read

Anda Bebas Bergerak Masa PKPP Tapi WASPADA! Ini 7 Tempat BERISIKO Tinggi Sebar COVID-19

Tempoh PKPP ini, anda bebas bergerak ke sana ke sini. Namun ini 7 tempat berisiko COVID-19 boleh mendedahkan anda kepada penularan jangkitan wabak tersebut.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Coronavirus, COVID-19 19/06/2020 . 3 mins read

COVID-19 Di US Makin Kritikal, Bilion USD Dilabur Untuk Tempah Vaksin, Pelaburan Yang Berbaloi?

Setelah UK, kini US pula mengambil langkah menempah berjuta vaksin yang sedang diuji untuk hindar penularan COVID-19. Wajarkah tindakan tersebut?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Coronavirus, COVID-19 18/06/2020 . 3 mins read

Jaga-jaga! Lebih 1,000 Partikel Virus COVID-19 Tersebar Bila Bercakap, Jadi Elak Bicara Kuat & Dekat

Titisan air yang keluar semasa individu sedang bercakap berpotensi menjadi punca penularan virus korona baharu (COVID-19) yang sedang melanda dunia.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Coronavirus, COVID-19 17/06/2020 . 3 mins read

Artikel lain untuk anda

sanitizer

Jangan Gopoh Beli Hand Sanitizer Online, Ini Kriteria Penting Sebelum Beli (Tak Boleh Wangi!)

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 06/07/2020 . 3 mins read
pemindahan organ paru paru

Terkini! Organ Rosak Teruk Sebab COVID-19, Pesakit Sembuh Lepas Jalani Pemindahan Peparu

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 30/06/2020 . 3 mins read
PKPP

Kolam Renang Sudah Mula Dibuka, Bagaimana Nak Pastikan Kita Selamat Dari COVID-19?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 29/06/2020 . 3 mins read
pawagam malaysia

Pawagam Akan Dibuka Semula Mulai 1 Julai: Sebelum Pergi, Ini Yang Anda Perlu Tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 25/06/2020 . 3 mins read