backup og meta

Perkara yang Perlu Anda Lakukan Sebelum Melancong

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 05/12/2019

    Perkara yang Perlu Anda Lakukan Sebelum Melancong

    Mengembara adalah masa yang baik untuk lari daripada kesibukan kehidupan harian. Pada masa kini ramai yang memilih untuk bercuti ke luar negara untuk melihat dunia dan belajar tentang budaya baru, masyarakat baru dan cara hidup baru. Walau bagaimanapun, melancong ke luar negara boleh mendedahkan anda kepada beberapa penyakit yang menghalang anda daripada menikmati perjalanan. Pastikan anda beberapa persediaan kesihatan sebelum memulakan perjalanan.

    Vaksinasi

    Sebelum berjalan melepasi sempadan negara anda, adalah lebih baik untuk mengambil suntikan vaksin. Vaksin ini boleh membantu mencegah sesetengah penyakit serius yang berkaitan dengan perjalanan anda. Bergantung kepada beberapa faktor tertentu seperti status kesihatan, sejarah vaksinasi, negara yang akan anda lawati, panjang perjalanan, dan lain-lain, anda perlukan vaksin tertentu.

    Anda hanya akan disyorkan sebahagian daripada vaksin rutin seperti:

    • Hepatitis (A, B);
    • Difteria, tetanus, pertussis (DTP);
    • Haemophilus influenzae jenis b (Hib);
    • Campak, beguk, rubella (MMR);
    • Polio (IPV).

    Sementara itu, vaksin berikut, yang bukan berada dalam senarai vaksin rutin orang dewasa, diperlukan jika anda mengembara ke negara-negara tertentu.

    • Kepialu dan demam paratifoid;
    • Penyakit meningokokal;
    • Demam kuning;
    • Rabies;
    • Ensefalitis Jepun.

    Ketahui Perancangan Perjalanan anda

    Adalah penting untuk mempunyai seberapa banyak maklumat tentang perancangan perjalanan anda disebabkan penyakit tertentu boleh wujud di banyak tempat di dalam negara mahupun sempadan. Sama ada anda pergi bersendirian atau dalam lawatan kumpulan, anda perlu mengetahui tentang rancangan perjalanan anda. Maklumat di bawah perlu diambil kira.

    • Tempat-tempat yang akan anda  lawati, termasuk lokasi tertentu daripada tempat-tempat di negara ini (kawasan bandar atau luar bandar);
    • Tempoh perjalanan anda;
    • Musim dan cuaca keadaan tempat
    • Keadaan penginapan anda (pendingin hawa, khemah terbuka, bilik, dan lain-lain);
    • Jenis-jenis makanan di tempat yang akan anda lawati;
    • Aktiviti yang akan anda sertai.

    Selain itu, adalah dinasihatkan untuk menyimpan maklumat nombor untuk dihubungi daripada beberapa pejabat seperti kedutaan dan konsulat negara anda di tempat yang akan anda pergi jika berlaku situasi mendesak.

    Rujuk pakar kesihatan pelancongan

    Pakar kesihatan pelancongan; doktor atau jururawat yang mempunyai latihan khas dalam pelancongan dan ubat-ubatan tropika. Mereka bekerja di klinik perubatan pelancongan di mana anda boleh mengambil perundingan pra-perjalanan dan vaksinasi. Melawat klinik jenis ini sebelum melancong banyak faedahnya berbanding klinik kesihatan umum kerana:

  • Mereka memberi tumpuan kepada perjalanan ke luar negeri, yang akan memastikan anda mendapat semua imunisasi dan maklumat yang perlu;
  • Anda dibekalkan dengan preskripsi penting yang anda perlukan.
  • Mereka memaklumkan maklumat terkini mengenai penyakit berjangkit dan penyakit di tempat yang akan anda lawat;
  • Mereka membantu anda untuk mengelakkan ubat-ubatan dan vaksinasi yang tidak diperlukan ;
  • Nasihat kesihatan selepas perjalanan, perundingan, penjagaan kesihatan disediakan untuk anda.
  • Untuk menikmati setiap detik perjalanan anda sepenuhnya, anda juga perlu mengambil berat tentang kebersihan asas sebagai langkah pencegahan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 05/12/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan