Berdasarkan Kajian, Pembedahan Bariatrik Boleh Atasi Risiko Perkembangan Kanser

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Update Date Januari 3, 2020

Dengarnya pembedahan bariatrik boleh bantu kurangkan risiko kanser. Tetapi betul ke terdapat hubung kait antara berat badan dengan kecenderungan mengalami kanser?

Pembedahan bariatrik

Satu penyelidikan yang dilakukan oleh penyelidik dari Cleveland Clinic Florida mencadangkan bahawa sel tumor pada payudara adalah 2.5 kali ganda berisiko untuk berkembang kepada wanita yang mempunyai kecenderungan genetik mengalami kanser.

Walau bagaimanapun, keadaan ini boleh berubah kepada wanita yang memiliki genetik yang sama tetapi menjalani prosedur pembedahan berat badan atau pembedahan bariatrik – pembedahan pada sistem pencernaan untuk membantu individu dengan obesiti.

Kajian yang dibentangkan pada 36th American Society for Metabolic and Bariatric Surgery (ASMBS) Annual Meeting ketika Minggu Obesiti 2019 telah menganalisis 1,670,035 data pesakit dengan indeks jisim badan (BMI) melebihi 35 atau lebih.

Data ini dikumpulkan antara tahun 2010 hingga 2014 melalui National Inpatient Sample (NIS), iaitu pangkalan data penjagaan kesihatan pesakit terbesar di Amerika Syarikat. Analisis kajian kanser dilakukan kepada lebih 1.4 juta pesakit yang tidak menjalani pembedahan bariatrik dengan hampir 250,000 pesakit yang melakukan prosedur tersebut. 

Hasil kajian

Daripada analisis yang dilakukan, wanita dengan masalah obesiti kronik atau BMI melebihi 35 berdepan dengan 18 peratus risiko untuk mengalami kanser payudara. Manakala hanya 7.4 peratus risiko pengembangan kanser bagi wanita yang mempunyai masalah yang sama tetapi menjalani prosedur pembedahan berat badan. 

Kajian turut menunjukkan bahawa pembedahan bariatrik dapat mengurangkan lebih 20 peratus risiko kecenderungan mengalami kanser bagi individu dengan masalah obesiti.

Penulis kajian merangkap Pengarah Program Bersekutu, General Surgery Residency Program, Dr Emanuele Lo Menzo dari Cleveland Clinic Florida di Weston memberitahu, “Daripada kajian yang dijalankan, kami mencadangkan prosedur pembedahan bariatrik dapat menghalang perkembangan kanser kepada pesakit yang berisiko tinggi. Kesan prosedur pembedahan ini kepada individu yang menderita kanser payudara adalah sangat menakjubkan.”

“Para penyelidik percaya, ini adalah kajian pertama yang menunjukkan kesan seperti itu. Walau bagaimanapun, penyelidik percaya kajian lanjut diperlukan untuk menentukan faktor termasuk berkaitan dengan penurunan berat badan, yang mungkin menyebabkan pengurangan risiko,” ujar Dr Emanuele.

Apa kata pakar?

Menurut American Cancer Society, individu yang mempunyai tisu lemak yang banyak boleh meningkatkan peluang untuk mendapat risiko kanser payudara melalui peningkatan tahap estrogen. Berat berlebihan dan obesiti berkait rapat dengan risiko 13 jenis kanser. 

Bagi Presiden ASMBS dan Profesor merangkap Ketua Division of General/ Bariatric Surgery, Brody School of Medicine, East Carolina University Greenville di Utara Carolina, Dr Eric J. DeMaria, “Pencegahan kanser merupakan sempadan baru dalam penyelidikan mengenai pembedahan bariatrik. Hasil kajian itu membuktikan bahawa pesakit dan doktor harus menganggap prosedur tersebut bukan sekadar satu prosedur menurunkan berat badan. Tetapi ia menawarkan manfaat lebih daripada itu.”

Kaedah pembedahan bariatrik

Dalam keadaan perubatan pada masa kini, kriteria untuk membolehkan seseorang individu menjalani pembedahan bariatrik adalah seperti berikut:

Individu yang boleh melakukan prosedur pembedahan bariatrik perlulah:

  • Seorang individu dewasa dengan BMI ≥40 kg/m2 tanpa sebarang penyakit komorbid
  • Individu dewasa dengan BMI 35.0 hingga 39.9 kg/m2 dengan sekurang-kurangnya satu komorbid yang serius, termasuk tetapi tidak terhad kepada:
    • Diabetes jenis 2
    • Apnea tidur obstruktif (OSA)
    • Hipertensi
    • Hyperlipidemia
    • Sindrom obesiti-hipoventilasi (OHS)
    • Sindrom Pickwickian (gabungan OHS dan OSA)
    • Penyakit hati berlemak tanpa alkohol (NAFLD)
    • Steatohepatitis tanpa alkohol (NASH)
    • Pseudotumor cerebri
    • Penyakit refluks gastroesophageal
    • Asma
    • Penyakit statis radang
    • Inkontinens kencing yang teruk
    • Debilitating arthritis
    • Kehilangan kualiti hidup
    • Tidak layak untuk melakukan prosedur pembedahan lain akibat masalah kesihatan seperti obesiti. Antaranya pembedahan untuk penyakit osteoarthritis, hernia ventral atau tekanan inkontinensia
  • Individu dewasa dengan BMI antara 30.0 hingga 34.9 kg/m2 dan salah satu daripada keadaan komorbid berikut:

Risiko obesiti dalam pembesahan

Sekiranya anda atau orang sekeliling yang mengalami obesiti bakal menjalani pembedahan, anda perlu mengetahui risiko yang mungkin berlaku terutamanya yang melibatkan anestesia atau ubat bius.

  • Pesakit mungkin sukar untuk diberikan suntikan ubat bius secara intravena dan sukar diberikan rawatan kecemasan apabila berada dalam keadaan kritikal
  • Sukar untuk menentukan dos yang betul untuk pesakit
  • Pesakit obes mempunyai kurang ruang kosong di belakang tekak, yang membawa kepada masalah semasa memasang peralatan untuk pesakit bernafas
  • Risiko jangkitan paru-paru dan komplikasi lain dari jangkitan paru-paru disebabkan penurunan tahap oksigen
  • Pesakit akan mengambil lebih banyak masa untuk sedar semula
  • Jantung pesakit obes sering berada di bawah tekanan otot-otot interkostal (dada)
  • Terdapat risiko angina (sesak dada), tekanan darah tinggi, kekurangan oksigen, atau strok. Selain itu, ubat bius sendiri juga meningkatkan risiko kesan sampingan kardiovaskular

Kaedah pencegahan

Sebelum pembedahan

  1. Tingkatkan kesihatan anda secara keseluruhan sebelum pembedahan, termasuk menurunkan berat badan dengan pengawasan.
  2. Semak keadaan kesihatan keseluruhan, masalah berat badan, dan masalah kesihatan lain yang mungkin anda hadapi, seperti diabetes atau penyakit jantung.

Semasa pembedahan

  1. Anestesia sebahagian mungkin menjadi pilihan.
  2. Elakkan penenang.
  3. Ubat antikoagulan seperti heparin digunakan untuk mengurangkan risiko tromboembolisme vena
  4. Vena cava atau vena koronari mungkin digunakan untuk memasukkan ubat dan bukannya arteri periferal seperti dalam pesakit biasa.

Dengan peningkatan langkah-langkah kesihatan di samping maklumat terperinci mengenai keadaan perubatan anda, doktor akan memberi nasihat yang munasabah untuk memastikan keselamatan dan kualiti pembedahan anda. Jangan membuat keputusan tanpa memenuhi semua keperluan yang diperlukan

Kesimpulan

Sebenarnya, berat badan berlebihan boleh menjadi punca utama yang mendasari kewujudan pelbagai isu berkaitan kesihatan bagi kebanyakan individu. Jadi langkah pencegahan terbaik adalah untuk mengawal berat badan agar individu sentiasa berada dalam berat yang seimbang. 

Ia boleh dilakukan dengan menjaga aspek pemakanan seperti mengawal saiz hidangan dan jenis makanan yang diambil, melakukan senaman mahupun sebarang aktiviti fizikal secara berkala dan teratur serta mengamalkan gaya hidup yang sihat dan menghindari sebarang tabiat yang tidak sihat seperti merokok.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Zzzz… 7 Manfaat Tidur Malam Yang Wajib Anda Tahu! Yang Terakhir ‘Confirm’ Anda Suka

    Selalunya kita memandang remeh tentang kepentingan tidur. Tetapi sebenarnya ada 7 manfaat tidur malam yang perlu anda ketahui.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Risiko Kanser Serviks Tetap Ada Walaupun Sudah Vaksin! Ini Sebabnya Anda Perlu Sentiasa Lakukan Pap Smear

    Tahukah anda, anda masih berisiko untuk mendapat kanser serviks walaupun telah mengambil vaksin HPV? Apakah cara untuk mencegahnya dengan lebih awal?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pusat Kesihatan, Kanser Serviks Februari 18, 2020

    Hari Kesedaran Kanser Kanak-kanak Sedunia: Tip Ibu Bapa KUAT Hadapi Anak Hidap Kanser

    Bukan mudah untuk terima diagnosis kanser terutamanya jika anak anda mengalaminya. Sebagai ibu bapa, anda kunci kepada kekuatan anak hidap kanser.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Ramai Wanita Malaysia TAK SUKA Bentuk Payudara Sendiri – Tapi Kenapa?

    Payudara, satu aset istimewa wanita. Namun, bukan semua berpuas hati dengan saiz dan bentuk payudara mereka, termasuklah wanita Malaysia. Tetapi mengapa?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Artikel lain untuk anda

    Nak Elak Kanser Serviks? Buat Ujian Pap Smear Sekarang!

    Nak Elak Kanser Serviks? Buat Ujian Pap Smear Sekarang!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada Mei 19, 2020
    Anda Pilih Sweetener Berbanding Gula? Ada 8 Jenis Pemanis Tiruan, Malah Lebih Manis Dari Gula Biasa

    Anda Pilih Sweetener Berbanding Gula? Ada 8 Jenis Pemanis Tiruan, Malah Lebih Manis Dari Gula Biasa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada Mei 14, 2020
    Ini 7 Golongan Berisiko Dapat Kanser Rahim- Termasuk Wanita Yang Tak Pernah Hamil, Jaga-jaga!

    Ini 7 Golongan Berisiko Dapat Kanser Rahim- Termasuk Wanita Yang Tak Pernah Hamil, Jaga-jaga!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada Mei 8, 2020
    AWAS, Ini 5 Penyakit Kronik Berisiko Tinggi Terjadi Akibat Psoriasis Yang Tidak Dirawat!

    AWAS, Ini 5 Penyakit Kronik Berisiko Tinggi Terjadi Akibat Psoriasis Yang Tidak Dirawat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada April 15, 2020