Menyingkap Mitos HIV

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

HIV merupakan satu penyakit global yang telah membunuh lebih daripada 39 juta individu, namun, masih ada salah faham tentang aspek utama penyakit, bagaimana ia berlaku dan cara ia merebak. Artikel ini akan membantu menyingkap mitos HIV yang biasa didengari dan dipercayai.

Mitos 1: HIV tidak akan menjangkiti daripada tatu atau menindik badan

Jarum adalah sangat berbahaya apabila dikongsikan bersama individu yang mempunyai HIV. Oleh itu, tatu atau menindik badan hanya selamat jika semua peralatan yang digunakan disteril dengan baik. Sebaiknya alatan yang digunakan hanya diguna sekali dan dibuang, atau alatan tersebut perlu digunakan dengan berhati-hati. Sebelum membuat keputusan untuk mendapatkan tatu, anda perlu mencari salun tatu yang boleh dipercayai yang menggunakan alat yang disteril dengan betul.

Satu perkara lain yang perlu anda ingat adalah darah atau cecair badan daripada individu yang mempunyai HIV, yang berada pada sebarang permukaan, turut boleh menjadi punca anda dijangkiti HIV.

Mitos 2: Seks oral tidak akan menyebarkan HIV

Ia adalah sangat tidak benar untuk seseorang individu tidak dijangkiti HIV melalui seks oral dengan individu yang mempunyai HIV. Virus HIV boleh tersebar melalui luka yang terbuka dan darah. Jika mempunyai luka pada mulut dan melakukan seks oral dengan individu mempunyai HIV, cecair badan dari pesakit HIV boleh merebak ke mulut dan menyebabkan jangkitan HIV. Kedua-dua individu perlu menggunakan perlindungan seperti dental dam atau kondom semasa seks oral untuk mengurangkan risiko jangkitan.

Mitos 3: HIV dan AIDS sama

HIV adalah punca kepada AIDS. Tetapi, ini tidak bermaksud individu dengan HIV akan mempunyai AIDS. AIDS adalah peringkat akhir penyakit HIV apabila sistem imun badan telah rosak teruk dan tidak berfungsi. Pesakit HIV mungkin tidak akan mendapat AIDS jika mendapat rawatan yang betul. Tahap HIV boleh dikekalkan untuk tidak berkembang kepada AIDS.

Mitos 4: Nyamuk penyebar HIV

Nyamuk boleh menyebarkan beberapa penyakit seperti West Nile Virus atau malaria, tetapi ia tidak sama dengan HIV. Kajian mendedahkan bahawa nyamuk tidak boleh menyebarkan virus HIV. Jika nyamuk boleh menyebarkan HIV, pastinya ramai individu boleh dijangkiti HIV! Oleh itu, jika digigit nyamuk, anda tidak perlu terlalu risau. Tiada sebarang virus HIV boleh memasuki badan anda.

Mitos 5: Ciuman menyebabkan jangkitan HIV

Sesetengah cecair badan, tidak akan menyebarkan virus HIV, seperti air liur, najis, air kencing dan peluh. Dari aspek teknikal, ciuman dianggap sebagai pertukaran cecair badan. Jika hanya air liur yang bertukar, ia adalah selamat. Tetapi, anda perlu sentiasa berhati-hati, jika terdapat luka pada bahagian mulut.

Salah faham dan stigma yang difikirkan tentang HIV menjadikan ia lebih bahaya daripada penyakit itu sendiri. Untuk melindungi diri anda dan individu di sekeliling anda, mengetahui maklumat dan info yang betul tentang HIV adalah perlu dan amat penting.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Tarikh Reviu: April 18, 2019 | Kali terakhir kemaskini: Disember 12, 2019

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut