backup og meta

Pakai Cermin Mata Akan Buat Mata Anda Lebih Rosak - Fakta Atau Auta?

Pakai Cermin Mata Akan Buat Mata Anda Lebih Rosak - Fakta Atau Auta?

Setiap daripada kita mesti ada kenalan yang selalu tukar spec secara berkala dan tidak kurang ramai juga yang percaya bahawa kesan pakai cermin mata boleh buat mata kita lebih rosak.

Eh, agaknya kepercayaan tentang kesan pakai cermin mata ini fakta atau auta ya? Kalau anda ingin tahu jawapannya, jom terus baca artikel ini dengan lebih lanjut!

Mitos mengenai cermin mata

Sebenarnya, terdapat banyak sebab orang yang rabun tidak mahu pakai kaca mata. Mereka mungkin akan diejek oleh kawan-kawannya, tidak suka dengan penampilan diri sendiri, tidak selesa dengan bingkainya atau lebih selesa memakai kanta lekap. 

Ataupun, mereka percaya dengan satu mitos yang sangat menarik iaitu pemakaian cermin mata ini sebenarnya boleh buat mata lebih rosak. Adakah mitos ini adalah fakta dalam dunia saintifik atau auta semata-mata?

kesan pakai cermin mata

Kesan pakai cermin mata akan buat mata lebih rosak?

Menurut Michael J. Duerr, pakar mata dari Rochester Hills, Michigan, pemakaian kaca mata tidak akan membuat mata anda lebih rosak!

Menurut beliau lagi, pemakaiannya adalah bergantung kepada tahap kerabunan atau kekaburan mata.

Ia hanyalah alat yang akan dapat membantu otak anda mendapat visual yang lebih jelas tanpa merosakkan sebarang fungsinya.

Jika begitu, dari manakah mitos ini datang? Sebenarnya, ia mungkin disebabkan oleh pemikiran individu itu sendiri.

Bagi pemakai kaca mata, pasti anda akan lihat dunia sekeliling anda menjadi kabur ketika membukanya bukan?

Situasi seperti inilah yang membuat kita percaya bahawa mata kita menjadi lebih rosak setelah memakai cermin mata.

Sebenarnya, mata kita tidak rosak. Menurut American Academy of Opthamology, ia lebih kepada situasi anda yang telah terbiasa bergantung kepada kaca mata untuk melihat sesuatu dengan jelas.

Jadi, apabila membukanya, anda akan berasa bahawa mata anda telah rosak sedangkan ia adalah sebaliknya.

Jadi, jangan takut untuk memakai cermin mata

kesan pakai cermin mata

Bagai pemakai kaca mata, jangan sesekali khuatir dengan kesan pakai cermin mata. Mitos tanpa penjelasan secara saintifik seperti ini tidak seharusnya anda percaya.

Sebaliknya, jangan takut untuk memakai kaca mata kerana ia tidak akan merosakkan mata anda. 

Pun begitu, anda mesti agak risau dengan power kaca mata yang kian meningkat saban tahun bukan? Jangan risau, peningkatannya tidak langsung disebabkan oleh mata yang semakin rosak ekoran pemakaian kaca mata namun ia disebabkan oleh peningkatan usia anda.

Konklusi

Kesimpulannya, jangan bimbang jika penglihatan anda semakin kabur ketika buka kaca mata.

Selain itu, jangan pula khuatir dengan peningkatan power kaca mata anda tahun demi tahun.

Ia adalah normal kerana mata kita akan makin kurang keupayaannya seiring dengan perjalanan usia. Jadi, usah rasa pelik jika kawan anda tukar cermin mata lagi selepas ini okay!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Do Eyeglasses Weaken My Eyes?, https://www.optometrists.org/general-practice-optometry/optical/do-eyeglasses-weaken-my-eyes/, Accessed May 9, 2022.
  2. Will my vision get worse if I don’t wear my glasses all the time?, https://www.aao.org/eye-health/ask-ophthalmologist-q/will-my-vision-get-worse-if-i-don-t-wear-my-glasse, Accessed May 9, 2022.
  3. Eye health: Myths and facts, https://www.mayoclinichealthsystem.org/hometown-health/speaking-of-health/eye-health-myths-and-facts, Accessed May 9, 2022.
  4. Common Eye Myths, https://preventblindness.org/wp-content/uploads/2011/04/FS20_CommonEyeMyths_0.pdf, Accessed May 9, 2022.
  5. What Did Nearsighted Humans Do Before Glasses?, https://www.npr.org/sections/health-shots/2016/07/07/484835077/what-did-nearsighted-humans-do-before-glasses, Accessed May 9, 2022.

Versi Terbaru

09/05/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Rimas Pakai Cermin Mata, Inginkan Penglihatan Yang Jelas? Cuba Pembedahan LASIK

Tak Nak Pakai Cermin Mata Apabila Tua? Ini 9 Cara Jaga Mata Elak Rabun


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 09/05/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan