Cara Menggunakan Inhaler Dos Bermeter Dengan Betul

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Update Date 18/04/2018

Inhaler ialah alat yang digunakan untuk memasukkan ubat ke dalam badan. Ia memasukkan ubat melalui paru-paru yang mangandungi banyak saluran darah untuk penyerapan yang baik. Inhaler sering digunakan di dalam rawatan asma, hidung tersumbat dan Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik (COPD).

Jenis-jenis inhaler

Terdapat 4 jenis inhaler: inhaler dos bermeter (MDI), inhaler serbuk kering (DPI), nebulizer dan nasal. Inhaler dos bermeter adalah yang paling popular.

Apakah itu inhaler dos bermeter?

Inhaler dos bermeter ialah satu alat yang digunakan untuk memasukkan ubat ke dalam apru-paru anda. Ubat tersebut disimpan di dalam bekas yang diberi tekanan udara di dalam bentuk larutan. Bekas tersebut dilekatkan pada pemegang plastik dan bahagian mulut. Apabila digunakan, inhaler akan melepaskan dos ubat yang tepat dalam bentuk erosol.

Satu bahagian yang dijual berasingan dinamakan spacer boleh dilekatkan pada inhaler anda. Ia adalah satu ruang kosong yang melewatkan pelepasan ubat dan mengurangkan jumlah ubat di dalam mulut dan tekak.

Bagaimana ingin menggunakan inhaler dan spacer?

Langkah pertama: Buka penutupnya dan goncang inhaler tersebut dengan baik. Jika anda mempunyai spacer, bukak penutup spacer itu juga, Kemudian lekatkannya kepada inhaler.

Langkah ke-2: Pegang inhaler sekitar 5 cm dari mulut. Ibu jari anda harus menyokong bawah inhaler sementara jari telunjuk pada bekasnya. Hembuskan nafas.

Langkah ke-3: Bawa inhaler ke mulut anda. Letakkannya di dalam mulut antara gigi dan kemam.

Langkah ke-4: Bernafas dengan perlahan, kemudian tekan inhaler satu kali. Teruskan bernafas dengan perlahan dan sedalam yang boleh. Jika boleh, tahan nafas sambil mengira dengan perlahan sehingga 10. Ini membolehkan ubat tersebut sampai ke bahagian dalam paru-paru.

Langkah ke-5: Selepas itu, bilas mulut anda dengan air, berkumur dan ludah. Ini akan membersihkan mulut anda dari lebihan ubat. Jika anda perlu menggunakannya lagi, tunggu sekurang-kurangnya 30 saat.

Bagaimana ingin menjaga inhaler dan spacer anda?

Sampai satu masa, anda perlu membersihkan inhaler anda. Anda harus mematuhi arahan pada alat tersebut. Gunakan sabun ringan untuk membasuh bahagian plastik dan biarkan ia kering sepanjang malam. Selepas kering, anda boleh meletakkan semua MDI anda pada tempatnya. Jangan basuh bekas inhaler tersebut atau meletakkannya di dalam air.

Bagi spacer, selepas mencabutnya dari inhaler, semburkannya dengan sedikit air suam menggunakan sabun ringan. Jangan gunakan air panas, alkohol atau disinfektan. Kemudian, bilas dengan air bersih dan biarkan ia kering sepanjang malam. Jangan keringkan menggunakan tuala kerana ia akan menyebabkan ia menjadi keras.

Sebelum menggunakan inhaler, seperti kebanyakan ubat, sila periksa tarikh luputnya. Tulis tarikh mula dan akhir pada inhaler tersebut agar anda tahu bila perlu menggantikannya. Anda boleh ambil jumlah dos atau semburan pada inhaler tersebut dan bahagikannya kepada dos harian. Contohnya, jika ada 100 sembura dan dos harian anda ialah 4 semburan/hari, inhaler anda boleh digunakan selama 25 hari. Ini bermakna anda perlu menggantikannya selepas 25 hari.

Anda boleh menggoncang dan memanaskan bekasnya menggunakan tangan anda sahaja. Jangan gunakan cara lain. Simpan inhaler pada suhu bilik di tempat yang mudah dicari.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Sukar Lena Jika Tidur Sekatil? Ini 5 Solusi Ideal Buat Pasangan Yang Ada Masalah Di Kamar Tidur

    Setiap pasangan berkahwin tidak dapat lari berdepan pelbagai cabaran dan masalah. Salah satunya adalah masalah tidur. Jangan bimbang, ada 5 cara atasinya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    7 Cara Bagaimana Seks Membantu Legakan Tekanan Perasaan, #5 Memang Power!

    Terdapat pelbagai cara mengatasi tekanan perasaan yang boleh anda cuba. Antaranya adalah melakukan seks bersama pasangan. Klik untuk tahu lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Kerap Ejakulasi Pun Bahaya Buat Lelaki, Lagi-lagi Jika Selalu Pancut Disebabkan Onani

    Jika saya kerap melancap, adakah terdapat sebarang kesan melancap yang buruk boleh berlaku? Bagaimana pula dengan manfaatnya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Dah Lama Sangat Cuti, Anak Ingat Lagi Ke Buku? Ini Kaedah ‘Fun’ Belajar Di Rumah Sepanjang Musim PKP

    Anak-anak mudah menjadi bosan dan hilang fokus dalam pembelajaran. Oleh itu, apa kata gunakan kaedah pembelajaran online untuk tarik minat pelajar sekolah

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Artikel lain untuk anda

    tuala-wanita-perlu-dibasuh-atau-dibuang-terus

    Basuh Dulu Tuala Wanita Sebelum Buang, Perlu Ke? Ini 7 Tip Jaga Faraj Semasa Haid

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 27/05/2020
    air mani

    Cara Nak Tahu Sperma Suami Subur Atau Tak (Hanya Lihat Warnanya Saja!)

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 27/05/2020
    berak berdarah

    Ini Rupanya 7 Punca Sebenar Berak Berdarah, Yang Terakhir Boleh Buat Kecut Perut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 21/05/2020
    topeng muka

    Ini 5 Jenis Masalah Kulit Yang Sering Berlaku Jika Terlalu Lama Pakai Topeng Muka!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 21/05/2020