Anemia biasanya berlaku pada individu yang mempunyai penyakit buah pinggang kronik (CKD), yang mana kehilangan fungsinya secara kekal atau sebahagiannya. National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases (NIDDK) menyatakan bahawa, anemia mungkin mula berkembang pada peringkat awal CKD iaitu apabila seseorang mempunyai 20 hingga 50 peratus (%) fungsi buah pinggang yang normal. Malah, anemia menjadi semakin teruk apabila CKD berlaku, dan kebanyakan mereka yang mengalami kehilangan fungsi buah pinggang atau kegagalan buah pinggang akan mempunyai anemia.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen