backup og meta

5 Punca Tekak Rasa Perit, Ada Simptom Berbahaya Sampai Kena Jumpa Doktor!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 29/01/2024

    5 Punca Tekak Rasa Perit, Ada Simptom Berbahaya Sampai Kena Jumpa Doktor!

    Sakit tekak adalah salah satu simptom paling lazim di dunia, lalu menyebabkan lebih 13 juta kedatangan ke klinik setiap tahun. Jika anda salah seorang yang mengalami sakit tekak ini, jangan risau, ketahui punca sakit tekak dan petua hilangkan sakit tekak yang efektif daripada artikel ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keadaan Telinga, Hidung/Tekak, sila dapatkannya di sini.

    Apa simptom dan tanda sakit tekak?

    petua hilangkan sakit tekak

    Sakit tekak atau sore throat merujuk kepada rasa sakit, kering dan gatal pada bahagian tekak yang boleh disebabkan oleh beberapa perkara. 

    Setiap individu boleh mengalami keadaan ini dan ia boleh jadi lebih teruk sekiranya petua hilangkan sakit tekak tidak diamalkan.

    Sakit tekak tidak semestinya berlaku di bahagian tekak sahaja.

    Sebaliknya, keradangan boleh berlaku di mana-mana struktur dalam rongga tekak. 

    Ini simptom sakit tekak yang wajar disemak:

    1. Rasa terbakar
    2. Rasa sakit di bahagian tekak ketika bercakap
    3. Rasa sakit tekak ketika menelan sesuatu
    4. Pembukaan mulut yang terhad
    5. Pertuturan terganggu
    6. Sakit di bahagian tekak ketika menguap
    7. Tekak kelihatan merah 
    8. Berdengkur dan sukar bernafas
    9. Tonsil menjadi bengkak

    Kadangkala, terdapat juga tompok putih dan nanah pada bahagian tonsil.

    Tompok ini lazimnya disebabkan oleh bakteria spesies Streptococcus sp kumpulan A.

    Bergantung pada puncanya, sakit tekak juga boleh disertai dengan simptom lain seperti:

    • Hidung tersumbat dan berair
    • Kerap bersin
    • Batuk berkahak
    • Demam
    • Menggigil
    • Kelenjar membengkak di bahagian leher
    • Suara jadi serak
    • Sakit-sakit badan (sendi dan otot)
    • Kurang selera makan
    • Sakit kepala dan telinga

    Petua hilangkan sakit tekak: Apa punca sakit tekak yang dialami oleh anda?

    petua hilangkan sakit tekak

    Seperti yang disebut di atas, kesakitan boleh terjadi apabila berlakunya keradangan pada mana-mana struktur dalam rongga tekak seperti:

    • Faringitis: keradangan farinks; struktur di belakang mulut dan kaviti hidung
    • Tonsilitis: keradangan dan kemerahan tisu tonsil
    • Laringitis: keradangan dan kemerahan pada kotak suara atau larinks

    Akan tetapi, sebenarnya, kebanyakan sakit tekak disebabkan oleh dan juga faktor persekitaran seperti pencemaran udara. Ini penjelasannya:

    Petua hilangkan sakit tekak #1. Jangkitan virus

    Punca sakit tekak yang pertama ialah disebabkan oleh virus. Sekitar 90% daripada sakit tekak adalah disebabkan oleh jangkitan virus.

    Ini antara virus yang kerap menyebabkan sakit tekak:

    • Influenza: Penyebab kepada flu
    • Virus Epstein-Barr (EBV): Penyebab kepada penyakit infectious mononucleosis yang disebarkan melalui air liur
    • Virus measles: Penyebab kepada demam campak 
    • Virus Varicella Zoster: Penyebab penyakit chickenpox
    • Virus beguk (mumps) – Boleh menyebabkan kelenjar air liur di leher bengkak

    #2. Strep throat dan jangkitan bakteria

    Terdapat sejenis sakit tekak yang berpunca dari jangkitan bakteria – iaitu Strep throat.

    Jangkitan ini menyebabkan 40% daripada keseluruhan kes sakit tekak dalam kalangan kanak-kanak. 

    Ada juga jangkitan tekak yang sebenarnya disebarkan melalui hubungan seks!

    Antara jangkitan kelamin (STIs) yang boleh menyebabkan keradangan tekak adalah gonorrhea dan juga chlamydia

    Penyebaran bakteria ini boleh berlaku melalui seks oral. 

    #3. Alahan

    Apabila sistem imun badan terdedah kepada alergen tertentu seperti debunga, daun, bulu binatang, ia akan merembeskan beberapa bahan kimia yang mencetuskan keradangan saluran pernafasan.

    Ini boleh mendorong kepada hidung tersumbat, mata berair, bersin dan juga kerengsaan tekak.

    Selain itu, terdapat juga keadaan di mana cecair mukus boleh menitis ke bahagian belakang tekak.

    Keadaan ini dikenali sebagai postnasal drip dan ia boleh menyebabkan ketidakselesaan tekak.

    Petua hilangkan sakit tekak #4. Faktor udara

    Menghirup udara kering boleh menyebabkan hilangnya kelembapan pada bahagian tekak dan saluran pernafasan atas.

    Ini akan mengakibatkan rasa kering dan gatal pada tekak.

    Selain faktor kelembapan udara, sakit tekak juga boleh terjadi kerana-bahan pencemar dalam udara. Ini termasuklah:

    • Asap rokok
    • Jerebu
    • Bahan kimia mudah meruap yang digunakan untuk proses kimia dan pembersihan
    • Asap kenderaan 

    #5. Penyakit refluks asid 

    Penyakit refluks asid atau lebih dikenali sebagai gastroesophageal reflux disease (GERD), adalah keadaan di mana asid dalam perut naik semula ke bahagian esofagus. 

    Asid tidak sepatutnya berada dalam saluran esofagus.

    Oleh itu, apabila berlakunya refluks asid, ia akan menyebabkan rasa terbakar, sakit dan juga keradangan di bahagian tekak. 

    Selain itu, ia juga boleh menyebabkan rasa pedih ulu hati.

    Siapa yang lebih cenderung untuk menghidap sakit tekak?

    Walaupun semua individu berisiko menghidap sakit tekak, terdapat sesetengah golongan tertentu yang lebih cenderung menghidapnya.

    Antara golongan tersebut adalah:

    • Kanak-kanak atau sistem imun yang lemah
    • Individu yang tinggal di tempat ramai atau ruang sempit seperti bilik darjah, hospital, atau pejabat
    • Terdedah kepada asap rokok (juga dipanggil perokok pasif)
    • Alahan kepada habuk, haiwan bulu atau debunga
    • Rinitis kronik atau biasanya mempunyai rinitis

    Bila seseorang itu perlu berjumpa dengan doktor?

    petua hilangkan sakit tekak

    Lazimnya, petua hilangkan sakit tekak adalah dengan membiarkan ia reda dengan sendiri setelah beberapa hari.

    Pun begitu, wujud juga pelbagai petua hilangkan sakit tekak lain yang anda boleh cuba sama ada moden atau tradisional. Antaranya dengan menggunakan madu, lemon. daun pudina dan lozeng sakit tekak.

    Namun, terdapat beberapa keadaan yang memerlukan anda terus berjumpa doktor, antaranya:

    • Penyakit yang berlanjutan melebihi tempoh 7 hari
    • Sakit semasa bercakap, bernafas atau masalah membuka mulut
    • Sakit kerongkong dengan sakit di dalam sendi temporomandibular, atau sakit telinga
    • Sakit tekak dengan gatal-gatal atau demam di atas 38 darjah Celsius
    • Darah dalam air liur, atau kahak
    • Kekeringan melebihi 2 minggu
    • Sakit tekak yang terlalu perit
    • Sakit sendi-sendi badan
    • Sakit leher atau leher menjadi kaku

    Jika doktor mengesyaki anda menghidap Strep throat, mereka akan membuat kultur sampel tekak bagi mengesahkan jangkitan bakteria Streptococcus

    Ujian darah akan dilakukan jika doktor mengesyaki anda ada penyakit lain seperti demam kelenjar. Kini anda telah tahu punca dan petua hilangkan sakit tekak anda. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 29/01/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan