Ereksi dan Ejakulasi: Bagaimana ia Berlaku?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019

Pernahkah anda terfikir bagaimana zakar seorang lelaki boleh mengeras dan mengalami ereksi serta ejakulasi?

Jika inginkan jawapan tersebut, jangan lari dan teruskan membaca!

Struktur alat reproduktif lelaki

Topik mengenai alat reproduktif lelaki mungkin jarang dibincangkan di khalayak umum. Ia seolah-olah dilihat sebagai satu bahan lucah sedangkan ia adalah penting untuk membantu memahami sistem reproduktif dan keadaan kesihatan yang berkaitan dengannya.

Ringkasnya, bahagian utama yang berkait dengan proses ereksi ialah zakar (penis), otak dan urat saraf tunjang.

Di dalam zakar, terdapat dua ruang berbentuk silinder bernama corpora cavernosa yang memanjang sepanjang batang zakar. Ia mengandungi pembuluh darah arteri untuk darah masuk ke dalam zakar.

Di bawahnya pula terdapat corpora spongiosum mengandungi urethra yang mengalirkan air kencing dan mani keluar dari badan.

Sementara pembuluh darah vena pula berada di antara struktur lain dan berperanan membawa keluar darah dari zakar.

Imej ihsan webmd.com

Bagaimana ereksi berlaku? Ia bermula dari otak

Sebelum zakar mengeras, otak harus dirangsang terlebih dahulu oleh imej, bau, rasa atau suara. Rangsangan turut melepaskan hormon tertentu bagi membantu proses ereksi.

Kemudian, isyarat akan dihantar ke organ seks tersebut melalui urat saraf tunjang untuk mengendurkan otot dan membolehkan darah masuk melalui arteri ke dalam batang zakar. Darah akan terkumpul di dalam tisu seperti air memenuhi span menyebabkan zakar menjadi besar dan keras serta menutup pembuluh darah vena sehingga darah tidak boleh keluar.

Ejakulasi berlaku apabila satu tiub bernama vas deferens mengeluarkan sperma ke urethra. Isyarat yang dirasai oleh urethra menyebabkan otot di lantai pelvis mengecut sehingga air mani terpancut keluar semasa klimaks dan orgasma.

Vena akan terbuka selepas ejakulasi atau apabila tiada lagi rangsangan menyebabkan darah keluar dari batang zakar dan menjadi lembut semula.

Mati pucuk berlaku apabila proses ini terganggu

Bermula dari otak, hormon, isyarat melalui urat saraf tunjang sehingga aliran darah masuk ke dalam zakar, mati pucuk atau disfungsi erektil berlaku apabila mana-mana proses ini terganggu.

Ini termasuk stres (otak), kelenjar hormon rosak (hormon), trauma pada urat saraf tunjang, dan pembuluh darah sempit.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kaum Adam, Lakukan Senaman Ini Untuk Kurangkan Risiko Mati Pucuk!

    Sebenarnya, terdapat beberapa cara untuk kurangkan risiko mati pucuk. Antaranya adalah dengan melakukan senaman yang tersenarai dalam artikel ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Lelaki Boleh Alami Ereksi Selama 60 Minit & Alami 5 Jenis Ereksi Dalam Satu Malam?

    Adakah anda tahu apakah durasi ereksi normal bagi lelaki untuk melakukan hubungan seks? Kajian menunjukkan lelaki boleh alami ereksi selama 60 minit.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Morning Wood @ Zakar Tegang Waktu Pagi – Kenapa Ia Selalu Jadi Pada Lelaki?

    Kebanyakan lelaki mengalami ereksi waktu pagi selepas bangun daripada tidur. Ini merupakan petanda kepada tahap kesihatan yang baik untuk lelaki.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    AMARAN! Energy Candy BERACUN, Boleh Buatkan Anda BUTA Jika Diambil Tanpa Pemantauan Doktor

    Tidak semua produk merawat mati pucuk berkesan seperti yang anda sangka. Malah, sesetengah energy candy ada tadalafil yang boleh menyebabkan anda buta!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Artikel lain untuk anda

    cara pakai kondom

    Jangan Main Sarung Saja! Ini Cara Betul Guna Kondom, Baru Enjoy Masa Beraksi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 05/06/2020
    klimaks lelaki

    Jom Kita Belajar 4 Fasa Klimaks Lelaki! – Bukan Sekali Sahaja Boleh Ejakulasi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 29/05/2020
    kesan melancap

    Kerap Ejakulasi Pun Bahaya Buat Lelaki, Lagi-lagi Jika Selalu Pancut Disebabkan Onani

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 21/05/2020
    klimaks wanita

    Tahu Tak, Wanita Pun Boleh Alami ‘Mati Pucuk’ Ketika Bersetubuh! Macam Mana Tu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 15/05/2020