backup og meta

Kes HFMD Kembali Aktif! Ibu Ayah, Kenal Pasti Tanda Anak Dijangkiti Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 02/08/2023

    Kes HFMD Kembali Aktif! Ibu Ayah, Kenal Pasti Tanda Anak Dijangkiti Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut!

    Ibu-ibu pasti pernah mendengar mengenai penyakit tangan kaki dan mulut HFMD, bukan? Ayuh ketahui bagaimana ia tersebar dan cara merawatnya dalam perkongsian Hello Doktor ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Penyakit tangan kaki dan mulut HFMD

    Sebelum kita mengetahui kaedah rawatan penyakit tangan kaki dan mulut, mari fahami lebih lanjut mengenai penyakit ini.

    Hand-foot-and-mouth-disease atau HFMD, adalah jangkitan virus ringan yang mudah merebak kepada anak kecil, dikenali sebagai virus coxsackie.

    Simptom 

    HFMD boleh mengakibatkan wujudnya beberapa gejala, seperti:

    • Demam
    • Sakit tekak
    • Berasa tidak sihat
    • Gelembung (blister) kemerahan yang menyakit pada lidah, gusi dan bahagian dalam pipi
    • Ruam merah tidak gatal tetapi ada kalanya melepuh pada tapak tangan dan kaki, serta punggung
    • Kerengsaan pada bayi dan kanak-kanak
    • Penyakit tangan kaki dan mulut HFMD turut boleh menyebabkan anak hilang selera makan

    penyakit tangan kaki dan mulut hfmd

    Demam merupakan tanda pertama HFMD, kemudian sakit tekak dan kurang selera makan. Selepas 1-2 hari demam, luka menyakitkan akan muncul pada depan mulut atau tekak. 

    Kemudian ruam akan berkembang pada tangan, kaki serta punggung dalam masa 1 atau 2 hari.

    Bagaimana penyakit tangan kaki dan mulut HFMD menular?

    Punca HFMD adalah jangkitan virus coxsackie A16. Ia tergolong dalam kumpulan virus yang disebut nonpolio enterovirus.

    Pengambilan secara oral adalah sumber utama jangkitan virus dan penyakit HFMD. Individu dengan penyakit ini boleh menularkan jangkitan melalui:

    • Rembesan daripada hidung atau cecair tekak
    • Air liur
    • Cecair daripada lepuh
    • Najis
    • Titisan air yang disembur ke udara selepas batuk atau bersin

    Baca juga:

    Perkara biasa dalam persekitaran penjagaan kanak-kanak 

    Penyakit tangan kaki dan mulut HFMD cenderung terjadi pada kanak-kanak di pusat asuhan kerana kekerapan penukaran lampin dan latihan tandas, serta disebabkan anak kecil sering memasukkan jari ke dalam mulut.

    Virus ini boleh berada dalam tubuh selama berminggu-minggu setelah tanda dan simptom hilang. Ini bermakna si kecil masih boleh menjangkiti individu lain.

    Sesetengah individu, khususnya dewasa boleh menyebarkan virus tanpa menunjukkan gejala penyakit ini.

    Rawatan penyakit tangan kaki dan mulut & langkah pencegahan 

    Penyakit tangan kaki dan mulut HFMD adalah virus, jadi pengambilan antibiotik tidak akan membantu.

    Perkara berikut dapat membantu membuatkan si kecil lebih selesa:

    • Untuk anak 6 bulan ke atas, berikan acetaminophen atau ibuprofen untuk mengurangkan demam, sakit kepala dan sakit tekak. Jangan berikan ibuprofen kepada anak di bawah usia 6 bulan. Baca label untuk mengetahui dos tepat mengikut usia anak
    • Untuk anak kurang daripada 6 tahun, jangan berikan ubat selesema daripada farmasi (OTC) tanpa bertanyakan kepada doktor

    penyakit tangan kaki dan mulut hfmd

    • Jangan berikan aspirin kerana ia boleh mengembangkan sindrom Reye yang boleh menyebabkan kematian
    • Jika anak berusia lebih 1 tahun, pastikan pengambilan cecair yang mencukupi. Berikan mereka air, susu, jus epal atau aiskrim popsicle. Elakkan jus buah tinggi asid seperti jus oren atau lemon karena ia boleh merengsakan luka dalam mulut
    • Bagi anak bawah usia setahun, teruskan penyusuan susu ibu atau susu formula
    • Tawarkan makanan mudah ditelan seperti kentang lenyek, oat atau telur

    Rawatan penyakit tangan kaki dan mulut jika anak sakit tekak:

    • Bagi anak setahun ke atas, berikan sup, jus epal atau letakkan ½ sudu teh cecair antasid tanpa aspirin di depan mulut selepas makan
    • Untuk anak 4 tahun ke atas, berikan lozeng atau semburan tekak tanpa benzocaine yang berbahaya kepada kanak-kanak. Boleh juga bilaskan mulut selepas makan dengan 1 sudu teh cecair antasid tanpa aspirin
    • Anak 6 tahun ke atas pula sudah boleh berkumur tanpa menelan, jadi gunakan campuran ¼ sudu teh garam bersama segelas air suam. Kumurkan campuran 2-3 kali sehari, mengikut keperluan. Pastikan mereka meludahkannya selepas berkumur

    Langkah mencegah penyakit tangan kaki dan mulut HFMD

    Setelah mengetahui cara rawatan penyakit tangan kaki dan mulut dan pastinya anda ingin mengetahui jika ada vaksin yang boleh mencegah HFMD, bukan?

    Malangnya, tiada vaksin untuk mencegah HFMD. Virus mudah merebak pada minggu pertama seseorang individu itu jatuh sakit dan kekal di dalam tubuh walaupun selepas sembuh.

    Cara mencegah penularan HFMD dengan:

    • Mengajar anak untuk tidak menyentuh ruam, elak daripada memasukkan jari dan mainan ke dalam mulut serta tidak menggosok mata

    penyakit tangan kaki dan mulut hfmd

    • Sentiasa ingat untuk membasuh tangan dengan sabun dan air selepas menyentuh ruam, pergi ke bilik air sebelum mengendalikan makanan, sebelum makan, serta setelah menukar lampin. Jangan lupa untuk mendidik anak melakukan amalan yang sama
    • Ajarkan anak untuk bersin atau batuk ke tisu atau lengan bajunya
    • Cuci dan disinfeksi bilik air, mainan dan barang lain yang disentuh anak dengan sabun dan air atau menggunakan pembasmi kuman
    • Jangan berkongsi cawan minum, peralatan makanan atau barangan peribadi seperti tuala dan berus gigi
    • Elakkan daripada memeluk dan mencium anak yang dijangkiti

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 02/08/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan