Jangan Makan Sports Candy Secara Berlebihan Sebagai ‘Penyegar Nafas’, Ini Sebabnya

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Anda selalu makan gula-gula untuk segarkan nafas, kan? Apa pilihan gula-gula yang selalu anda ambil? Mungkin Hacks, Woods, Fisherman’s, sports candy (gula gula Himalaya salt) dan pilihan gula-gula biasa yang lain.

Tetapi tahukah anda, sports candy atau gula gula Himalaya salt adalah gula-gula yang mengandungi garam yang tidak boleh diambil secara sembarangan. Tapi mengapa?

Sports candy tidak boleh diambil sembarangan – kenapa?

Sports candy sebenarnya dimakan dengan tujuan untuk menggantikan jumlah garam atau sodium yang telah hilang daripada tubuh.

Gula-gula ini sesuai untuk mereka yang sedang bersenam, melakukan hiking dalam jangka masa yang panjang, atau mereka yang banyak kehilangan peluh.

Mengapa gula gula Himalaya Salt tidak boleh makan secara sembarangan?

sports candy
Gula gula Himalaya salt atau lebih dikenali sebagai sports candy. Kredit gambar: Amazingnara

Walaupun salah satu bahan yang terkandung dalam gula-gula ini adalah garam Himalaya, ia tetap sodium dan kandungan garamnya tetap sama dengan garam biasa.

Anda tidak boleh menambahkan pengambilan sodium secara berlebihan setiap hari. Makanan yang anda makan setiap hari sudah mengandungi banyak kandungan garam, dan ia bukanlah satu cara yang baik untuk kesihatan anda jika anda menambahkannya lagi melalui gula-gula ini. 

Menurut Persatuan Jantung Amerika, mereka mencadangkan untuk setiap individu agar mengambil tidak lebih daripada 2,300 milligram garam setiap hari.

Jika anda mengambil terlalu banyak kandungan garam setiap hari, buah pinggang anda tidak mampu untuk mengeluarkan lebihan sodium dalam tubuh.

Garam yang banyak di dalam darah akan menyukarkan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa cecair dengan berkesan. 

Jadi, gula-gula biasa lagi sihat?

Kami juga tidak mengatakan bahawa gula-gula biasa lebih sihat. Jika sports candy tinggi kandungan sodium, gula-gula biasa pula tinggi kandungan gula.

Kedua-duanya mempunyai mudarat jika anda memakan secara berlebihan. Tidaklah salah untuk anda memakan gula-gula, cuma anda hanya perlu mengawal kuantiti pengambilannya agar tidak melebihi cadangan pengambilan harian.

Jika garam dikaitkan dengan peningkatan tekanan darah, gula pula meningkatkan risiko anda mendapat diabetes. 

Macam mana nak makan gula-gula lepas ni? Senang sahaja. Walaupun hampir kesemua jenis gula-gula berasaskan gula sebagai bahan utama, cuba pilih jenis gula-gula atau manisan yang mengandungi bahan coklat yang lebih banyak berbanding gula.

Kedua, pilih yang mengandungi kandungan coklat dan campuran mentega kacang berbanding gula semata-mata. Apa yang paling penting, hadkan pengambilan setiap gula-gula dan manisan anda. Ia jauh lebih baik dan lebih sihat untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Oktober 25, 2019 | Kali terakhir kemaskini: Februari 13, 2020

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut