backup og meta

Tak Sempat Buka Seluar Terus Nak Terkencing, Cari 25 Makanan Ini Untuk Kuatkan Pundi Kencing

Tak Sempat Buka Seluar Terus Nak Terkencing, Cari 25 Makanan Ini Untuk Kuatkan Pundi Kencing

Pundi kencing bermasalah boleh dialami oleh sesiapa sahaja. Adakah terdapat makanan menguatkannya yang boleh diamalkan bagi mengatasi masalah ini? Ikuti perkongsian artikel ini.

Sukar kawal kencing /Pundi kencing bermasalah 

Isu pundi kencing bermasalah atau lemah bukan satu masalah yang asing. Sering kali ia merupakan satu masalah yang kerap dialami oleh individu dewasa lebih berusia.

Lemah kawalan pada bahagian fungsi badan ini adalah berkait rapat dengan inkontinen urin. 

Keadaan ini menyebabkan mereka yang mengalami pundi kencing bermasalah ini terpaksa memakai lampin untuk membantu memberikan keselesaan. Sudah tentu isu ini sedikit sebanyak akan mendatangkan tekanan kepada individu terbabit, serta melibatkan kurang keyakinan diri. 

Memetik laporan akhbar, menurut Presiden Yayasan Kontinens Malaysia, Dr Peter Ng Eng Pin, masalah ini berlaku kepada hampir 1.4 juta individu dan dianggarkan peratusan peningkatan 4.5 peratus setiap tahun.

Berdasarkan kajian, sejumlah 69 peratus individu yang berdepan masalah ini tidak mahu mendapatkan bantuan rundingan. Ini disebabkan oleh rasa malu. Nisbah menunjukkan satu daripada tiga wanita berusia 40 tahun ke atas akan mengalami pundi kencing lemah. Manakala masalah ini akan menjejaskan individu lelaki yang berusia 65 tahun ke atas.

Masalah lemah kawalan kencing berlaku dua kali ganda kepada individu wanita. Terdapat beberapa faktor yang mendasari masalah ini, seperti kesan kehamilan, melahirkan anak, menopaus serta penuaan. Selalunya disebabkan tekanan atau/dan lebihan air kencing yang berada di dalam pundi kencing. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Urologi, sila dapatkannya di sini.

pundi kencing bermasalah 

Makanan kuatkan pundi kencing bermasalah 

Jika anda mengalami masalah pundi kencing atau bladder yang lemah, ia bukanlah bermakna anda perlu mengawal pemakanan. Tetapi kaedah yang terbaik adalah untuk mengetahui jenis makanan kuatkan pundi kencing dan yang boleh merengsakan pundi kencing.

Mari kenali makanan kuatkan bladder yang boleh diamalkan.

  1. Buah dan sayuran

Jika anda ingin menguatkan pundi, pilih sayuran dan buah-buahan yang tidak berasid dan kaya vitamin seperti:

  • Pisang
  • Epal
  • Anggur
  • Kelapa
  • Tembikai
  • Strawberi
  • Beri hitam
  • Pir
  • Asparagus
  • Brokoli
  • Timun
  • Kale
  • Lobak merah
  • Seleri
  1. Tinggi serat

Diet tinggi serat adalah penting. Ia boleh membantu mencegah sembelit, yang mana boleh menyebabkan tekanan kepada baldder. Antaranya:

  • Lentil
  • Kekacang
  • Rasberi
  • Barli
  • Oat
  • Badam
  1. Kandungan protein

Diet tinggi kandungan protein adalah penting bagi tahap kesihatan secara keseluruhan. Sumber protein yang baik adalah termasuk:

  • Ikan 
  • Ayam
  • Tauhu
  • Telur

Apa yang perlu dihadkan?

Jika senarai di atas adalah apa yang perlu anda ambil, senarai di bawah pula sudah tentu makanan yang perlu anda elakkan atau hadkan pengambilannya. Ini kerana sesetengahnya mungkin mengandungi perengsa yang akan memburukkan lagi masalah lemah saluran bladder yang dialami. 

Anda mungkin ingin atau perlu mengehadkan atau menghindari terus:

  • Minuman berkarbonat
  • Minuman berkafein
  • Coklat
  • Minuman beralkohol
  • Minuman tenaga
  • Buah-buahan sitrus
  • Tomato dan sebarang produk berasaskan tomato
  • Hidangan pedas
  • Perasa tiruan dan bahan pengawet
  • Gula atau gula pengganti
  • Madu
  • Bawang mentah

Mengehadkan atau menghindari senarai di atas tidak bermakna anda langsung tidak boleh mengambilnya. Cuma sebaiknya, ambillah dalam kuantiti yang terkawal atau dimakan sekali-sekala. 

pundi kencing bermasalah 

Tip kekalkan kesihatan pundi kencing bermasalah 

Semakin kita berusia, sudah tentu akan ada perubahan pada pundi kencing. Kita mungkin tidak boleh mengawal apa yang akan berlaku kepada pundi kencing bermasalah, tetapi terdapat cara yang sekurang-kurangnya boleh anda lakukan untuk meningkatkan tahap kesihatannya. 

Berikut adalah beberapa tip penjagaan pundi kencing:

  1. Minum air mencukupi

Kebanyakan individu yang sihat akan menjaga aspek pengambilan air setiap hari. Sebaiknya amalkan untuk meminum enam hingga 8 gelas air sehari. Sudah tentu air kosong adalah yang terbaik. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai masalah kesihatan, berbincanglah dengan pakar perubatan anda untuk mengetahui jumlah air yang boleh anda ambil.

  1. Berhenti merokok

Jika anda merokok, cuba untuk berhenti merokok. Manakala jika anda tidak merokok, jangan pernah berniat untuk mencubanya.

  1. Bersenam

Melakukan aktiviti fizikal sudah tentu dapat membantu mengatasi masalah pundi kencing termasuklah masalah sembelit. Ia juga dapat membantu mengekalkan berat badan sihat.

  1. Senaman Kegel

Senaman ini dapat membantu menahan air kencing di dalam saluran bladder. Selain itu, ia dapat menguatkan otot-otot yang berperanan dalam mengawal kebocoran air kencing ketika bersin, batuk, mengangkat barang, ketawa atau secara tiba-tiba wujud keinginan untuk membuang air kecil.

pundi kencing bermasalah 

  1. Jangan menahan kencing

Anda disarankan untuk membuang air kecil sekurang-kurangnya tiga hingga empat jam sekali. Menahan kencing terlalu lama boleh melemahkan otot bladder. Semasa kencing, usah terburu-buru, bertenang. Ambil masa yang secukupnya untuk mengosongkan saluran bladder anda. 

Akhir kata

Penjagaan pundi kencing adalah sama penting seperti penjagaan kesihatan yang lain. Ia melibatkan aspek penjagaan makanan dan minuman harian anda, selain daripada melakukan aktiviti fizikal dan juga menghindari tabiat yang boleh menjejaskan kesihatan pundi kencing.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. 10 Foods your bladder will fall in love. https://www.urologyhealth.org/living-healthy/10-foods-your-bladder-will-fall-in-love-with/. Accessed on Nov 12, 2019
  2. Tips keep your bladder healthy.https://www.nia.nih.gov/health/13-tips-keep-your-bladder-healthy. Accessed on Nov 12, 2019 
  3. Bladder control problems. https://www.niddk.nih.gov/health-information/urologic-diseases/bladder-control-problems/symptoms-causes. Accessed on Nov 12, 2019
  4. Bladder diseases. https://medlineplus.gov/bladderdiseases.html. Accessed on Nov 12, 2019 
  5. Symptoms and causes of urinary incontinence. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/urinary-incontinence/symptoms-causes/syc-20352808. Accessed on Nov 12, 2019  

 

 

Versi Terbaru

05/10/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: [email protected]


Artikel Berkaitan

Selalu Tahan Kencing? Ini 5 Bahaya Yang Menanti Anda!

Ibu Alami Kencing Manis Antara 6 PUNCA Bayi Lahir Tak Cukup Bulan


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 05/10/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan