backup og meta

Nak Ambil Minuman Berkarbonat Tanpa Gula, Waspada Ia Juga Boleh Mempengaruhi Kesihatan Anda

Nak Ambil Minuman Berkarbonat Tanpa Gula, Waspada Ia Juga Boleh Mempengaruhi Kesihatan Anda

Ramai orang memilih minuman berkarbonat tanpa gula (diet soda) kerana kurang gula berbanding yang biasa. Walau bagaimanapun, minuman berkarbonat tanpa gula masih lebih berbahaya untuk kesihatan anda. Semak artikel ini untuk melihat masalah kesihatan berpunca daripada minuman berkarbonat tanpa gula.

Pertambahan berat badan

Minuman berkarbonat tanpa gula dibuat daripada pemanis tiruan, yang mempunyai kesan yang sama dan boleh mencetuskan tindak balas sama seperti gula pada badan kita. Ini akan meningkatkan tahap insulin dan menurunkan  tekanan darah yang akhirnya membuatkan anda lebih mengidamkan makanan yang lebih manis.

Selain itu, mereka yang terlebih berat badan yang memilih minuman tanpa gula biasanya makan lebih daripada mereka yang minum minuman biasa.

Diabetes jenis 2

Kajian mendapati bahawa minuman berkarbonat tanpa gula atau soda secara umumnya adalah berkaitan dengan sindrom metabolik yang boleh meningkatkan risiko seseorang mempunyai diabetes, penyakit jantung dan strok. Satu minuman berkarbonat tanpa gula sehari boleh menyebabkan risiko 67% lebih tinggi untuk mendapat diabetes, berbanding mereka yang jarang minum.

Fungsi badan terganggu

Gula menghantar isyarat ke otak anda yang menunjukkan makanan dengan banyak kalori. Minuman berkarbonat tanpa gula juga memberikan isyarat tetapi tidak mengandungi sebarang kalori. Oleh itu, ia mengganggu fungsi normal badan anda, menumpulkan deria anda dan mengubah isyarat otak anda. Jadi pada masa lain apabila anda makan gula daripada makanan sebenar, badan anda akan keliru dan akan mempunyai masa yang sukar melepaskan insulin untuk menurunkan tekanan darah lantas membawa kepada pertambahan berat badan.

Merosakkan senyuman anda

Tahap asid sitrik dijumpai di dalam kokain, methamhetamine dan minuman berkarbonat tanpa gula perlahan-lahan boleh menghakis enamel gigi anda, merosakkan senyuman anda.

Kemurungan

Terdapat bukti akan kaitan minuman berkarbonat tanpa gula dengan kemurungan. Dalam satu kajian baru-baru ini, penyelidik telah mendapati bahawa dalam tempoh 10 tahun, mereka yang minum soda adalah lebih mudah (sehingga 30%) untuk mendapat kemurungan berbanding  mereka yang tidak. Lebih-lebih lagi, jus buah-buahan dan soda diet menyebabkan lebih banyak mudarat berbanding soda biasa.

Keretakan pinggul

Penyelidik dari Universiti Tufts mendapati bahawa wanita yang minum soda mempunyai 4% ketumpatan tulang yang lebih rendah berbanding mereka yang tidak, walaupun pengambilan kalsium dan vitamin D mereka adalah dalam keadaan yang terkawal. Ini bermakna minum soda walau apa jenis sekali pun, termasuk minuman berkarbonat tanpa gula, boleh meningkatkan risikoi keretakan pinggul pada wanita.

Minuman berkarbonat tanpa gula membantu apabila membuat peralihan daripada minum soda kepada air. Ia boleh membantu penurunan berat badan tetapi dalam masa yang singkat dan tidak disyorkan untuk pengambilan harian. Perkara yang paling penting adalah minuman berkarbonat tanpa gula tidak boleh menjadi pengganti air kosong.

Jadi  jika anda teringin minuman bergas, cubalah air berkarbonat ringan (sparkling water). Jika anda dahaga, pilih minuman sifar kalori – iaitu air. Jika anda berasa lapar, makan tetapi secara sederhana. Jika anda benar-benar ingin menurunkan berat badan, mulalah bersenam.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Diet Debate: Are Diet Drinks a No-Go? http://www.bbc.com/news/health-34924036 accessed March 12, 2017

Diet Soda May Do More Harm Than Good. http://edition.cnn.com/2016/10/10/health/diet-soda-may-do-more-harm-than-good/ accessed March 12, 2017

Why Should You Stop Drinking Diet Soda? http://www.health.com/health/gallery/0,,20739512,00.html/view-all#its-sweetener-is-linked-to-headaches-0 accessed March 12, 2017

Versi Terbaru

31/07/2022

Ditulis oleh Helma Hassan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Fatin Zahra


Artikel Berkaitan

Betulkah Biji Chia Berkhasiat? Ini 7 Kebaikan Chia Seed Untuk Kesihatan

Tubuh Kuat Bermula Dari Usus Yang Baik! Ini 6 Manfaat Minuman Probiotik, Selain Untuk Usus!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 31/07/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan