Mengapa Wanita Mudah Mendapat Jangkitan Saluran Kencing?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2019 . 2 minit bacaan

Jangkitan saluran kencing (UTI) adalah termasuk buah pinggang, pundi kencing dan uretra. Peranan pundi kencing dan buah pinggang adalah untuk menyimpan sisa dan mengeluarkannya daripada tubuh. Sisa-sisa ini kemudian dikeluarkan dari badan sebagai air kecil melalui uretra.

UTI dalam kalangan wanita

Kemungkinan mendapatkan jangkitan saluran kencing pada wanita adalah lebih besar berbanding lelaki. Sesetengah saintis juga membuat spekulasi bahawa risiko wanita lebih dua kali berbanding lelaki. Tambahan pula, jangkitan pada wanita cenderung untuk berulang sendiri selama bertahun-tahun.

Jangkitan ini sering disebabkan oleh kuman dalam saluran kencing. Sesetengah kes jangkitan hilang sendiri tanpa sebarang rawatan. Tanda-tanda jangkitan saluran kencing mungkin termasuk:

  • Sakit atau membakar
  • Keperluan untuk buang air kecil lebih kerap
  • Tidak dapat buang air kecil walaupun anda merasakan keinginan untuk berbuat demikian
  • Kebocoran air kencing
  • Kencing, gelap, bau atau berdarah

Apa yang menyebabkan UTI pada wanita

Anda mungkin pernah mendengar bahawa wanita harus mengelap dari depan ke belakang. Pepatah lama ini sebenarnya merupakan cara untuk mencegah UTI. Ia lebih masuk akal apabila anda melihat anatomi uretra, faraj dan dubur. Uretra, tiub yang membawa air kencing keluar dari tubuh, terletak berhampiran faraj dan dubur. Mengelap dari depan ke belakang boleh menghalang bakteria dan kuman dari faraj dan dubur menjangkiti uretra. Dari uretra, jangkitan boleh bergerak ke pundi kencing dan menjangkiti organ dalaman. Uretra pada wanita jauh lebih pendek berbanding lelaki, oleh itu bakteria dan kuman boleh bergerak dengan lebih cepat.

Selain bakteria yang datang dari dubur, beberapa aktiviti lain dapat memperkenalkan bakteria pada uretra.

Seks

Ya, seks boleh menyebabkan UTI. Ini adalah kebenaran yang menyedihkan, tetapi pergerakan daripada seks boleh memindahkan bakteria dari faraj atau dubur ke uretra. Tip yang baik untuk mengelakkan UTI daripada seks adalah membuang air kecil dalam masa 30 minit selepas hubungan seks juga menurunkan risiko.

Sembelit dan diarrhea

Sembelit menyebabkan lebih sukar bagi pundi kencing anda untuk mengosongkan urin sepanjang jalan. Oleh itu, urin dan semua bakteria di dalamnya terperangkap dalam tubuh anda. Bakteria kemudian tumbuh dan menyebabkan jangkitan.

Diarrhea juga boleh meningkatkan risiko UTI. Cirit-birit mengakibatkan najis cair/longgar. Ini mewujudkan peluang bagi bakteria untuk membuat jalan masuk ke dalam uretra anda dengan mudah. Bagaimana untuk mencegahnya? Lap dari depan ke belakang.

Diabetes yang tidak terkawal

Apabila gula dalam darah anda meningkat, gula tambahan ditapis ke air kecil. Ini mewujudkan persekitaran di mana bakteria berkembang. Walau bagaimanapun, ini hanya apabila anda menghidap diabetes. Makan terlalu banyak gula tidak akan membuatkan anda mengalami UTI.

Menahannya

Sekiranya perlu, lepaskannya!Menahan hanya akan meningkatkan masa bakteria tinggal di dalam tubuh dan membawa kepada jangkitan.

Dehidrasi

Minum air membawa banyak manfaat kepada kesihatan dan salah satunya menghalang UTI. Lebih banyak air bermakna lebih banyak urin, yang membantu mengalirkan bakteria keluar dari tubuh anda.

Kawalan kelahiran

Sekiranya anda menukarkan kawalan kelahiran anda, pergerakan hormon yang terhasil boleh membawa perubahan kepada bakteria normal dalam faraj anda, yang boleh menimbulkan kemungkinan UTI. Penggunaan diafragma dan spermisida juga boleh meningkatkan peluang anda untuk membangunkannya.

Produk feminin

Tidak mengubah pad dan tampon anda boleh membawa kepada UTI. Bakteria boleh tumbuh dengan sangat mudah dalam produk ini. Seluar dalam anda juga merupakan sumber UTI. Bahan chaffing seluar atau seluar dengan tali nipis boleh memindahkan bakteria. Memakai seluar kapas adalah pilihan terbaik kerana ia menghalang kelembapan yang membolehkan bakteria berkembang.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Artikel lain untuk anda

    Nasturtium

    Nasturtium

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Nur Bashirouh
    Diterbitkan pada 18/05/2018 . 1 minit bacaan
    Pipsissewa

    Pipsissewa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Nur Bashirouh
    Diterbitkan pada 18/05/2018 . 1 minit bacaan