backup og meta

Kitaran Haid Tidak Teratur

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 06/10/2022

    Kitaran Haid Tidak Teratur

    Apa itu kitaran haid tidak teratur?

    Kitaran haid tidak teratur adalah apabila tempoh kitaran, warna, kuantiti haid berubah, termasuk:

    • Amenorrhea: tempoh tidak datang haid atau ketiadaan haid sekurangnya 3 bulan
    • Oligomenorrhea: mengalami haid kurang 8 kali setahun
    • Dysmenorrhea: alami kesakitan teruk ketika tempoh haid
    • Hypomenorrhea: hadapi perubahan tidak teratur tetapi tidak teruk
    • Menorrhagia: alami tempoh haid lebih lama atau aliran haid yang banyak berbanding biasa, contohnya: haid berlaku lebih dari 7 hari atau pendarahan yang banyak
    • Pendarahan kerap, tidak teratur
    • Menometrorrhagia: kombinasi menorrhagia dan metrorrhagia – tempoh haid berpanjangan
    • Pendarahan selepas menopaus: pendarahan berlaku lebih dari 12 bulan selepas tempoh haid terakhir
    • Sindrom Prahaid (PMS): berlaku perubahan dalam fizikal, emosi dan tingkah laku, sekitar 2 minggu sebelum haid, seperti gangguan dysphoric prahaid (PMDD)

    Pelbagai punca boleh menyebabkan haid tidak teratur, seperti:

    • Gaya hidup: boleh mengubah keseimbangan hormon dan menyebabkan pendarahan tidak teratur. Contohnya, kehilangan atau pertambahan berat badan, senaman berlebihan, tekanan.
    • Ubat: sistem intrauterin (IUS) atau pil kontraseptif boleh menyebabkan tompokan antara haid atau alat intrauterin (IUD) tidak menyebabkan haid tidak teratur, tetapi mengakibatkan pendarahan yang banyak atau menyakitkan.
    • Sindrom ovari polikistik (Polycystic ovary syndrome)
    • Kehamilan atau menyusu
    • Masalah ginekologi
    • Gangguan tiroid

    Adakah haid tidak teratur memerlukan rawatan?

    Dalam kebanyakan kes, kitaran haid tidak teratur adalah isu yang tidak mendatangkan masalah. Rawatan untuk haid tidak teratur biasanya tidak diperlukan dan kitaran anda akan kembali pulih pada kitaran yang seterusnya. Walau bagaimanapun, dalam sesetengah kes, bergantung kepada penyebab dan status kerumitan haid yang tidak normal, rawatan diperlukan.

    Bagaimana haid yang tidak teratur dirawat?

    Bergantung kepada punca, kaedah untuk merawatnya boleh menjadi:

    Perubahan seumur hidup – ini adalah rawatan pertama untuk ketidaknormalan haid yang tidak teruk, seperti:

    • Lakukan banyak senaman
    • Amalkan meditasi, yoga, visualisasi, atau kaedah lain untuk melegakan tekanan
    • Kurangkan pengambilan karbohidrat diproses
    • Jika perlu, makan multivitamin atau suplemen lain
    • Kurangan pengambilan alkohol dan kafein
    • Minum lebih banyak air untuk kekal menjaga hidrasi badan
    • Perbanyakan pengambilan buahan dan sayuran

    Ubatan alternatif – menyasarkan untuk merawat punya yang menyebabkan haid tidak teratur, seperti merawat sindrom ovari polisistik, merawat gangguan tiroid, mengubah kaedah kontrasepsi.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Anda mungkin berminat untuk membaca:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 06/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan