Bahana Group WhatsApp Keluarga, Boleh Pengaruhi Kesihatan Mental Secara Negatif?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Update Date Mac 22, 2020

Selain berfungsi menyebarkan informasi berkaitan hal remeh-temeh sehinggalah yang serius, kumpulan WhatsApp dan media sosial yang lain sebenarnya boleh mengganggu kesihatan mental anda.

Lebih-lebih lagi, group WhatsApp tersebut disertai ahli dengan corak pemikiran yang pelbagai.

Sebenarnya, bagaimanakah group WhatsApp keluarga dan platform media sosial yang lain boleh mempengaruhi kesihatan mental ahlinya?

Group WhatsApp keluarga boleh mempengaruhi kesihatan mental

Pernahkah anda berasa tidak selesa ketika berada dalam sebuah group WhatsApp keluarga kerana topik perbualan mereka membuatkan anda risau?

Topik yang mungkin diperkatakan adalah seperti berita-berita yang tidak diketahui kebenarannya dan topik-topik sensitif seperti politik dan isu-isu agama.

Akibatnya, anak muda atau remaja cenderung untuk mengabaikan nasihat dalam group WhatsApp keluarganya sendiri kerana malas bertelagah dengan ibu bapa masing-masing.

Bahkan, ramai juga di antara remaja ini yang mengakui kumpulan WhatsApp keluarga mempengaruhi kesihatan mental mereka secara tidak langsung.

Menurut sebuah kajian oleh American Psychological Association (APA), tabiat memeriksa mesej dan email pada telefon bimbit dan komputer secara kerap amat berkaitan dengan tahap stres seseorang individu itu. 

Apa yang dibaca atau dilihat pada telefon bimbit dan juga komputer adalah perkara-perkara yang boleh menimbulkan kegelisahan hinggalah mengganggu mental. 

Mengapa group WhatsApp keluarga boleh mempengaruhi kesihatan mental?

Sebabnya, group keluarga kadangkala menimbulkan perasaan kurang senang kepada ahlinya sendiri. Sebagai contoh, jika ahli yang lain mengucapkan kata-kata selamat hari lahir, anda mungkin akan berasa kurang selesa jika anda tidak mengucapkannya juga. 

Selain itu, group WhatsApp keluarga juga sering berkongsi maklumat-maklumat yang mungkin dianggap tidak penting bagi golongan muda.

Mungkin ada yang terpaksa membacanya untuk mengelakkan rasa kurang selesa. Kesannya, apa yang terpaksa dibaca tersebut perlahan-lahan mempengaruhi kesihatan mental anda. 

Banyak maklumat palsu di group WhatsApp keluarga?

group whatsapp

Sebenarnya, salah satu perkara yang menyebabkan kumpulan WhatsApp keluarga ini mempengaruhi kesihatan mental seseorang adalah disebabkan oleh maklumat palsu.

Anda pasti tahu berapa kerap berita-berita palsu disebarkan dalam kumpulan WhatsApp keluarga

Membaca berita palsu ternyata dapat mempengaruhi kesihatan mental walaupun dengan hanya membacanya daripada media sosial.

Menurut Psycom, dengan kewujudan banyak berita palsu yang dipercayai sebagai berita yang benar, ramai individu mengalami stres akibat daripada tajuk berita yang dibaca. 

Berita-berita palsu sememangnya dirancang untuk memanipulasi pendapat masyarakat, terutama bagi mereka yang jarang sekali memeriksa kesahihannya.

Selain itu, maklumat palsu juga seringkali boleh menimbulkan perasaan marah, sangsi, dan panik yang mampu mempengaruhi pemikiran individu.

Tip bagi memelihara kesihatan mental pada era kemajuan teknologi

group whatsapp

Bukan hanya kumpulan WhatsApp keluarga sahaja yang boleh mempengaruhi kesihatan mental anda, platform media sosial yang lain juga boleh memberikan kesan yang sama.

Anda mungkin berasa mudah untuk menghindari group WhatsApp, tetapi bagaimana pula dengan media sosial yang lain?

Berikut merupakan beberapa tip yang boleh anda lakukan dalam menjaga kesihatan mental pada era kemajuan teknologi ini:

#1. Mengurangkan waktu penggunaan

Salah satu cara yang boleh anda lakukan adalah mengurangkan waktu penggunaan media sosial bagi menjaga kesihatan mental.

Kurangkan penggunaan media sosial antara 10 hingga 30 minit sehari ternyata boleh membantu menurunkan tahap keresahan, kemurungan dan gangguan tidur. 

Walau bagaimanapun, anda tidak perlu mengurangkan penggunaannya secara drastik untuk menjaga kesihatan mental anda.

#2. Alihkan perhatian anda

Alihkan perhatian dan keinginan anda daripada membuka media sosial dengan melakukan beberapa perkara seperti berikut:

  • Menghabiskan waktu bersama keluarga dan rakan seperti minum di kedai kopi
  • Melakukan sesuatu hobi atau perkara yang baharu seperti melukis dan membaca
  • Mengisi waktu yang terluang dengan perkara yang menyihatkan seperti bersukan dan bersenam
  • Menenangkan fikiran anda dengan dikelilingi unsur-unsur alam

Kesimpulan

group whatsapp

Walaupun banyak kesan negatif yang mungkin boleh menjejaskan kesihatan mental disebabkan oleh group WhatsApp keluarga, tapi ia juga masih mempunyai manfaatnya yang tersendiri.

Kadangkala, anda mungkin boleh mendapatkan maklumat daripada ahli keluarga yang lain dan juga daripada media sosial. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Mungkinkah PKP Akan Berakhir? Sebelum Jadi Gila, Ini 7 Langkah Penjagaan Diri Di Rumah

    Aduh...daripada 2 minggu, dilanjutkan menjadi sebulan. Makin stres sepanjang tempoh PKP? Haaa...ini 7 langkah penjagaan diri di rumah yang patut anda cuba.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Coronavirus, COVID-19 Mac 30, 2020

    PKP Buat Kemurungan: Rawat Ia Bukan HANYA Dengan Ubat, Tapi Cuba 6 Cara Ini Juga!

    Anda berasa sangat sedih dan kesunyian? Itu mungkin tanda anda sedang alami kemurungan. Lakukan 6 cara ini untuk perubahan gaya hidup anda.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Covid-19 Tambah Stres Pada Doktor, Staf Perubatan? Bagaimana Mereka Hadapinya

    Wabak COVID 19 bukan sahaja menjejaskan ribuan pesakit di seluruh dunia, malah doktor dan petugas kesihatan yang lain turut mendapat impak kesihatan mental.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Coronavirus, COVID-19 Mac 18, 2020

    Dilabel Antisosial Sebab Asyik Dengan FB? Ini Masanya Anda Detoks Media Sosial, Banyak Keburukan!

    Anda mungkin tidak sedar jika anda telah ketagih dengan penggunaan media sosial. Inilah masa untuk lakukan detoks media sosial. Bagaimana caranya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Artikel lain untuk anda

    Dah Lama Sangat Cuti, Anak Ingat Lagi Ke Buku? Ini Kaedah ‘Fun’ Belajar Di Rumah Sepanjang Musim PKP

    Dah Lama Sangat Cuti, Anak Ingat Lagi Ke Buku? Ini Kaedah ‘Fun’ Belajar Di Rumah Sepanjang Musim PKP

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada Mei 21, 2020
    Alami Burnout Sewaktu Bertugas? Ikuti 7 Tip Ini Untuk Bantu Anda Kurangkannya

    Alami Burnout Sewaktu Bertugas? Ikuti 7 Tip Ini Untuk Bantu Anda Kurangkannya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada April 9, 2020
    Normal Ke Jika Saya Selalu Mengingati Mati? Ini 3 Kesan Yang Perlu Diketahui

    Normal Ke Jika Saya Selalu Mengingati Mati? Ini 3 Kesan Yang Perlu Diketahui

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada April 7, 2020
    Puasa Ketika PKP Tak Bermaksud Jadi Antisosial, Walaupun Tanpa Bazar, Ini 4 Cara Kekal Berhubung!

    Puasa Ketika PKP Tak Bermaksud Jadi Antisosial, Walaupun Tanpa Bazar, Ini 4 Cara Kekal Berhubung!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada Mac 31, 2020