backup og meta

Mencari Titik G-Spot Bagi Lelaki, Beri Rangsangan Di Tempat Ini Untuk Tambat Jiwa Pasangan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Halifah · Disemak pada 20/10/2022

    Mencari Titik G-Spot Bagi Lelaki, Beri Rangsangan Di Tempat Ini Untuk Tambat Jiwa Pasangan

    G-spot atau titik G pada wanita adalah titik yang terletak kira-kira 2 inci daripada pintu masuk faraj. Namun, bagaimana pula untuk G spot lelaki? Adakah mereka mempunyai titik yang mirip G-spot?

    Jawapannya adalah ‘Ya’ dan anda mungkin boleh mencari titik tersebut dengan membaca artikel ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

    Di manakah G spot lelaki? 

    Bila berbincang tentang titik G pada seseorang lelaki, bahagian prostat mereka berada di kedudukan pertama. Namun, bagaimana titik nikmat yang sebesar buah berangan ini, boleh diakses dan dirangsang?

    Lelaki yang bekerja keras dan gigih mencari cara untuk merangsang G spot ini akan bersaksi kepada anda bahawa mereka telah terjumpa ‘lubuk emas’ mereka. Jadi, sendirian atau dengan pasangan, bagaimana untuk anda mula mencari lubuk emas ini?

    g spot lelaki

    Penting untuk anda tahu bahawa, permulaan klimaks lelaki adalah prostat mereka. Apabila mereka terangsang secara seksual, prostat mereka mula membesar dan membengkak dengan cecair, menghantar signal ke sekitar kawasan pelvis untuk menjadi lebih terangsang dan nikmat, sebelum akhirnya, klimaks dicapai.

    Malahan, prostat dijadikan sebagai titik untuk memeriksa potensi klimaks berkali-kali seseorang. Merangsang titik lain bersama dengan prostat seseorang akan memberi mereka rasa klimaks yang lebih hebat.

    Bagaimana untuk mencari G spot pasangan anda?

    • Fahami apa yang anda cari

    Bahagian prostat adalah pejal, berotot, dan sebahagiannya berkelenjar dikelilingi struktur uretra, bawah pundi kencing.

    • Fahami bahawa setiap masa adalah masa yang tepat

    Fahami bahawa setiap masa adalah masa yang tepat untuk G spot ini dirangsangkan kecuali jika mereka tidak berada dalam mood yang baik atau tidak sihat/aktif.

    g spot lelaki

    • Cuba peralatan seks

    Terdapat beberapa peralatan seks yang boleh anda cuba untuk menambahbaik pengalaman dan kenikmatan hubungan seksual seperti vibrator yang tertumpu ke arah prostat.

    • Bincangkan strategi sesuai untuk rangsangan kelamin

    Cara yang paling cepat dan senang untuk mencapai G spot lelaki ini dan menikmati sensasi yang tidak pernah anda rasai akan memerlukan perancangan dan diskusi strategi dengan pasangan anda terlebih dahulu agar sama-sama memperolehi rasa puas yang tidak terhingga.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Halifah · Disemak pada 20/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan