Selalu Sakit Perut Bawah Pusat? AWAS Ia Mungkin Tanda 5 Masalah Kesihatan Ini!

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Pernahkah anda mengalami sakit perut bawah pusat? Keadaan seperti ini biasanya menyebabkan sensasi seperti kekejangan, sakit berterusan, atau mungkin juga rasa sakit yang tajam seolah-olah menusuk.

Kadangkala, keadaan ini juga mungkin berlaku bersama-sama keputihan dalam kalangan wanita. Walaupun keputihan merupakan cara vagina membersihkan keadaannya dan menyeimbangkan nilai pH, tetapi ia boleh menjadi sesuatu yang lain jika keadaan yang berlaku tersebut adalah tidak normal.

Keputihan yang tidak normal biasanya disebabkan oleh jangkitan di dalam tubuh yang boleh dilihat melalui bau busuk, lendir yang pekat dan memiliki warna yang tidak normal seperti warna kekuningan atau kehijauan.

5 sebab mengapa sakit perut bawah pusat terjadi

Untuk mengetahui keadaan yang anda alami dengan lebih jelas, berikut merupakan antara jenis masalah kesihatan yang dirasai jika anda sakit perut di bagian bawah tengah.  

Punca sakit perut bagian bawah tengah #1. Penyakit keradangan pelvis

sakit perut bawah pusat

Penyakit keradangan pelvis atau pelvic inflammatory diseases adalah satu jangkitan pada bahagian organ pembiakan wanita.

Pelvis terletak di perut bahagian bawah yang berdekatan dengan tiub falopio, induk telur, serviks dan rahim. Penyakit ini boleh disebabkan oleh beberapa jenis bakteria yang juga menyebabkan penyakit gonorea dan klamidia.

Bakteria pertama kalinya akan memasuki tubuh melalui vagina. Kemudiannya, bakteria berpindah ke organ pelvis dan akhirnya menyebabkan jangkitan. Keadaan ini sebenarnya sangat berbahaya dan boleh mengancam nyawa jika ia memasuki aliran darah.

Selain daripada rasa sakit perut bawah pusat dan juga keputihan dengan bau yang menjengkelkan, anda juga biasanya akan demam, sakit ketika melakukan seks, sakit sewaktu membuang air kecil, pendarahan yang tidak teratur dan rasa keletihan yang melampau.

Jika hal ini berlaku, segeralah berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan.

#2. Kanser serviks

sakit perut

Kanser serviks adalah termasuk dalam jenis kanser yang sangat berbahaya dan menjadi salah satu penyebab kematian wanita yang cukup tinggi.

Serviks adalah bahagian silinder berongga yang menghubungkan antara vagina ke bahagian rahim.

Kanser serviks ini berlaku disebabkan oleh virus Human Papillomavirus atau HPV yang berjangkit melalui hubungan seksual.

Biasanya virus HPV-16 dan HPV-18 adalah yang paling banyak menjadi penyebab kepada berlakunya kanser serviks ini. Selain daripada sakit perut di bahagian bawah dan juga keputihan, seseorang wanita yang mengalami kanser serviks juga akan mengalami pendarahan yang tidak normal yang keluar dari vagina.

Sebagai contoh, mengalami pendarahan ketika bukan tempoh haid, waktu haid yang lebih lama dan mungkin juga pendarahan setelah atau semasa melakukan hubungan seksual. 

Punca sakit perut bagian bawah tengah #3. Jangkitan kulat vagina

sakit perut bawah pusat

Jangkitan kulat vagina atau juga dikenali dengan nama kandidiasis, boleh menyebabkan sakit perut di bahagian bawah dan juga keputihan.

Ini adalah kerana bakteria dan yis yang ada pada vagina berada dalam keadaan yang tidak seimbang dan mengalami perubahan sehingga mengakibatkan rasa gatal, bengkak dan juga iritasi.

Jika masalah ini dirawat dalam tempoh yang cepat, simptomnya akan reda dalam tempoh beberapa hari.

Namun, jika masalah ini berlaku dalam keadaan yang teruk atau parah, anda mungkin memerlukan tempoh sekitar dua minggu untuk ia sembuh sepenuhnya.

#4. Uretritis

sakit perut

Untuk pengetahuan anda, uretritis adalah keadaan di mana uretra atau pundi yang membawa air kencing dari pundi kencing ke luar tubuh mengalami keradangan lalu menyebabkan iritasi. Keadaan ini juga boleh berlaku sama ada dalam kalangan lelaki mahupun wanita.

Uretritis biasanya akan menyebabkan rasa sakit sewaktu anda membuang air kecil atau semasa keinginan untuk kencing itu muncul.

Secara umumnya, uretritis adalah disebabkan oleh bakteria. Golongan lelaki yang mengalami uretritis akan mengalami pelbagai simptom seperti sensasi rasa terbakar sewaktu membuang air kecil, rasa gatal di hujung zakar, terdapat darah pada air mani atau air kencing dan keluarnya lendir dari zakar.

Bagi wanita pula, simptom yang dialami adalah seperti kerap ke tandas, rasa sakit semasa membuang air kecil, iritasi yang berlaku pada bukaan uretra dan keluarnya lendir atau cecair yang tidak normal dari vagina.

Punca sakit perut bawah pusat #5. Hamil luar rahim

sakit bawah perut

Hamil luar rahim atau kehamilan ektopik adalah keadaan di mana sel telur melekat di tempat lain selain daripada rahim. Pada kebiasannya, sel telur akan melekat pada tiub falopio.

Tetapi, dalam beberapa kes, kehamilan yang berlaku juga boleh terjadi di kawasan rongga perut atau serviks.

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh American Academy of Family Physicians (AAFP), kehamilan ektopik berlaku dalam 1 daripada 50 kehamilan di dunia.

Pelbagai gejala atau simptom perlu diambil perhatian jika mengalami masalah atau keadaan ini.  Antara simptomnya adalah:

  • Rasa sakit yang menusuk di bahagian perut, pelvis, bahu dan juga leher
  • Terdapat pendarahan pada bahagian vagina
  • Pening kepala sehingga menyebabkan pengsan
  • Tekanan yang kuat pada bahagian dubur

Jika anda mengalami sesuatu yang luar daripada kebiasaan, terutama pada bahagian bawah perut berserta simptom-simptom lain, jangan berlengah lagi dan berjumpalah dengan doktor.

Anda mungkin tidak begitu pasti dengan apa yang sedang anda alami, oleh itu pemeriksaan awal oleh doktor dapat mengelakkan keadaan yang dialami daripada menjadi lebih buruk atau parah. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Disember 10, 2019 | Kali terakhir kemaskini: Februari 14, 2020

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut